Wafa Abdul Kadir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wafa Abdul Kadir
Kelahiran(1966-01-01)1 Januari 1966
Meninggal dunia16 Mac 2019(2019-03-16) (umur 53)
Sebab kematianPenyakit barah
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif1990–2019
Karya terkenal
Azizah The Legend
Pasangan
  • Mohd Yusof (cerai)
  • Abdul Raouf Abdul Rahman (cerai)
  • Tajul Faizal Tamimuddin (sehingga kematiannya)
Anak-anak3
IbuPuan Sri Sohair Abdul Moneim Sery
BapaTan Sri Abdul Kader Talip

Wafa Abdul Kadir (1 Januari 1966 – 16 Mac 2019) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau pernah berlakon dalam filem Azizah The Legend dan drama Pasukan Gerakan Khas. Pada 1993, Wafa pernah disenarai akhir Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH). Beliau juga penerbit filem animasi Budak Lapok.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talip yang berasal dari Pontian, Johor dan isterinya yang berketurunan Arab Mesir, Puan Sri Sohair Abdul Moneim Sery.

Suami pertamanya Yusof dan mendapat anak bernama Muhd. Luqman Yusof. Suami keduanya ialah Abdul Raouf dan mereka mendapat anak iaitu Muhd. Hakiim Abd. Raouf, Muhd. Kamil Abd. Raouf, dan Muhd. Adib Abd. Raouf,

Suami ketiganya ialah Tajul Faizal Tamimuddin seorang duda dan jurutera beranak dua. Majlis pernikahan berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur . Mereka dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah masjid berkenaan, Mat Zaki Abd. Manan berwalikan bapa pengantin perempuan, Tan Sri Abdul Kadir Talip - bekas Mufti Wilayah Persekutuan. Tajul adalah rakan sekolahnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Petaling, Petaling Jaya, Selangor pada tahun 1977.[1]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau telah meninggal dunia pada 16 Mac 2019 setelah bertarung sekian lama dengan penyakit barah.[2] Jenazah beliau dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, sebelum solat zohor. Laporan sebelum ini menyebut Wafa disahkan menghidap kanser ovari tahap empat pada April 2015. Berikutan itu, beliau terpaksa membuang keseluruhan organ wanita, iaitu ovari, tiub fallopio, rahim dan omentum (lapisan yang menutup bahagian perut). Beliau kembali sihat selepas menjalani pembedahan, namun pada awal 2016, beliau berdepan pula dengan kanser peritoneal. Beliau dilaporkan sudah menjalani 18 sesi kemoterapi bagi menghapuskan sel kanser.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Usikan rakan jadi kenyataan Utusan Malaysia (15 Jun 2010). Diperoleh pada 13 Jun 2011.
  2. ^ Wafa meninggal dunia mStar Online (16 Mac 2019). Dicapai pada 17 Mac 2019.
  3. ^ Shamshul Azree Samshir dan Faris Fuad (16 Mac 2019). Wafa Abdul Kadir meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 17 Mac 2019.
  4. ^ Sajida Asarullah Khan (16 Mac 2019). Wafa Abdul Kadir meninggal dunia Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 Mac 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]