Vokal bundar pusat hampir sempit
Penampilan
| AFA: Vokal | ||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Huruf vokal bersebelahan titik "•" mewakili: vokal tak bundar • vokal bundar |
Vokal bundar pusat hampir sempit ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sesetengah bahasa lisan. Vokal ini tiada aksara khusus dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), sebaliknya boleh dilambangkan oleh < ʊ̈ > (ʊ yang ditengahkan) atau < ʉ̞ > (ʉ yang diturunkan).
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]- Ketinggian vokalnya adalah separuh sempit, iaitu lidah terletak dekat sekali dengan kedudukan vokal sempit, tetapi kurang terjerut sedikit.
- Kebelakangan vokalnya adalah pusat, iaitu lidah terletak di tengah-tengah jarak di antara vokal depan dan vokal belakang.
- Vokal ini adalah bundar, iaitu bibir dibundarkan.
Penggunaan
[sunting | sunting sumber]| Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan | |
|---|---|---|---|---|---|
| Inggeris | euphoria | [jʊ̈ˈfɔəɹiə] | 'rasa sangat gembira' | Bentuk vokal /uː/ yang dikurangkan. Rujuk fonologi bahasa Inggeris. | |
| Rusia[1] | ютиться | [jʉ̞ˈtʲit͡sə] | 'berhimpit-himpit' | Hanya disebut di antara konsonan dipalatalkan dan dalam suku kata yang tak tertekan. | |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Jones & Ward (1969:38)
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Jones, Daniel; Dennis, Ward (1969), The Phonetics of Russian, Cambridge University Press