Muzik klasikal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sejarah muzik klasikal
Muzik era pertengahan (476 – 1400)
Muzik era pembaharuan (1400 – 1600)
Muzik era barok (1600 – 1760)
Muzik era klasikal (1730 – 1820)
Muzik era romantis (1815 – 1910)
Muzik klasikal abad ke-20 (1900 – 2000)
Muzik klasikal kontemporari (1975 – kini)

Muzik klasikal (atau bahasa Melayu negara Malaysia, "Muzik klasik") ialah satu istilah yang memberi tiga makna yang berbeza:

  • Muzik tradisi eropah yang berkaitan dengan kebudayaan yang sangat tinggi nilainya; yang amat berbeza dengan muzik popular moden atau muzik tradisi lama (termasuk muzik-muzik tradisi di negara bukan Eropah).
  • Tradisi Eropah begitu juga yang hampir sama dengan sesetengah tradisi bukan eropah.
  • Satu bahagian yang terperinci dalam pembangunan tradisi muzik seni eropah yang berakar umbi dari akhir kurun ke-18.

Istilah muzik klasikal tidak muncul sehingga awal abad ke-19. Ia diperkenalkan di dalam usaha untuk membawa era Bach hingga ke Beethoven sebagai salah satu "seni" di dalam zaman kegemilangan seni ukiran arca, seni bina dan antikuiti klasik. Ini adalah kerana, kebiasaannya seni muzik tidak kekal hayatnya. Semenjak dari itu, istilah ini digunakan sebagai penggunaan genre muzik yang bermaksud bukan muzik popular atau muzik tradisi lama.

Portal:Muzik klasikal Portal Opera

Bahasa Inggeris memberi penjelasan terperinci mengenai perbezaan classic dan classical; di mana classic ialah istilah umum untuk semua bidang (barang lama bermutu tinggi) seperti "motor klasik", "rekod klasik", "lagu klasik", "lampu klasik", "perabot klasik" dan sebagainya, manakala "classical" ialah istilah yang spesifik merujuk kepada muzik simfoni orkestra sahaja.

Oleh kerana sesetengah negara memilih untuk menterjemahkan "Classical music" sebagai "Muzik Klasik", pemahaman sebenar perlu dibuat secara terperinci agar pengguna-pengguna bahasa negara tersebut tidak menyamakan muzik klasikal sebagai muzik ciptaan lama seperti "lagu-lagu tradisi", "lagu-lagu rakyat" atau "lagu-lagu evergreen" . Muzik klasikal dan opera masih digubah sehingga ke hari ini.

Secara ringkasnya, Muzik klasikal adalah muzik-muzik yang berakar-umbikan tradisi muzik eropah, penggubahan muzik orkestra simfoni dan opera – opera dari akhir kurun ke-18 sehingga ke hari ini.

Terdapat banyak penjelasan mengenai ini di dalam internet yang separuhnya tidak tepat dan mengelirukan. Para pengguna atau para penyelidik yang berminat dinasihati menggunakan buku-buku atau kamus-kamus istilah yang diiktiraf antaranya Concise Oxford Dictionary of Music, The Oxford English Dictionary on Historical principle , The Harvard Dictionary of Music bagi mendapatkan maksud yang tepat.

Penggunaan istilah muzik klasikal juga merangkumi muzik teks suci kristian (sacred text) dan muzik konsert (yang menggunakan muzik instrumen orkestra).

Garisan waktu[sunting | sunting sumber]

Senarai penggubah muzik klasikal
Pertengahan (Medieval) (476 - 1400)
Pembaharuan (Renaissance) (1400 - 1600)
Barok (Baroque) (1600 - 1760)
Klasikal (Classical) (1730 - 1820)
Romantis (Romantic) (1815 - 1910)
Abad ke-20 (1900 - 2000)
Abad ke-21 (2000 - )


