Vokal bundar depan separuh sempit
Jump to navigation
Jump to search
Depan | Hampir depan | Pusat | Hampir belakang | Belakang | |
Sempit | |||||
Hampir sempit | |||||
Separuh sempit | |||||
Tengah | |||||
Separuh luas | |||||
Hampir luas | |||||
Luas |
Bagi aksara berpasangan, aksara kanan adalah vokal bundar.
Kepanjangan vokal ditanda dengan membubuh tanda ː
Kepanjangan vokal ditanda dengan membubuh tanda ː
Nombor AFA | 310 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | 2 | ||
| |||
Sampel audio | |||
Vokal bundar depan separuh sempit ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh ø dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan 2 dalam X-SAMPA.
Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]
- Ketinggian vokalnya adalah separuh sempit, iaitu lidah terletak di tengah-tengah jarak antara vokal sempit dan vokal tengah.
- Kebelakangan vokalnya adalah depan, iaitu lidah terletak di depan sekali dalam mulut tanpa menyebabkan penjerutan yang sebaliknya menghasilkan konsonan.
- Kebundaran vokalnya adalah terjulur, iaitu penjuru-penjuru bibir dirapatkan, lalu terdedah permukaan dalamannya.
Vokal bundar depan tengah[sunting | sunting sumber]
Sebilangan bahasa ada vokal bundar depan tengah yang jelas berbeza sekali daripada vokal separuh sempit dan separuh luas. Bagaimanapun, disebabkan tiada bahasa yang diketahui membezakan ketiga-tiga vokal tersebut, maka tiadanya aksara IPA berasingan untuk vokal tengah ini, maka [ø] digunakan secara umumnya. Jika perlunya keperincian, maka boleh digunakan diakritik penurun: [ø̞].