Wikipedia:Calon rencana pilihan/Januari 2021

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khatijah pada sekitar Ogos 2019 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Khatijah binti Tan (Tulisan Jawi: خطيجه تن, lahir 1 Januari 1961), merupakan seorang pelakon wanita Malaysia dan juga merupakan salah seorang dari seniwati filem Melayu. Dia mula bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air sejak 1988 menerusi sebuah sitkom yang pernah disiarkan di TV3, Rumah Kedai, peranannya sebagai Habsah, seterusnya membuat kemunculan sulungnya di layar lebar pada 1996 menerusi peranannya sebagai orang gaji di dalam filem Yes, Tuan! sutradara Nik Fadzil Nik Hassan, dia meraih pengiktirafan yang meluas menerusi filem Embun (2002) yang melayakkanya menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-46 yang diadakan di Korea Selatan dan telah menerima dua pencalonan di Festival Filem Malaysia, lima di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Dia merupakan ibu kepada pelakon dan pengarah filem, Pierre Andre dan Mikail Andre. (Rencana penuh...)