Wangsa Hasyimiah
Wangsa Hasyimiah |
---|
Wangsa Hasyimiah (Latin: Hashemite; Arab: هاشمي , terjemahan: Hāšimī) secara tradisionalnya merujuk kepada Bani Hashim, atau "suku kaum keturunan Hashim", suatu puak terbesar kaum Arab Quraisy. Ia juga merujuk kepada dinasti Arab yang bersangkutan dengan cabang susur galur keturunan Nabi Muhammad ﷺ bermula dari Lembah Hijaz, Semenanjung Tanah Arab. Wangsa Hasyimiah juga juga dikenali sebagai Kerabat DiRaja Jordan. Ini kerana keluarga Diraja pemerintah Jordan atau Raja Jordan tergolong dalam kerabat ini.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Wangsa Hasyimiah[6] adalah berketurunan susur galur dari Hashim ibn Abd al-Manaf (meninggal dunia pada c. 510 AD), Hashim merupakan moyang kepada Nabi Muhammad ﷺ . Namun definisi pada hari ini lebih menumpukan keturunan Nabi Muhammad adalah melalui anak perempuan baginda iaitu Fatimah.[7] Sejarah awal Wangsa Hasyimiah menunjukkan penentangan berterusan yang cukup kuat dari Kerajaan Bani Umayyah kerana Bani Umayyah dilihat lebih mengawal sistem khalifah atau pewaris pemerintahan Nabi Muhammad ﷺ . Bani Umayyah secara amnya berkongsi jurai keturunan yang sama dengan Wangsa Hasyimiah dengan menjadikan 'Abd al-Manâf bin Qusai sebagai permulaan jurai. Namun penguasaan Kerajaan Bani Umayyah tidak berkekalan apabila, Kerajaan Bani Abbasiyyah mula berjaya menjatuhkan Kerajaan Bani Umayyah. Kerajaan Bani Abbasiyah pula berjuraikan keturunan dari Abbas bin Abdul Muttalib iaitu salah seorang bapa saudara dan sahabat Nabi Muhammad ﷺ . Kerajaan Bani Abbasiyyah dilihat lebih memihak kepada Wangsa Hasyimiah kerana jurai keturunan mereka sangat rapat dan dekat berbanding jurai keturunan Bani Umayyah selain bercita-cita memecahkan monopoli penguasaan empayar Islam dari kerajaan tersebut di Timur Tengah. Sejarah juga jelas merekodkan bapa Nabi Muhammad iaitu Abdullah bin Abdul Muttalib meninggal dunia sebelum Nabi Muhammad dilahirkan oleh ibunya Aminah. Atas kematian Abdullah dan seterusnya kematian ibunya Aminah, Nabi Muhammad telah dijaga dan dipelihara oleh pakciknya iaitu Abu Talib yang juga ketua Bani Hashim.[8]
Dari kurun ke-10 hingga ke atas, Sharif (ketua agama Islam) di Makkah dan Emir (gabenor penguasa) secara tradisionalnya telah menjalinkan perjanjian dengan Wangsa Hasyimiah. Sebelum Perang Dunia I, Hussein bin Ali dari klan Wangsa Hasyimiah Dhawu-'Awn telah memerintah Hijaz dibawah pemerintahan Sultan di Empayar Uthmaniyah. Dalam sesetengah waktu, menerusi konsep Sublime Porte, pemilihan calon Emir Makkah ditentukan oleh calon kumpulan klan. Pada tahun 1908, Hussein bin Ali telah dipilih mejadi Emir Makkah. Beliau mendapati dirinya semakin bertentangan dengan golongan Turki Muda dalam mengawal di Istanbul, sementara beliau berusaha untuk mendapatkan kedudukan keluarganya sebagai keturuan Emir.
