Warta Malaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Warta Malaya ialah akhbar harian berbahasa Melayu yang dikendalikan oleh Ibrahim Yaakob. Akhbar ini diterbitkan sekitar tahun 1931-1941 iaitu sebelum Perang Dunia II. Ia menjadi media memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu bersama Republik Indonesia yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda.

Warta Malaya diterbitkan di Singapura. Editornya ialah Onn Bin Jaafar (1930-33), Sayyid Alwi bin Sayyid Shaykh al-Hadi (1933-34), Sayyid Hussein bin Ali Alsagoff (1934-1941), dan Cikgu Ibrahim Yaakob (1941). Dengan bantuan pihak Jepun, Ibrahim Yaakob telah membeli Warta Malaya ini pada 1941. Ibrahim menjadi ejen Jepun waktu itu.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 'Warta Malaya, penyambung lidah bangsa Melayu, 1930-1941' oleh Zulkipli bin Mahmud ;Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia ; 1979