Urs Bühler

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Urs Buhler)
Urs Bühler
Nama lahirUrs Toni Bühler
GenrePop Opera
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2004–kini
Syarikat rakaman
Sony BMG
Pengkarya berkait
Il Divo

Urs Toni Bühler (lahir Julai 19, 1971 di Willisau, Switzerland) adalah seorang tenor opera yang terlatih yang juga ahli kumpulan pop opera 4 penyanyi, Il Divo.

Beliau memulakan latihan muzik pada usia 5 tahun dengan menyanyi koir dan mempelajari biola, klarinet, piano, gitar dan drum. Pada usia 15 tahun, beliau memulakan karier muzik di dalam genre yang amat berlainan sama sekali iaitu sebagai seorang ahli kumpulan muzik dan seterusnya pada usia 17 tahun, sebagai penyanyi utama untuk kumpulan rock berat, "Conspiracy" di Luzern.

Pada ketika itu juga, beliau telah tamat belajar kursus muzik di "Academy for School and Church Music". Selepas itu, beliau meneruskan pengajian di bawah bimbingan Udo Reinemann, seorang bariton Jerman yang ternama di "Sweelink Conservatorium" di Amsterdam, Netherlands. Urs juga menambahkan ilmu pengetahuannya dalam pelbagai bidang muzik klasikal di bawah ajaran tutor persendirian, seorang tenor dari Sweden, Gösta Winbergh yang juga ahli "Stockholm’s Royal Opera" dan tenor dari Perancis, Christian Papis.

Beliau pernah menyanyi bersama "The choir of the Dutch opera" dan juga membuat persembahan untuk satu musim di Salzburg Festival di bawah arahan konduktor muzik, Claudio Abbado. Sebelum menganggotai Il Divo, Urs telah menyanyi oratorio dan membuat persembahan bersama "Netherlands Opera" selama 8 tahun.

Beliau kemudiannya menganggotai Il Divo pada Disember 2003, bersama Carlos Marín (Sepanyol), Sébastien Izambard (Perancis), dan David Miller (Amerika Syarikat). Sila pergi ke Il Divo untuk maklumat lanjut.