Turkmenistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Republik Turkmenistan

Türkmenistan
Bendera Turkmenistan
{{{coat_alt}}}
Bendera Lambang
Location of Turkmenistan
Ibu negara
dan bandar terbesar
Ashgabat
Bahasa rasmiTurkmen
Bahasa serantau yang DiiktirafRusia, Uzbek
DemonimTurkmen
KerajaanRepublik berpresiden
• Presiden
Gurbanguly Berdimuhammedow
Kemerdekaan 
• Pengisytiharaan
27 Okotber , 1991
• Pengiktirafan
28 Oktober , 1991
• Air (%)
4.9
Penduduk
• Anggaran 2019
6,387,922 (113)
• Bancian 1997
1,976,457
KDNK (PPP)Anggaran 2019 
• Jumlah
$72.22 billion (85)
• Per kapita
$11,305 (86)
HDI (2019)0.689
sederhana · 110
Mata wangTurkmen Manat (TMM)
Zon masaUTC+5 (TMT)
• Musim panas (DST)
UTC+5 (tidak diperhati)
Kod panggilan+993
DPT Internet.tm

Republik Turkmenistan (Bahasa Turkmen:Türkmenistan Respublikasy), juga dikenali sebagai Turkmenia (Bahasa Rusia: Туркмения). Sehingga tahun 1990, Turkmenistan masih tergolong dalam konstitusi Kesatuan Soviet, yang bernama Republik Sosialis Soviet Turkmenistan. Turkmenistan terletak di Asia Tengah dan bersempadan terus dengan Iran di selatan, Afghanistan di tenggara, Uzbekistan di utara, Kazakhstan di barat laut dan Laut Kaspia di barat. Sebahagian besar wilayahnya merupakan hamparan gurun pasir Karakum. Negara ini memiliki simpanan gas asli keempat terbesar di dunia.[1]

Saat ini, Turkmenistan menerapkan sistem politik parti tunggal. Sistem ini dianggap tidak memenuhi prinsip-prinsip dasar demokrasi.[2]. Sejak kemerdekaannya dari Kesatuan Soviet, Turkmenistan dipimpin oleh Saparmurat Atayevich Niyazov, bahkan beliau menamakan dirinya sebagai Turkmenbashi (Bahasa Turkmen: Türkmenbaşy, "Pemimpin Bangsa Turkmen"). Pada 21 Disember 2006, beliau meninggal dunia dan digantikan oleh Gurbanguly Mälikgulyýeviç Berdimuhammedow yang dilantik oleh Dewan Keamanan Negara Turkmenistan, melalui pilihan raya pada 11 Februari 2007.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Wilayah Turkmenistan telah lama dikenali banyak orang dalam sejarah. Banyak pasukan dari berbagai kerajaan yang dikirim ke wilayah ini demi mendapatkan wilayah yang lebih makmur. Wilayah ini sudah lama dikenal terutama oleh pelbagai empayar Persia. Sejarah wilayah ini dimulai saat Kaisar Akhemeniyah (empayar kuno pertama Persia) menaklukan wilayah ini dan membahaginya kepada tiga wilayah, Margiana, Khwarezmia dan Parthia.

Alexander Agung menaklukan wilayah ini pada abad keempat SM pada perjalanannya menuju Asia Tengah, dan pada saat itu pula Laluan Sutra dibangunkan sebagai laluan perdagangan utama yang menghubungkan Asia dan kawasan Mediterranian. Beberapa abad kemudian, empayar Parthia Persia ditubuhkan dengan ibu kotanya di Nisa, salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO, kini berada sekitar 18 km di barat daya Ashgabat. Setelah kejatuhan empayar Parthia, wilayah ini kerap kali diduduki oleh berbagai empayar Iran selama beberapa abad.

Zaman Islam dan Pertengahan[sunting | sunting sumber]

Pada abad ketujuh Masihi, bangsa Arab menaklukan wilayah ini dan sekaligus memperkenalkan Islam dan juga budaya Timur Tengah. Turkmenistan mulai dikenal ketika khalifah Ma'mun Ar-Rasyid dari empayar Bani Abbasiyah memindahkan ibukota kerajaan Khorasan Raya ke Merw.

