Universiti Madras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Universiti Madras
University of Madras
Moto"Pembelajaran Mempromosikan Bakat Semula Jadi (Seseorang)"
JenisAwam
Ditubuhkan pada1857
PembiayaanAS$50 juta
Staf akademik
300
Siswazah3,000
Ijazah/Sarjana5,000
Lokasi, ,
KampusKawasan bandar
WarnaKardinal
PenggabunganUGC
MaskotSinga
Laman sesawangwww.unom.ac.in

Universiti Madras (bahasa Inggeris: University of Madras) ialah salah satu antara tiga buah universiti yang paling lama di India (bersama-sama Universiti Calcutta dan Universiti Mumbai). Universiti ini yang diatur berdasarkan Universiti London diperbadankan pada 5 September 1857 menerusi Akta Majlis Perundangan India.

Universiti Madras terletak di bandar raya selatan Chennai (dahulu dikenali sebagai "Madras"). Ia mempunyai empat buah kampus di dalam bandar raya, iaitu di Chepauk, Marina, Guindy, dan Taramani, dengan melebihi 50 pusat pengajian menawarkan berbagai-bagai kursus pengkhususan. Universiti ini membekalkan banyak gabungan dengan kolej-kolej yang lain bagi kursus-kursusnya. Pusat pengajiannya juga menjalani penyelidikan, selain daripada mengajar. Terdapat sekitar 43 buah institut penyelidikan luar, selain daripada pusat-pusat kecemerlangan di dalam universiti.

Universiti Madras telah dianugerahi "Status lima bintang" oleh National Assessment and Accreditation Council (Majlis Penilaian dan Pengiktirafan Negara), selain daripada diberikan status "Universiti dengan Potensi untuk Mencapai Kecemerlangan" oleh University Grants Commission (Suruhanjaya Geran Universiti).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Desakan untuk membekalkan pendidikan tinggi di Kawasan Kepresidenan Madras diutarakan buat pertama kali pada 11 November 1839 dalam sebuah ucapan kepada Lord John Elphinstone, gabenor Madras, ketika beliau sedang berfikir-fikir tentang "sesetengah langkah yang berkesan dan terbuka untuk memperbaik sistem pendidikan negara". Petisyen itu yang ditandatangani oleh 70,000 penghuni tempatan disampaikan oleh George Norton, Ketua Peguam ketika itu. Ia menekankan keperluan untuk mendirikan sebuah kolej Inggeris di bandar raya Madras (Chennai kini). Justera itu, Lord Elphinstone mengembangkan rancangan untuk mengasaskan sebuah "universiti" yang terdiri daripada dua pusat pengajian, iaitu:

Lembaga Universiti dibentuk pada Januari 1840 dengan George Norton sebagai Presiden. Institusi ini merupakan pendahulu kepada Presidency College, Chennai kini. Bagaimanapun, dasar pendidikan yang sistematik hanya dirumuskan 14 tahun kemudian menerusi perutusan rasmi yang bersejarah (Perutusan Pendidikan Sir Charles Wood) pada 1854. Perutusan itu mengemukakan rasional untuk "mencipta sebuah sistem pendidikan yang jelas daripada peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat Universiti" serta mengesyorkan pengasasan jawatan-jawatan profesor "bagi tujuan menyampaikan syarahan dalam pelbagai cabang pembelajaran, termasuklah bahasa vernakular serta juga bahasa klasik". Justera itu, University of Madras diatur menurut model University of London dan diperbadankan pada 5 September 1857 menerusi Akta Majlis Perundangan India.

Universiti Madras berkembang pada sepanjang abad ke-19 sehingga ke seluruh India Selatan dan kemudian melahirkan dan memupuk universiti-universiti seperti:

Pada 1912, endowmen di berikan kepada University of Madras untuk mengasaskan pusat-pusat pengajian Sejarah India, Arkeologi, Filologi Perbandingan, dan Ekonomi India. Pada keseluruhannya, terdapat 17 pusat pengajian, 30 guru universiti, 69 sarjana penyelidikan, dan 127 terbitan universiti pada tahun itu, serta belanjawan sebanyak Rs.11 lakh. Fungsi penyelidikan dan pengajaran kemudian digalakkan oleh Suruhanjaya Sadler dan pencapaian universiti itu dikukuhkan lagi menerusi penggubalan Akta Universiti Madras pada 1923. Pada masa itu, lingkungan University of Madras merentasi kawasan dari Berhampur, Orissa dan Hyderabad, Andhra Pradesh di utara, Trivandrum, Kerala di barat daya, sehinggalah ke Bangalore dan Mangalore di Karnataka di barat. Bagaimanapun, kemerdekaan India pada 1947, pengasasan Suruhanjaya Geran Universiti pada 1956, serta perubahan dalam persekitaran politik, sosial, dan budaya menyebabkan banyak pindaan kepada Akta Universiti Madras 1923 demi membenarkan perubahan, baik kualitatif mahupun kuantitatif, di dalam kawasan bidang kuasa dan fungsinya. Pada 2004, semua kursus kejuruteraan University of Madras dipindahkan ke Anna University.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]