Utusan Publications & Distributors

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Swasta
IndustriPenerbitan, pengedaran
Ditubuhkan29 Mac 1976; 44 tahun yang lalu (1976-03-29)
Dibubarkan9 Oktober 2019; 8 bulan yang lalu (2019-10-09)
Ibu pejabatNo. 1 & 3, Jalan 3/91A, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Kuala Lumpur
Tempat dibekalkan
Malaysia
Perancang utama
  • Tan Sri Mohamed Hashim bin Ahmad Makaruddin
  • Datuk Mohd. Nasir Ali
  • Dr. Ahmad Hairi Abu Bakar
  • Sharina Saidon
Output pengeluaran
Akhbar, buku, majalah
Perkhidmatan
  • Penerbitan buku
  • Pengedaran buku
PemilikKumpulan Utusan
Laman sesawangwww.upnd.com.my

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (atau singkatannya, UP&D) merupakan sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran yang diperbadankan pada 29 Mac 1976. Syarikat ini banyak menerbitkan dan mengedarkan akhbar, buku serta majalah untuk semua lapisan umur. Selain itu, ia juga merupakan anak syarikat milik penuh Utusan Melayu (M) Berhad dengan modal berbayar sebanyak RM 3 juta dan modal dibenarkan sebanyak RM 5 juta.[1]

UP&D merupakan penerbit bumiputera yang telah bertapak lama dalam bidang penerbitan dan pengedaran buku yang mencecah usia 35 tahun dan menjadi penerbit bumiputera yang tertua di Malaysia. Lebih kurang 65 peratus daripada buku terbitan UP&D berasaskan pendidikan, manakala 35 peratus lagi merupakan bahan bacaan umum yang merangkumi pelbagai subjek seperti pengurusan, perniagaan, motivasi, agama, dan kekeluargaan. Selain itu, UP&D juga berperanan sebagai perunding bagi penerbitan buku berkualiti tinggi atau buku mewah untuk sesuatu projek jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan korporat.[1]

UP&D menerbitkan lebih kurang 130 tajuk buku setiap tahun. UP&D juga merupakan pembekal dan pengedar buku terbitan luar negara dan tempatan. Buku luar negara yang diedarkan termasuk dari Amerika Syarikat, Eropah dan Australia. Kebanyakan buku dibekalkan kepada institusi pengajian tinggi, perpustakaan sekolah, perpustakaan awam, jabatan, dan agensi kerajaan.[1]

Berikutan pembubaran Kumpulan Utusan dan penutupan Utusan Malaysia, Utusan Publications & Distributors dihentikan operasinya pada 9 Oktober 2019.[2][3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Profil Korporat UP&D". 9 Disember 2008. Dicapai pada 23 Februari 2013.
  2. ^ "Utusan Group ceases operations, staff told to vacate offices by 1pm Wednesday (Oct 9)". The Star. 9 October 2019. Diarkib daripada yang asal pada 9 October 2019. Dicapai pada 9 October 2019.
  3. ^ "End of the road for Utusan". Free Malaysia Today. 9 October 2019. Diarkib daripada yang asal pada 10 October 2019. Dicapai pada 9 October 2019.
  4. ^ "Utusan Melayu henti operasi perniagaan". Utusan Malaysia. 9 October 2019. Dicapai pada 9 October 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]