Pergi ke kandungan

Guinea-Bissau

Koordinat: 12°N 15°W / 12°N 15°W / 12; -15
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Guinea-Bissau
República da Guiné-Bissau (Portugis)
𞤘𞤭𞤲𞤫 𞤄𞤭𞤧𞤢𞥄𞤱𞤮 (Fula)
ߖߌ߬ߣߍ߫ ߓߌߛߊߥߏ߫ (Mandinka)
Bendera Guinea-Bissau
Emblem Guinea-Bissau
Bendera Emblem
Cogan kata
Unidade, Luta, Progresso
"Perpaduan, Perjuangan, Kemajuan"
Lagu kebangsaan
Esta É a Nossa Pátria Bem Amada
"Ini Tanah Air Kita Yang Tercinta"
Lokasi Guinea Bissau di Africa
Peta Dasar Guinea Bissau
Ibu negara
dan bandar terbesar
Bissau
11°52′N 15°36′W / 11.867°N 15.600°W / 11.867; -15.600
Bahasa rasmiPortugis
Bahasa ditutur
Kumpulan etnik
(2019)[1]
Agama
(2020)[2][3][4]
DemonimGuinea-Bissau[5]
Guinea
KerajaanRepublik separa presiden kesatuan
• Presiden
Umaro Sissoco Embaló
Rui Duarte de Barros
Badan perundanganDewan Rakyat Kebangsaan
Kemerdekaan daripada Portugal
• Diisytiharkan
24 September 1973
• Diiktiraf
10 September 1974
Keluasan
• Jumlah
36,125 km2 (13,948 bt2) (ke-134)
• Perairan (%)
22.4
Populasi
• Perkiraan 2023
2,080,000[6] (ke-150)
47/km2 (121.7/sq mi) (ke-154)
KDNK (PPP)2023
• Jumlah
$6 bilion[7]
$3,000
KDNK (nominal)2023
•  Jumlah
$2 bilion[7]
$1,000
Gini (2021)33.4[8]
sederhana
HDI (2022) 0.483[9]
rendah · ke-179
Mata wangFranc CFA Afrika Barat
(XOF)
Zon waktuUTC±00:00 (GMT)
Arah memandukanan
Kod panggilan+245
Kod ISO 3166GW
DPT internet.gw

Guinea-Bissau,[a] rasminya Republik Guinea-Bissau,[b] ialah negara di Afrika Barat yang mencakupi 36,125 kilometer persegi (13,948 bt2) dengan anggaran penduduk seramai 2,026,778 orang penduduk. Negara ini bersempadan dengan Senegal di utara dan Guinea di tenggara.[10]

Guinea-Bissau dahulu sebahagian daripada kerajaan Kaabu,[11] serta sebahagian daripada Empayar Mali.[11] Bahagian di kerajaan ini berterusan hingga abad ke-18, manakala beberapa bahagian lain di bawah pemerintahan Empayar Portugal sejak abad ke-16. Pada abad ke-19, ia dijajah sebagai Guinea Portugal.[11] Kawalan Portugal terbatas dan lemah hingga awal abad ke-20, manakala kempen pendamaiannya memantapkan kedaulatan Portugal di kawasan tersebut. Kejayaan terakhir Portugal ke atas baki benteng terakhir bagi penentangan tanah besar terjadi pada 1915, dengan penaklukan Kerajaan Bissau pimpinan Papel oleh pegawai tentera Portugal Teixeira Pinto dan askar upahan Wolof Abdul Injai.[12]

Kepulauan Bissagos, kepulauan di pesisir Guinea-Bissau, ditakluk rasmi pada 1936, menjaminkan kawalan Portugal dari kedua-dua tanah besarndan kepulauan di rantau tersebut.[13]

Setelah merdeka, diisytiharkan pada 1973 dan diiktiraf pada 1974, nama ibu negaranya, Bissau, ditambah ke nama negara untuk mengelakkan kekeliruan dengan Guinea (dahulu Guinea Perancis). Guinea-Bissau ada sejarah politik yang tidak stabil sejak merdeka. Presiden yang sekarang Umaro Sissoco Embaló dipilih pada 29 Disember 2019.[14]

Sekitar 2% penduduk berbahasa Portugis, bahasa rasmi, sebagai bahasa pertama, dan 33% berbahasa Portugis sebagai bahasa kedua. Kreol Guinea-Bissau, kreol berasaskan bahasa Portugis, ialah bahasa kebangsaan dan juga dianggap bahasa perpaduan. Menurut kajian 2012, 54% penduduk menutur Kreol sebagai bahasa pertama dan sekitar 40% menuturnya sebagai bahasa kedua.[15] The remainder speak a variety of native African languages.