Pada pertengahan abad ke-11, Empayar Turki Saljuk memusatkan kekuasaan wilayahnya di Turkmenistan dalam usaha untuk meluaskan wilayah empayarnya hingga Khorasan. Pada pertengahan abad ke-12, kekuasaan empayar ini jatuh akibat dikalahkan oleh Genghis Khan yang pada saat itu berhasil merebut kekuasaan di wilayah timur Laut Kaspia dalam rangka pengembaraannya ke barat.

Tujuh abad kemudian, bangsa Turkmen hidup dibawah kekuasaan berbagai empayar dan perang antara suku. Sekitar abad ke-17 dan ke-19, kekuasaan di Turkmenistan diperebutkan oleh Empayar Persia, Kekahanan Khiva, para amir dari Bukhara dan penguasa Afghanistan. Selama masa ini, pemimpin spiritual Turkmen, Magtymguly Pyragy terkenal kerana usahanya untuk menjaga kebebasan dan kedaulatan bagi rakyatnya.

Pada saat itu, wilayah yang luas di Asia Tengah, termasuk Turkmenistan belum dipetakan dan hampir tidak dikenal secara luas oleh bangsa Eropah dan Dunia Barat. Persaingan untuk menguasai wilayah tersebut antara Empayar British dan Empayar Rusia ditandai dengan Permainan Besar. Sepanjang penaklukan mereka di Asia Tengah, Rusia disambut dengan perlawanan yang paling berat oleh Turkmenistan. Bagaimanapun, pada tahun 1894 Rusia dapat meluaskan pengaruhnya di Turkmenistan dan memasukkan wilayah itu ke dalam wilayah empayarnya.

Zaman Kesatuan Soviet[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan Perjanjian Anglo-Rusia 1907, perang antara Empayar Rusia dengan Empayar British di Asia Tengah telah selesai. Sejak saat itu, Turkmenistan berada penuh dalam kekuasan Empayar Rusia. Pelbagai pengaruh budaya Rusia, termasuk bahasa mulai diperkenalkan kepada bangsa Turkmen. Revolusi Oktober yang terjadi di Rusia dan ketidakseimbangan politik menyebabkan keinginan bangsa Turkmen mendeklarasikan Republik Sosialis Soviet Turkmenistan, salah satu dari enam republik Kesatuan Soviet.

Seorang Turkmen berbusana tradisional, sekitar 1905–1915.

Perubahan besar terjadi dalam kehidupan bangsa Turkmen. Bangsa Turkmen pun didorong menjadi sekular dan mengadaptasi cara berpakaian bangsa Eropah. Aksara yang digunakan dalam bahasa Turkmen pun diganti dari abjad Arab kuno ke Rumi dan akhirnya abjad Cyril.

Namun, proses mempengaruhi bangsa Turkmen untuk meninggalkan cara-cara tradisional mereka untuk mendukung komunisme tidak sepenuhnya berhasil hingga akhir tahun 1948. Kebijakan nasional Kesatuan Soviet, antara tahun 1920 hingga 1930, sebenarnya mempromosikan "Penemuan Tradisi Bangsa Turkmen".[3] Bangsa Turkmen mendapat perlakuan yang lebih dalam pemerintahan Soviet dan sistem pendidikan. Ketika pemerintahan Stalin, beliau membenarkan bahasa Turkmen sebagai bahasa rasmi di Republik Sosialis Soviet Turkmenistan.

Kemerdekaan dan zaman moden[sunting | sunting sumber]

Ketika Kesatuan Soviet mulai runtuh, Turkmenistan dan republik Asia Tengah lainnya cemas akan keadaan negara mereka kerana mereka bergantung kepada kekuatan ekonomi dan pasaran bebas Soviet untuk mencapai kemakmuran. Namun demikian, Turkmenistan mengisytiharkan kemerdekaannya pada tanggal 27 Oktober 1991, dan merupakan republik terakhir Soviet yang memerdekakan diri.[4]

Pada tahun 1991, Turkmenistan bergabung dalam Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), sebuah organisasi antarabangsa yang anggotanya terdiri dari negara-negara bekas Kesatuan Soviet. Namun, Turkmenistan menurunkan status keanggotaannya dalam organisasi tersebut menjadi "anggota persatuan" pada Ogos 2004. Pernyataan yang disampaikan oleh Presiden Turkmenistan ialah negara tersebut akan berkecuali selamanya.[5]

