Universiti UCSI

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search


UCSI University 思特雅大学
UCSI University logo.png
JenisPrivate
Ditubuhkan pada1986
PengasasDato' Peter Ng
CanselorTan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad
Naib CanselorAcademician Senior Professor Dato' Dr Khalid Yusoff
Pelajar13,000 (2018)
Lokasi,
KampusKuala Lumpur, Sarawak, Terengganu, Bandar Springhill
Laman sesawangwww.ucsiuniversity.edu.my

Universiti UCSI ialah sebuah universiti yang diasaskan pada tahun 1986 dan diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah universiti pada 13 September 2003.

Terdapat empat buah kampus Universiti UCSI di seluruh Malaysia iaitu Cheras, Kuala Lumpur; Kuching, Sarawak; Kuala Terengganu, Terengganu dan terbaharu kampus Springhill di Negeri Sembilan.

Universiti UCSI terus memperbaiki ranking tahun demi tahun, sekaligus menempatkan diri dalam kelompok universiti terbaik di dunia. Dalam QS World University Rankings 2021, UCSI berada di kedudukan 391 sekaligus berjaya memperbaiki ranking di kedudukan 400 universiti terbaik dunia [1] [2]. UCSI juga antara universiti yang paling cepat meningkat (QS University Rankings: Asia 2018).

Institut Muzik UCSI (IMus) telah berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila terus berada dalam ranking 100 terbaik dunia dan dinobat sebagai institusi terbaik di Malaysia bagi seni persembahan tiga kali berturut-turut dalam QS World University Rankings by Subject bagi tahun 2018, 2019 and 2020.

UCSI menawarkan pelbagai disiplin termasuk perubatan, farmasi, kejuruteraan, IT, sains gunaan, perniagaan, seni bina, muzik, sains sosial, seni kreatif dan hospitaliti.

Menjalin kerjasama dengan lebih 4,200 syarikat, UCSI mempunyai jaringan universiti-industri terbesar di Malaysia untuk pelajar dan staf menjalankan praktikal, peluang pekerjaan, pertukaran pengetahuan dan penyelidikan bersama. UCSI juga mencatat kedudukan dalam QS Graduate Employability Rankings 2019.[3]

UCSI juga aktif mempromosikan matlamat pembangunan lestari (SDG) dan merupakan universiti swasta pertama di Malaysia yang diiktiraf sebagai Pusat Kepakaran Serantau (RCE) melalui kampusnya di Sarawak oleh Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Jepun tahun 2019. [4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

UCSI diasaskan pada tahun 1986 oleh Dato' Peter Ng sebagai sebuah institut latihan komputer di Petaling Jaya yang kemudiannya berpindah lokasi ke Kuala Lumpur bagi menampung jumlah pelajar serta penawaran program akademik yang lebih banyak. Universiti UCSI yang sebelumnya dikenali sebagai Sedaya diberikan status kolej pada tahun 1990 kemudian menerima status kolej universiti pada tahun 2003 dan dinobatkan sebagai universiti penuh tahun 2008.

Fakulti dan institut[sunting | sunting sumber]

Universiti UCSI memiliki tujuh fakulti dan tiga institut yang menawarkan lebih 100 program akademik:

• Faculty of Applied Sciences • Faculty of Business and Management • Faculty of Engineering, Technology and Built Environment • Faculty of Hospitality and Tourism Management • Faculty of Medicine and Health Sciences • Faculty of Pharmaceutical Sciences • Faculty of Social Science and Liberal Arts • Institute of Music • Institute of Computer Science and Digital Innovation • De Institute of Creative Arts and Design

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "World university rankings: UCSI is Malaysia's top private varsity again | Malay Mail Online". www.malaymail.com. Dicapai pada 19 Jun 2019.
  2. ^ "Varsities rise in QS world ranking - Education | New Straits Times". www.nst.com.my. Dicapai pada 17 Jun 2020.
  3. ^ "UM tops list for producing employable grads - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 20 September 2019.
  4. ^ "UCSI University gets UN recognition - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 24 Oktober 2018.

External links[sunting | sunting sumber]

Templat:Private universities in Malaysia