Ketika dan pasca Perang Dunia I
[sunting | sunting sumber]Sharif Hussein bin Ali dilihat cenderung memberontak bagi menentang pemerintahan Empayar Uthmaniyah ketika Pemberontakan Arab pada tahun 1916.[9] Antara tahun 1917 dan 1924, selepas jatuhnya nuasa Uthmaniyah, Hussein bin Ali memerintah wilayah Hijaz yang merdeka, dan dari situ mengisytiharkan dirinya sebagai raja, dengan mempunyai agenda tersirat bagi membantu Pejabat Luar British. Penyokong-penyokong Sharif ini biasanya dirujuk sebagai "Sharifian" atau "pihak Sharifian". Ketua mereka bersaing di Semenanjung Tanah Arab sebagai raja kepada tanah tinggi diantara segala tanah tinggi di Najd yang diberi nama sebagai Ibn Saud, dimana akhirnya mendapatkan Hijaz pada tahun 1925 dan meletakkan anaknya, Faysal bin Abdelaziz Al Saud, sebagai pemerintah. Kawasa-kawasan ini akhirnya bersatu bagi membentuk Arab Saudi.
Hussein bin Ali mempunyai 5 orang anak lelaki:
- Ali, merupakan pewaris yang layak menaiki takhta Hijaz sebelum kehilangannya kepada Bani Saud.
- Abdullah, akhirnya menjadi raja di Transjordan, dan keturunannya diangkat menjadi Raja Jordan. Dari sinilah negara Jordan monarki tercipta.
- Faisal, diangkat dan diisytiharkan Raja Syria Agung, akhirnya diangkat mejadi Raja Iraq.
- Putera Zeid, berpindah ke Jordan apabila cucu lelaki abangnya Raja Faisal II dari Iraq, di jatuhkan takhta dan dibunuh pada Revolusi 14 Julai 1958 di Iraq.
- Hassan, meninggal dunia pada usia muda.
Wangsa Hasyimiah pada hari ini
[sunting | sunting sumber]Mutakhir ini, sudah diketahui bahawa keturunan Wangsa Hasyimiah yang masih mengamalkan sistem monarki secara sah dan turun temurun hanyalah negara Jordan. Namun begitu, keturunan ini yang juga sinonim dalam dunia Islam sebagai keturunan Nabi Muhammad ﷺ telah melata di banyak negara-negara Islam utama seperti Jordan, Yemen, dan Turkey. Kebanyakkan keturunan dan kerabat Wangsa Hasyimiah yang menduduki negara-negara ini memakai gelaran Sayyid. Keluarga DiRaja Kesultanan Sulu mendakwa diri mereka adalah turun-temurun dari keturunan Wangsa Hasyimiah di Sulu, Filipina. Dimana Sulu mempuyai populasi Islam teramai di Filipina. Banyak ahli keturunan Bani Hashim telah bertebaran diseluruh dunia, namun pada hari ini tidak banyak rekod berdaftar yang dapat mengesahkannya. Keluarga DiRaja Maghribi juga mendakwa mereka adalah keturunan dari Imam Ali, tetapi mereka tidak mengunakan Wangsa Hasyimiah sebagai nama dinasti mereka.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.kinghussein.gov.jo/hashemites.html The Hashemites: Jordan's Royal Family
- ^ Stitt, George (1948). A Prince of Arabia, the Amir Shereef Ali Haider. George Allen & Unwin, London.
- ^ Bosworth, Clifford Edmund (1996). The New Islamic Dynasties. Edinburgh University Press.
- ^ Antonius, George (1946). The Arab Awakening. Capricorn Books, New York.
- ^ http://www.friesian.com/islam.htm The Hashemites, 1827-present
- ^ http://www.kinghussein.gov.jo/hashemites.html The Hashemites: Jordan's Royal Family
- ^ T. E. Lawrence (1926), Seven Pillars of Wisdom, reprinted 2000 Penguin classics, p. 48
- ^ Time-Life Books, What Life Was Like: In the Land of the Prophet, p. 17
- ^ T. E. Lawrence (1926), Seven Pillars of Wisdom, reprinted 2000 Penguin classics, p. 53