Pemimpin lama Republik Sosialis Soviet Turkmenistan, Saparmurat Niyazov menjadi presiden pertama Turkmenistan setelah pembubaran Kesatuan Soviet. Di bawah kepemimpinan beliau, hubungan antara bangsa Rusia dan Turkmen sangat dingin. Beliau menyebut dirinya sebagai seorang penyokong budaya Muslim tradisional dan bangsa Turkmen, bahkan beliau menyebut dirinya sebagai Türkmenbaşy, "pemimpin semua bangsa Turkmen". Perpanjangan kekuasaan beliau bertambah besar pada awal 1990-an, dan pada tahun 1999, beliau menjadi "Presiden seumur hidup".

Beliau meninggal dunia pada 21 Disember 2005 tanpa meninggalkan pewaris. Seorang mantan wakil perdana menteri dikatakan adalah anak tidak sahnya beliau. Gurbanguly Berdimuhammedow dipilih untuk menggantikan beliau pada 11 Februari 2007 melalui pemilihan umum.

Politik[sunting | sunting sumber]

Setelah 69 tahun menjadi sebahagian dari Kesatuan Soviet serta 67 tahun menjadi sebahagian daripada republik Kesatuan Soviet, pada tanggal 27 Oktober 1991, rakyat Turkmenistan memutuskan untuk merdeka dan berpisah daripada Kesatuan Soviet.

Presiden seumur hidup Saparmurat Atayevich Niyazov yang merupakan mantan birokrat Parti Komunis Kesatuan Soviet, memimpin Turkmenistan dari tahun 1985, ketika beliau menjadi ketua Parti Komunis Turkmenistan. Beliau mengambil alih kepemimpinan setelah keruntuhan Kesatuan Soviet dan pada tanggal 28 Desember 1999, beliau diangkat sebagai Presiden seumur hidup Turkmenistan oleh pihak majlis.

Bekas parti Komunis, sekarang dikenal sebagai Parti Demokrat Turkmenistan merupakan partai tunggal yang diizinkan oleh pemerintah. Parti politik lainnya dianggap tidak sah atau haram kecuali mendapat persetujuan dari pemerintah.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Turkmenistan dibagi menjdai lima provinsi atau welayatlar (tunggal welayat) dan sebuah wilayah ibukota. Setiap welayat dibagi menjadi beberapa etraplar (tunggal etrap).

Daftar provinsi di Turkmenistan
Provinsi ISO 3166-2 Ibukota Luas[6] Jumlah Penduduk (2005)[6] Key
Kota Ashgabat Ashgabat 470 km2 (180 bt2) 871,500
Provinsi Ahal TM-A Anau 97,160 km2 (37,510 bt2) 939,700 1
Provinsi Balkan TM-B Balkanabat  139,270 km2 (53,770 bt2) 553,500 2
Provinsi Daşoguz TM-D Daşoguz 73,430 km2 (28,350 bt2) 1,370,400 3
Provinsi Lebap TM-L Türkmenabat 93,730 km2 (36,190 bt2) 1,334,500 4
Provinsi Mary TM-M Mary 87,150 km2 (33,650 bt2) 1,480,400 5

Geografi[sunting | sunting sumber]

Turkmenistan terletak di Asia Tengah yang sebahagian besar merupakan wilayah gurun pasir yang dibatasi oleh barisan pergunungan, dengan 80% wilayahnya diselimuti oleh gurun Karakum. Di bahagian tengah wilayah ini merupakan daerah dataran rendah Turpan. Di bahagian barat daya wilayah ini terdapat petgunungan Kopet Dag yang memiliki puncak tertinggi, Kuh-e Rizeh (Gunung Rizeh) sekitar 2,912 meter (9,553 kaki).[7]