Pecahan sejarah penggubahan muzik klasikal adalah seperti berikut:-

  • Lagu purba – Muzik yang wujud sebelum tahun 476, iaitu pada ketika zaman kejatuhan empayar Rom. Kebanyakan muzik era tersebut yang wujud hari ini dari adalah dari greek purba.
  • Muzik era pertengahan – Secara umumnya muncul pada sebelum tahun 1450. Canta monofonik, yang juga dipanggil “plain song” atau canta Gregory, berkembang di sebelah barat dan tengah Eropah pada abad ke-9 dan ke-10. Muzik polifonik (berbilang suara) kemudiannya berkembang dari canta monofonik dari penghujung era pertengahan hingga ke zaman pembaharuan.
  • Muzik era pembaharuan - Pada sekitar tahun 1450 – 1600; digambarkan sebagai zaman kebangkitan dalam penggunaan instrumen-instrumen muzik dan baris melodi berganda; juga penggunaan alatan muzik bes buat pertama kalinya.
  • Muzik era barok – Pada sekitar 1600 – 1750; dipelopori oleh penggunan tonal kompleks daripada penggunaan modal, penambahan kaunterpoin dan meningkatkan populariti penggunaan muzik papan kunci seperti alat muzik hapsikord dan organ paip.
  • Muzik era klasikal - Pada 1750 – 1820; adalah era muzik terpenting yang melahirkan banyak gubahan-gubahan muzik, gaya dan persembahan yang dterima hingga ke hari ini. Era muzik klasikal juga menandakan pengakhiran zaman penggunaan alat muzik hapsikord dan klavikord; digantikan dengan piano yang menjadi alat muzik terpenting untuk gubahan yang kekal sehingga kini.
  • Muzik era romantis - Pada 1820 – 1910; adalah era di mana amalan-amalan muzik disusun dengan lebih teliti dan lebih sistematik. Peranan muzik juga dikembangkan di dalam budaya hidup dan juga dengan kewujudan institusi-institusi muzik untuk mengekalkan seni kerja muzik dan persembahanan, di samping kelas-kelas pembelajaran muzik. Pada era ini juga, tumpuan lebih banyak diberikan kepada ritma dan melodi; begitu juga elemen-elemen ekspresif dan emosi, selaras dengan idea romantisisme di dalam bentuk seni yang lain.
  • Muzik impresionisme - Pada 1910-1920; adalah zaman di mana penggubah-penggubah Perancis menggubah dan melahirkan seni yang bertentangan dengan tradisi muzik dan seni Jerman. Seni mereka dibentuk dari aritmia, skala pentatonic, nada panjang, frasa aliran dan penggunaan instrumen bras sebagai bahagian utama untuk penghasilan corak muzik berbanding dengan penggunaan instrumen bertali.
  • Muzik moden - Dari 1905-1985; adalah era muzik yang agak kompleks di mana terdapat krisis di dalam nilai seni muzik klasikal dan peranannya di dalam kehidupan masakini di mana para pendengar dan pemuzik telah menjadi lebih cerdik pandai, begitu juga dengan lanjutan dari segi teknik dan teori. Soarang ahli teori, Arnold Schoenberg, di dalam esei beliau "Brahms the Progressive," menegaskan bahawa modenisme melambangkan penolakan atau impak negatif di dalam kaedah penggubahan muzik klasikal.
  • Muzik klasikal abad ke-20 - Biasanya dikenali sebagai era muzik yang mana terdapat pilihan yang lebih besar untuk corak lama era muzik romantis sehingga ke tahun 1999, termasuk penggubahan muzik di akhir era romantis, era muzik moden dan di permulaan era muzik moden.
  • Istilah muzik kontemporari - Sesekala digunakan untuk muzik-muzik yang digubah pada lewat kurun yang ke-20 hingga ke hari ini. Namun perbezaannya dinyatakan di dalam kumpulan-kumpulan "genre" yang berlainan.
  • Kata awalan “Neo” (Neoklasisme) digunakan untuk menjelaskan gubahan-gubahan muzik abad ke-20 atau gubahan muzik kontemporari yang menggunakan cara era-era klasikal, romantis atau moden. Igor Staravinsky melalui drama balet “Pulcinella” dipanggil sebagai gubahan "neoklasisme".

Carta di bawah menunjukkan senarai penggubah-penggubah muzik klasikal. Untuk senarai penuh, sila lihat Senarai penggubah muzik klasikal.


Muzik klasikal sebagai "Muzik pada era atau zaman klasikal"[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Muzik era klasikal

Di dalam pengajaran atau perbincangan "sejarah muzik", definasi untuk "muzik klasikal" atau "muzik klasik" kebiasaannya diberi maksud yang lain; iaitu "muzik-muzik yang merangkumi gubahan Carl Philipp Emanuel Bach hingga Ludwig van Beethoven dari sekitar tahun 1730 – 1820". Apabila digunakan untuk tujuan ini, istilah berkenaan kebiasaan dibuat di dalam tulisan besar untuk mengelakkan kekeliruan.

Buku rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Norman Lebrecht, When the Music Stops: Managers, Maestros and the Corporate Murder of Classical Music, Simon & Schuster 1996

Pautan luar[sunting | sunting sumber]