Pergi ke kandungan

Mikail Andre

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mikail Andre
ميكايل اندري
Kelahiran
Muhammad Mikail Andre bin Nazrul Andre

(1992-07-17) 17 Julai 1992 (umur 33)
WarganegaraMalaysia
Nama lainMika
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif2011–kini
Terkenal keranaHantu Dalam Botol Kicap
PasanganSiti Nur Aima Fauzi (k. 2017)
Anak-anak2
IbuKhatijah Tan
BapaNazrul Andre Abdullah
SaudaraPierre Andre (abang)

Muhammad Mikail Andre bin Nazrul Andre (Tulisan Jawi:ميكايل اندري, lahir 17 Julai 1992) merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Malaysia. Beliau ialah anak kepada pelakon veteran Khatijah Tan dan adik kepada pelakon dan pengarah terkenal, Pierre Andre. Beliau memulakan kerjayanya selepas menamatkan tempoh persekolahan menengahnya dengan membantu abangnya di belakang takbir set penggambaran filem.

Kehidupan awal dan keluarga

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 17 Julai 1992 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik kepada pelakon veteran Khatijah Tan dan suaminya, Nazrul Andre Abdullah yang berketurunan Perancis. Abang sulungnya ialah pelakon bertukar pengarah, Pierre Andre.[1]

Mikail Andre memulakan kerjaya lakonannya pada 2012 menerusi drama Rawan yang mana beliau menjayakan peranan utama bersama Faralyna Idris, Erin Malek dan Fadzil Zahari.[2][3] Pada tahun yang sama, beliau mempunyai peranan layar lebar pertamanya sebagai watak utama dalam filem seram komedi Hantu Dalam Botol Kicap arahan Azhari Zain.

Bekerja di bawah arahan abangnya, Pierre Andre, Mikail membintangi filem aksi seni mempertahankan diri 2013, 1 Lawan Satu yang mana watak utamanya sebagai Radhi, seorang pesilat yang terdesak mencari wang untuk membiayai kos perubatan adiknya, Sara (dibintangi oleh Puteri Balqis) yang menghidap penyakit leukemia. Filem ini turut dibintangi oleh Azlan Komeng dan Eyzendy Aziz.[4][5] Beliau juga membintangi drama Dewi Lasak juga arahan abangnya, lakonan Intan Ladyana, Bella Dally dan Atikah Suhaime.[6][7]

Mikail mempunyai peranan pembantu sebagai pegawai polis dalam filem komedi Islamik, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang lakonan kumpulan Shiro (Ajak Shiro dan Shahrol Shiro) dan undangan khas Ustaz Azhar Idrus dan peranan utama dalam filem Highland Tower, sebuah filem seram yang berlatarkan tragedi Highland Towers.[8][9][10] Sekali lagi bekerja di bawah arahan abangnya, Mikail muncul dalam dua filem yang ditayangkan juga pada 2014filem drama romantik Muka Surat Cinta (tajuk asal Perempuan Mukasurat Tujuh)[11][12] dan aksi pengembaraan Sniper.[13]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Mikail berkahwin dengan gadis pilihannya, Siti Nur Aima Fauzi pada 1 April 2017 selepas solat Asar di kediaman keluarga pengantin perempuan, di Alor Setar, Kedah.[14][15]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Al-Hijab Pelakon filem seram 4 Filem pertama, pelakon undangan
2012 Hantu Dalam Botol Kicap Azri
Taikun Ahli Geng Black Rose
2013 Dua Kalimah Pian
1 Lawan Satu Radhi
Longkai Bayam
Lagenda Budak Hostel Tobek
Highland Tower Mika
Tokak Boy
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang Mat Polis
Kisah Paling Gangster Romeo antagonis utama
2014 Muka Surat Cinta Putra
Sniper Ahmad
Awak Nak Kahwin Dengan Saya? Hairi
Cerita Hantu Malaysia Mansor
2020 Superbike The Movie Ketua Polis Penampilan khas

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 13 Tiang Cinta TVI Juga sebagai pengarah
Cinta Sticky Note Hypp Sensasi
2017 Jenayah Cinta TVi
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Rawan Dr. Amran TV9 Drama pertama
2013 Dewi Lasak Andika TV3
Tanah Kubur (Musim 9) Bob Astro Oasis Episod: "Jihad"
2014 Kalimah Jiwa Salahuddin TV3 Penampilan khas
Tanah Kubur (Musim 10) Fadil Astro Oasis Episod: "Hanyut Iman"
Kifarah (Musim 1) Rafiq TV3 Episod: "Di Angin Lalu"
Plan B Inspektor Faris
Couture Cintaku Rodi TV1
2015 Embok Belum Terbakar Idrus TV2
Kasih Di Wajahmu Hisham TV1
Raya Ni Dah Kahwin TV3

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Liga Lawak Superstar Tetamu Jemputan TV3
2015 Kaki Bola TV9
2020 Jom Berbuka

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
2014 Anugerah Meletop ERA 2014 Tercalon
  1. "Biodata Mikail Andre". Encik Shino. 11 Januari 2017. Dicapai pada 20 April 2017.
  2. Tonton Rawan malam ini di TV9 MiG Online (12 Disember 2012). Dicapai pada 13 April 2018.
  3. Saksikan drama Rawan 10:30 malam ini di TV9 MiG Online (7 November 2012). Dicapai pada 13 April 2018.
  4. "Aksi 1 Lawan Satu". Kosmo!. 27 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-03. Dicapai pada 17 Oktober 2013.
  5. Nurrezatul Aqmar Mustaza (29 Jun 2013). "Satu Lawan Satu pertaruhan terbaru Pierre Andre". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-18. Dicapai pada 17 Oktober 2013.
  6. "Pertembungan Tiga Heroin Dalam 'Dewi Lasak'". mSTAR Online. 13 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-16. Dicapai pada 2014-09-18.
  7. "Dewi lasak kini di Slot aksi". Sinar Harian. 15 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-16. Dicapai pada 2014-09-18.
  8. Melati Pusaka (3 November 2013). "Filem 'Highlands Tower' tidak seram pun". Free Malaysia Today. Dicapai pada 17 November 2013. Ia merupakan tragedi runtuhan satu daripada tiga blok kondominium 12 tingkat yang juga pertama dan terburuk negara apabila mengorbankan 48 nyawa.
  9. Syazwan Zakariah (7 November 2013). "'Amatur' yang tidak meyakinkan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-22. Dicapai pada 17 November 2013.
  10. Aqmar Mustaza (2 November 2013). "Highland Tower buat anda 'meremang'..." Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-20. Dicapai pada 17 November 2013.
  11. Aqmar Mustaza (18 Januari 2014). "Pencarian gadis misteri dalam Muka Surat Cinta". Sinar Harian. Dicapai pada 19 Januari 2014.
  12. "Buat kerja sia sia dalam "Muka Surat Cinta"". Free Malaysia Today. 8 Januari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-18. Dicapai pada 19 Januari 2014.
  13. Nor Atieyah Yusoff (15 April 2014). Sebalik misteri Sniper Sinar Harian. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  14. Selepas Kahwin, Mikail Andre Ikut Isteri Ke Langkawi Astro Gempak (2 April 2017). Diperoleh pada 3 April 2017.
  15. Mikail Andre sudah bertunang Harian Metro (24 Julai 2016). Diperoleh pada 25 Julai 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]