Badai pasir di Turkmenistan

Di bahagian barat negara ini terbentang barisan pergunungan Balkan Besar (sebagian besar terletak di Provinsi Balkan) dan juga barisan pegunungan Köýtendag di bahagian timur laut yang berbatasan dengan Uzbekistan, yakni di Provinsi Lebap. Barisan pergunungan Balkan Besar menjulang tinggi dengan puncak tertingginya Gora Arlan (Gunung Arlan) sekitar 1,880 meter (6,710 kaki)[8] dan puncak tertingginya, Ayrybaba yang terletak di Barisan Pegunungan Kugitangtau sekitar 3,137 meter (10,292 kaki).[9] Sungai-sungai besar Turkmenistan termasuk Amu Darya, Mughrab dan Hari.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Sebagian besar wilayah Turkmenistan merupakan antara gurun pasir terkering di dunia, di beberapa tempat, curahan hujan tahunan hanya mencapai 12 mm (0.47 inci). Suhu tertinggi yang pernah tercatat yaitu sekitar 48.9 °C (120°F) dan di Kerki, sebuah kota kecil yang terletak di tepi Sungai Amu Darya, yaitu sekitar 51.7 °C (125.1 °F) pada Julai 1983.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Setakat 2018, nilai KDNK berdasarkan pariti kuasa beli Turkmenistan dianggarkan sebanyak AS$112.613 bilion.[10] Pada 2014, peratus pengangguran rakyat Turkenistan dianggarkan sebanya 11%.[11]

Gas asli dan petroleum[sunting | sunting sumber]

Turkmenistan memiliki simpanan gas asli keempat terbesar di dunia serta simpanan petroleum yang ketara. Setakat 2010, negara ini mengeluarkan 202,000 tong minyak sehari, dengan kadar penggunaan petroleum domestik ialah lebih kurang 100,000 tong sehari.

Setakat Mei 2011, Lapangan Gas Galkynysh memiliki simpanan gas asli kedua terbesar dunia selepas lapangan South Pars di Teluk Parsi, dengan anggaran jumlah simpanan sebanyak 21.2 trilion meter padu.[12] Pengeluaran gas asli Turkmenistan diseliakan oleh syarikat gas kebangsaan, Türkmengaz di bawah kawalan Kementerian Minyak dan Gas negara.

China merupakan pengimport gas asli Turkmenistan terbesar, dan dijangka menjadi lebih ketara selepas pembinaan paip gas yang menghubungkan kedua-dua negara yang melalui Uzbekistan dan Kazakhstan.[13][14]

Pertanian[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan kawasan pertanian di Turkmenistan bertumpukan pertanian kapas dan merupakan negara pengeluar kapas kesembilan terbesar dunia.[15] Pada musim 2011, negara ini menghasilkan sekitar 1.1 juta tan kapas.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Pelancongan di Turkmenistan mula berkembang pesat sejak kebelakangan ini, terutamanya pelancongan kesihatan. Salah satu faktor ialah pembangunan kawasan pelancongan Awaza di pesisir Laut Kaspia.[16] Setiap pelancong mesti memohon visa pelancong sebelum melawat Turkmenistan; pelancong di kebanyakan negara memerlukan bantuan daripada pihak agen pelancongan Turkmenistan untuk memohon visa pelancong.

Mata wang[sunting | sunting sumber]

Mata wang rasmi Turkmenistan ialah manat yang bersamaan dengan 100 tenge, dengan kod mata wang berdasarkan ISO 4217 ialah TMT. Mata wang ini digunakan sejak 1 November 1993, tetapi sebuah versi baharu manat telah dirasmikan pada 2009.[17]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sebagian besar penduduk Turkmenistan merupakan etnik Turkmen dan diikuti oleh etnik-etnik minoritas lainnya seperti etnik Uzbek dan Rusia. Jumlah kecil minoriti lainnya berasal daripada etnik Kazakh, Tatar, Ukraine, Azerbaijan, Armenia dan Balokh. Peratusan etnik Rusia menurun dari 18.6% di tahun 1939 menjadi 9.5% di tahun 1989.