Negara ini ada ramai penganut agama Islam, Kristian, dan pelbagai kepercayaan tradisional.[16][17] Keluaran dalam negeri kasar per kapita negara ini ialah salah satu daripada yang terendah di dunia.

Guinea-Bissau ialah anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Afrika, Masyarakat Ekonomi Negara Afrika Barat, Pertubuhan Kerjasama Islam, Masyarakat Negara Bahasa Portugis, Organisation internationale de la Francophonie, Perikatan Negara Pulau Kecil dan Zon Keamanan dan Kerjasama Atlantik Selatan. Ia juga ahli Kesatuan Latin yang kini dibubar.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ /ˌɡɪni bˈs/ ( dengar); Portugis: Guiné-Bissau; Fula: 𞤘𞤭𞤲𞤫 𞤄𞤭𞤧𞤢𞥄𞤱𞤮, rumi: Gine-Bisaawo; Mandinka: ߖߌ߬ߣߍ߫ ߓߌߛߊߥߏ߫ Gine-Bisawo
  2. ^ Portugis: República da Guiné-Bissau pt
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama CIA
  2. ^ "Guinea-Bissau". United States Department of State. Dicapai pada 8 Oktober 2022.
  3. ^ "Religions in Guinea Bissau | PEW-GRF". globalreligiousfutures.org. Dicapai pada 8 Oktober 2022.
  4. ^ "Guinea-Bissau", The World Factbook, Central Intelligence Agency, 22 September 2022, dicapai pada 8 Oktober 2022
  5. ^ "Guinea-Bissau" – Field Listing: Nationality. Diarkibkan 26 Jun 2015 di Wayback Machine The World Factbook 2013–14. Washington, DC: Central Intelligence Agency, 2013. Retrieved 15 July 2015.
  6. ^ Templat:Cite CIA World Factbook
  7. ^ a b "World Economic Outlook Database, October 2023 Edition (Guinea-Bissau)". International Monetary Fund. Dicapai pada 10 Disember 2023.
  8. ^ "Gini Index coefficient". The World Factbook. Dicapai pada 25 September 2024.
  9. ^ "Human Development Report 2023/2024" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 13 Mac 2024. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 Mac 2024. Dicapai pada 13 Mac 2024.
  10. ^ "Overview". The World Bank. Dicapai pada 26 Januari 2021.
  11. ^ a b c "Guinea-Bissau – Country Profile – Nations Online Project". nationsonline.org. Dicapai pada 26 Januari 2021.
  12. ^ Bowman, Joye L. (22 Januari 2009). "Abdul Njai: Ally and Enemy of the Portuguese in Guinea-Bissau, 1895–1919". The Journal of African History. 27 (3): 463–479. doi:10.1017/S0021853700023276. S2CID 162344466.
  13. ^ Corbin, Amy; Tindall, Ashley. "Bijagós Archipelago". Sacred Land Film Project. Dicapai pada 2 November 2022.
  14. ^ "Guinea-Bissau: Swearing-in of new President unlikely to bring stability, says UN representative". UN News. 14 Februari 2020. Dicapai pada 23 September 2020.
  15. ^ Handem, Myrna (2015). Portuguese, Creole, or Both: The Problematic of Language Choice in the Republic of Guinea-Bissau. The Social, Political and Economic Implications of Language Choice (Tesis). Howard University.
  16. ^ "Africa: Guinea-Bissau". The World Factbook. Central Intelligence Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2020. Dicapai pada 1 Januari 2020.
  17. ^ "Chapter 1: Religious Affiliation". Tolerance and Tension: Islam and Christianity in Sub-Saharan Africa (Laporan). Pew Research Center. 15 April 2010.
Pembahagian hak

 Rencana ini menggabungkan bahan domain awam daripada CIA World Factbook laman web https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/index.html.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Abdel Malek, K.,"Le processus d'accès à l'indépendance de la Guinée-Bissau", Bulletin de l'Association des Anciens Elèves de l'Institut National de Langues et de Cultures Orientales, No. 1, April 1998. pp. 53–60
  • Forrest, Joshua B., Lineages of State Fragility. Rural Civil Society in Guinea-Bissau (Ohio University Press/James Currey Ltd., 2003)
  • Galli, Rosemary E, Guinea Bissau: Politics, Economics and Society, Pinter Pub Ltd., 1987
  • Lobban, Richard Andrew Jr., and Mendy, Peter Karibe, Historical Dictionary of the Republic of Guinea-Bissau, third edition (Scarecrow Press, 1997)
  • Vigh, Henrik, Navigating Terrains of War: Youth And Soldiering in Guinea-Bissau, Berghahn Books, 2006

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Guinea-Bissau topics

12°N 15°W / 12°N 15°W / 12; -15