Wikipedia:Calon rencana pilihan/Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman/arkib1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman[sunting sumber]

Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)

Pencalon: Hanamanteo (bincang) 17:07, 11 Oktober 2021 (UTC)[balas]
Kebakaran besar di sekitar kawasan terlibat rusuhan.

Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman merupakan insiden rusuhan yang telah berlaku selama dua hari dari 26 hingga 27 November 2018 di tapak Kuil Sri Maha Mariamman Seafield dan juga kawasan sekitarnya di USJ 25, Subang Jaya, Petaling, Selangor. Rusuhan ini berpunca daripada perselisihan faham antara pihak kuil dengan pihak pemaju iaitu One City Development Sdn. Bhd. dalam isu pemindahan kuil tersebut. Kesannya, insiden rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakan harta benda awam dan kematian seorang anggota bomba, Muhammad Adib bin Mohd Kassim. Rusuhan ini telah pun mendapat perhatian umum serta liputan yang meluas di media massa Malaysia.

Boleh ditampilkan pada bulan November nanti. Hanamanteo (bincang) 17:07, 11 Oktober 2021 (UTC)[balas]

  • Separuh menyokong: Walaupun rencana ini dianggap bagus jika ditampilkan bagi memperingati tragedi hitam itu, supaya tidak akan berulang lagi, saya agak keberatan untuk menampilkan rencana ini. Lebih-lebih lagi ahli keluarga berkaitan yang terkesan dengan tragedi ini. Apa-apa keputusan, saya menyokong penuh. SNN95 15:58, 18 Oktober 2021 (UTC)[balas]