Agama[sunting | sunting sumber]

Menurut CIA World Factbook, penganut Islam merangkumi 86% penduduk Turkmenistan manakala 9% penduduk negara menuruti Gereja Ortodoks Timur dan selebihnya dikelaskan sebagai "tidak beragama".[11] Kajian Pew Research Center pula menetapkan peratusan penduduk Islam di Turkmenistan pada 93.1%.[18]

Ketika pemerintahan Saparmurat Niyazov, beliau mengarahkan agar pendidikan Islam asas diberikan di sekolah awam. Institusi-institusi agama seperti masjid dan sekolah agama mula muncul, kebanyakannya dengan sokongan daripada Arab Saudi, Kuwait dan Turki. Pengajian Islam dijalankan di masjid-masjid serta sekolah seperti pengajian bahasa Arab, Al-Qur'an dan hadis, dan sejarah Islam.[19]

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Bahasa Turkmen merupakan bahasa rasmi di Turkmenistan, walaupun masih banyak penduduknya yang menggunakan bahasa Rusia untuk komunikasi antara etnik. Sekitar 72% penduduknya menggunakan bahasa Turkmen, 12% menggunakan bahasa Rusia, 9% menggunakan bahasa Uzbek dan 7% menggunakan bahasa-bahasa lain.[11]

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Tapak Warisan Dunia[sunting | sunting sumber]

Senarai Tapak Warisan Dunia di Turkmenistan
Gambar Nama Lokasi Catatan Tahun Pengisytiharaan Jenis Rujukan
Cyark merv 3.jpg Merv Purba Mary Kota-Oase utama di Asia Tengah pada masa Jalur Sutera 1995 Budaya [20]
KonyeUrgenchMinaret.jpg Köneürgenç Köneürgenç Runtuhan ibu kota Khwarezmia pada abad ketujuh 2005 Budaya [21]
Nisa.jpg Benteng Parthia Nisa Bagyr, Provinsi Ahal Salah satu ibu kota pertama Empayar Parthia 2007 Budaya [22]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "BP Statistical Review of World Energy 2019" (PDF).
  2. ^ Freedom House: Freedom in the world, country report on Turkmenistan http://www.freedomhouse.org/template.cfm?page=22&year=2009&country=7723
  3. ^ Terry Martin- the Affirmative Action Empire (Itacha & London)
  4. ^ Tribe, Class, and Nation in Turkmenistan, page 1 Tribal Nation: The Making of Soviet Turkmenistan
  5. ^ Turkmenistan Reduces Ties To ‘Associate Member' Radio Free Europe, 29 August 2005
  6. ^ a b Statistical Yearbook of Turkmenistan 2000-2004, National Institute of State Statistics and Information of Turkmenistan, Ashgabat, 2005.
  7. ^ Kuh-e Rizeh on Peakbagger.com
  8. ^ Mount Arlan on Peakbagger.com
  9. ^ Ayrybaba on Peakbagger.com
  10. ^ "World Economic Outlook Database, October 2019". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 16 November 2019.
  11. ^ a b c "Turkmenistan". CIA World Factbook. Dicapai pada 25 November 2013.
  12. ^ Solovyov, Dmitry (25 May 2011). "Turkmen gas field to be world's second-largest". Reuters.
  13. ^ "China plays Pipelineistan'". Atimes.com. 24 December 2009. Dicapai pada 3 May 2010.
  14. ^ Vakulchuk, Roman and Indra Overland (2019) “China’s Belt and Road Initiative through the Lens of Central Asia”, in Fanny M. Cheung and Ying-yi Hong (eds) Regional Connection under the Belt and Road Initiative. The Prospects for Economic and Financial Cooperation. London: Routledge, pp. 115–133.
  15. ^ "The ten largest cotton producing countries in 2009". Statista.com. Dicapai pada 25 November 2013.
  16. ^ "Las Vegas on the Caspian?". aljazeera.com.
  17. ^ "В Туркменистане введён в обращение новый манат деноминированного образца | Экономика | ИП "ТУРКМЕНинформ"". www.turkmeninform.com. Dicapai pada 2019-02-10.
  18. ^ "MAPPING THE GLOBAL MUSLIM POPULATION : A Report on the Size and Distribution of the World's Muslim Population" (PDF). Pweforum.org. October 2009. Dicapai pada 14 February 2016.
  19. ^ Larry Clark; Michael Thurman & David Tyson (March 1996). Glenn E. Curtis (penyunting). "A Country Study: Turkmenistan". Library of Congress Federal Research Division. Dicapai pada 25 November 2013.
  20. ^ UNESCO. Ancient Merv State Historical and Cultural Park.
  21. ^ UNESCO. Köneürgenç.
  22. ^ UNESCO. Nisa Fortress.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]