Wikipedia:Calon rencana pilihan/Disember 2021

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo Johor Darul Ta'zim.

Johor Darul Ta'zim Football Club atau ringkasnya JDT ialah sebuah kelab bola sepak profesional yang berpusat di Johor BahruJohor, Malaysia. Kelab ini diasaskan pada 1972 sebagai PKENJ FC dan kini bersaing di divisyen teratas bola sepak Malaysia, Liga Super Malaysia. Kelab ini dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Pada 2014, JDT memperoleh penghormatan besar pertama mereka dengan memenangi liga kebangsaan pada musim pertama di bawah pengurus Croatia Bojan Hodak. Di bawah bimbingan Mario Gómez dari Argentina, mereka memenangi Piala AFC 2015 dan Liga Super 2015. Dengan memenangi Piala AFC, JDT menjadi pasukan Malaysia kedua sejak 1967 yang memasuki perlawanan akhir pertandingan utama peringkat benua, dan kelab Malaysia yang pertama memenangi kejohanan benua. Antara 2014 dan 2021, JDT memenangi lapan kejuaraan liga berturut-turut. Sebelum pencapaian ini, tiada pasukan Malaysia pernah memenangi kejohanan liga lebih daripada dua kali berturut-turut sejak sistem liga mula diperkenalkan di Malaysia pada 1979.

Sejak 2012, Johor Darul Ta'zim FC dikenali dengan nama panggilan baharu mereka, Harimau Selatan menggantikan nama panggilan lama Kalajengking. Nama jolokan baharu itu adalah berdasarkan lambang Majlis Negeri Johor. Padang tuan rumah pasukan ialah Stadium Sultan Ibrahim berkapasiti 40,000 orang. Sejak 2013, kelab itu telah membina saingan sengit dengan Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman FC. (Rencana penuh...)

Rencana pilihan sebelum ini: