Wikipedia:Rencana pilihan/Kriteria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Navigasi

Kandungan pilihan:

Alatan rencana pilihan:

Sebelum membuat pencalonan rencana pilihan:

Arkib:


Sebuah rencana pilihan merupakan contoh hasil karya terbaik Wikipedia dan menonjolkan piawaian profesional penulisan, persembahan, dan penyumberan. Di samping harus mematuhi dasar mengenai kandungan bagi semua rencana Wikipedia, rencana pilihan mempunyai sifat-sifat yang berikut:

  1. Dikarang dengan baik, menyeluruh, teliti dari segi fakta, berkecuali, stabil
    • (a) dikarang dengan baik: prosanya menarik dan cemerlang;
    • (b) menyeluruh: tanpa pengabaian fakta atau perincian yang penting serta tidak mempunyai terlalu banyak pautan merah;
    • (c) teliti dari segi fakta: bahawa dakwaan dapat ditentusahkan dengan sumber yang boleh dipercayai dan disokong dengan petikan dalam baris jika sesuai;
    • (d) berkecuali: ia mempersembahkan pandangan secara adil dan tidak berat sebelah; dan
    • (e) stabil: ia bukan sedang terlibat dalam perang sunting dan bahawa isinya tidak berubah secara ketara dari hari ke hari, kecuali sebagai tindak balas kepada proses pencalonan rencana pilihan.
  2. Ia mematuhi piawai-piawai yang diterangkan dalam manual gaya penulisan, termasuklah memperuntukkan:
    • (a) pengenalan: bahagian pengenalan yang padat yang meringkaskan keseluruhan topik bagi menyediakan pembaca untuk perincian pada bahagian-bahagian berikutnya;
    • (b) struktur yang bersesuaian: jadual isi kandungan yang cukup kaya tetapi bukanlah sistem yang berlebih-lebihan untuk tajuk-tajuk bahagian yang bertatatingkat; dan
    • (c) petikan yang tekal: seperti yang dikehendaki dalam kriterion 1c, bahawa petikan dalam baris diformatkan secara tekal menggunakan sama ada nota kaki (<ref>Smith 2007, p. 1</ref>) atau perujukan Harvard (Smith 2007, p. 1)—lihat memetik sumber untuk maklumat mengenai pemformatan rujukan. Templat petikan digalakkan untuk hal ini.
  3. Media. Ia mengandungi imej dan media lain, jika sesuai, dengan kapsyen yang padat dan taraf hak cipta yang boleh diterima. Imej mematuhi piawai-piawai dalam dasar penggunaan imej. Imej atau media tidak bebas mesti memenuhi kriteria kemasukan kandungan tidak bebas dan dilabel dengan sewajarnya.
  4. Panjang rencana. Ia tertumpu pada topik utama tanpa perincian yang sia-sia dan menggunakan gaya ringkasan.

Nota[sunting sumber]

Lihat juga[sunting sumber]