Wan Ali bin Haji Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wan Ali bin Haji Abdul Rahman (1837 - 1913) atau lebih dikenali sebagai Tok Wan Ali Kutan merupakan salah seorang tokoh ulamak di Nusantara yang terkemuka.

Wan Ali bin Haji Abdul Rahman atau nama penuhnya Haji Wan Ali bin Haji Abdul Rahman merupakan salah seorang daripada ulamak Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara.

Mengaji dan menetap di Mekkah membuat Beliau menjadi seorang yang fasih berbahasa Arab

Kedudukan nusantara diantara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan peluang yang membenarkan kawasan Nusantara menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa Arab, India dan China.

Mereka yang bertaraf ulama biasanya pernah melanjutkan penggajian ke Semenanjung Arab seperti di Mekah, atau Universiti Al-Azhar. Di sana mereka juga terdedah kepada kebudayaan Parsi, Rom dan Turki sebagaimana yang dapat dikesan dalam sastera golongan istana seperti Hikayat Amir Hamzah, dan juga oleh kebudayaan China seperti mana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, dan Syair Siti Zubaidah.

Pengetahuan ugama dan politik dunia ini menjadikan mereka seseorang yang berpengaruh sekembalinya mereka ke Nusantara ketika itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • TOKOH-TOKOH ULAMA' SEMENANJUNG MELAYU (1), Ismail Che Daud, Percetakan ZulRahim Sdn. Bhd., ISBN 983-2391-00-8


Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.