Wikipedia:Senarai dasar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laman ini menyenaraikan dasar yang ada dan berkuatkuasa di Wikipedia bahasa Melayu.. Dasar-dasar mendapat terimaan umum dari penyunting dan disifatkan sebagai piawaian yang mesti diikuti. Apabila menyunting laman ini, sila pastikan suntingan anda konsisten dengan dasar-dasar yang menjadi tulang belakang pentadbiran. Jika musykil, bincangkan terlebih dahulu di laman perbincangan.

Lihat Wikipedia:Dasar dan garis panduan untuk penerangan am mengenai apa itu dasar, bagaimana ia dibentuk serta mengapa kami mempunyainya. Anda juga boleh mengakses kesemua dasar di Kategori:Polisi rasmi Wikipedia.

NOTA PENTING: Dasar-dasar yang tersenarai di sini akan dianggap berkuatkuasa. Sebahagian dasar-dasar lain yang tidak tersenarai disini masih dianggap berkuatkuasa, sekiranya dan selagi ia diluluskan untuk dikuatkuasakan. Sebilangan dasar-dasar lain yang dibenarkan/dianjurkan oleh komuniti Wikipedia bahasa Melayu untuk dipraktikkan, sepertimana yang dimaksudkan oleh Wikipedia:Polisi lanjutan juga dianggap perlu dikuatkuasakan mengikut nilai-nilai norma dan tatacara Wikipedia bahasa Melayu. (Sah untuk dipraktikkan pada 19 Mac 2024).

Senarai dasar yang berkuatkuasa[sunting sumber]

  • Jauhi berat sebelah. Rencana perlu ditulis dari sudut pandangan berkecuali, yang bererti rencana patut mewakili pandangan dari sudut berbeza secara adil dan bersimpati.
  • Jangan melanggar hakcipta. Wikipedia merupakan ensiklopedia bebas dilesenkan di bawah syarat Lesen Dokumentasi Bebas GNU. Menghantar kerja tanpa kebenaran pemegang hakcipta mengancam objektif kami untuk membina ensiklopedia bebas yang boleh disebarkan secara bebas, dan boleh mengakibatkan masalah undang-undang kepada projek. Lihat Hakcipta Wikipedia untuk maklumat lanjut.
  • Wikipedia merupakan ensiklopedia. Tapak ini khusus untuk perkembangan ensiklopedia. Secara khusus, perbincangan di laman perbualan perlu kearah memperelok rencana. Lihat Wikipedia bukanlah.
  • Hormati penyumbang lain. Penyumbang datang daripada pelbagai negara dan kebudayaan, dan mempunyai pandangan yang berbeza. Dengan menghormati mereka kita dapat bekerjasama dengan efektif dalam membina ensiklopedia. Untuk dasar, sila lihat etika Wikipedia.
  • Sunting mengikut piawaian. Suntinglah mengikut dasar untuk pembentukan rencana yang berkualiti. Lihat Polisi menyunting.
  • Sekiranya terdapat konflik pernamaan rencana, gunakan kemudahan nyahkekaburan. Tidak luar biasa untuk nama-nama rencana bercanggah kerana perkataan sama boleh merujuk kepada konsep yang berbeza. Lihatlah Nyahkekaburan
  • Jangan sewenangnya memadam laman. Pemadaman laman merupakan sesuatu yang sensitif dan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya. Lihat Polisi memadam
  • Melindungi laman Lindungi laman apabila perlu (misalnya untuk mengelakkan laku musnah). Lihat Polisi perlindungan.
  • Menyekat pengguna mesti bersebab baik. Lihat Polisi sekatan (Bila dan mengapa menyekat pengguna)

Untuk polisi menggunakan ciri terhad, lihat Penyelia.

Lihat juga faux pas Wikipedia paling biasa untuk maklumat berguna bagi pendatang baru.

Lihat juga[sunting sumber]