Muhammad Adib Mohd Kassim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhammad Adib
Kelahiran
Muhammad Adib bin Mohd Kassim

(1994-05-28)28 Mei 1994
Meninggal dunia17 Disember 2018(2018-12-17) (umur 24)
Nama lainAdib Bomba[1]
PekerjaanAhli bomba
Terkenal keranacedera parah dipukul perusuh ketika rusuhan kuil di Subang

Muhammad Adib bin Mohd Kassim (28 Mei 1994 – 17 Disember 2018) merupakan seorang ahli bomba Malaysia yang pernah berkhidmat di Balai Bomba Subang Jaya.[2] Beliau telah disahkan meninggal dunia selepas 21 hari dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).[3] Adib dikenali ramai kerana mendapat liputan akhbar di seluruh Malaysia akibat menjadi mangsa rusuhan kuil pada 27 November 2018.[4]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Muhammad Adib dilahirkan pada 28 Mei 1994 di Kedah dan merupakan anak kepada pasangan Mohd Kassim bin Abd Hamid dan Asma binti Abdul Aziz.[5] Beliau merupakan seorang ahli bomba yang berpusat di Subang Jaya, Selangor. Adib merancang untuk berkahwin dengan tunangnya, Nurul Najihah pada 21 Disember 2018.[6]

Beliau ialah salah seorang daripada 9 orang responden terhadap rusuhan kedua di kawasan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield pada 27 November 2018, dan dilaporkan telah diserang ketika tiba di tempat kejadian rusuhan.[7][8] Ketika Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin melawat anggota bomba yang cedera tersebut, beliau dilaporkan telah mengatakan bahawa Adib telah "dipukul dan dipijak".[9]

Pada mulanya Adib dibantu oleh beberapa orang penganut yang hadir di kuil tersebut dan kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby (juga dikenali sebagai Pusat Perubatan Subang Jaya) untuk mendapatkan rawatan. Beliau kemudian dipindahkan ke IJN kerana keadaan kesihatannya yang bertambah buruk.[10][11] Pada 29 November 2018, Menteri Kesihatan Dr. Dzulkefly Ahmad melaporkan bahawa keadaan Adib semakin pulih dengan baik selepas pemindahannya ke IJN.[12] Adib juga telah dikunjungi oleh Sultan Kedah kerana dia berasal dari Kedah.[13]

Dipukul dan dakwaan salah[sunting | sunting sumber]

Kecederaan Adib pada mulanya dilaporkan sebagai kesan dipukul oleh para perusuh, namun terdapat tuntutan oleh pihak berkuasa kuil bahawa terdapat video yang disebarkan yang menunjukkan ahli bomba yang cedera itu dilanggar oleh jentera bomba yang sedang mengundur.[14][15] Kenyataan ini kemudiannya disangkal oleh Ketua Pengarah Balai Bomba dan Penyelamat, Mohamad Hamdan Wahid, yang menyusulkan tuntutannya dengan membuat laporan polis mengenai tuntutan salah tersebut.[16][17] Seterusnya, seorang lagi anggota bomba, Mohd Hazim Rahimi mendakwa bahawa dialah yang berada dalam gambar dan video tular mengenai kejadian jentera bomba mengundur itu.[18] Prosiding inkues berhubung kes Adib berakhir pada 27 September 2019 apabila Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian Adib ialah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.[19]

Kecederaan dan kerosakan[sunting | sunting sumber]

Muhammad Adib ialah satu-satunya responden yang cedera semasa rusuhan apabila rakan setugasnya Mohd Hazim secara tidak sengaja meninggalkannya secara terbuka.[20] Selain kecederaannya, jentera bomba yang dinaikinya juga dirosakkan oleh para perusuh.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Selama 21 hari dimasukkan ke hospital selepas dipukul sehingga kritikal sejak 27 November, bibirnya bergerak dan disahkan dalam keadaan stabil.[21] Pada 3 Disember, beliau tidak lagi menggunakan mesin bantuan dan keadaan paru-parunya mula merosot.[22] Pada 17 Disember 2018, Adib disahkan meninggal dunia oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin di IJN pada jam 9.41 malam. Beliau diterbangkan oleh helikopter ke kampung halamannya di Kedah untuk dikebumikan selepas solat Zuhur pada 18 Disember 2018.[23][24]

Tindak balas[sunting | sunting sumber]

Selepas kematiannya pada 17 Disember, Dr Lee Boon Chye berkata bedah siasat untuk mengetahui apa yang menyebabkan kematian Adib akan mengambil masa sebulan untuk disiapkan.[3][25] Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali serta kira-kira 100 orang pegawai dan ahli JBPM memberi penghormatan terakhir kepada Muhammad Adib.[26][27]

Pada 18 Disember 2018, sebuah syarikat pengedar kereta Honda iaitu Sri Utama Auto Sdn. Bhd. telah memecat seorang kakitangannya, Caryn Yean yang didapati melanggar dasar syarikat itu dengan memuat naik komen menghina kematian Adib di laman media sosial.[28][29][30]

Kronologi[sunting | sunting sumber]

Di bawah ialah kronologi kes kematian Muhammad Adib:[31][32]

  • 28 November 2018: Muhammad Adib dipindahkan dari Pusat Perubatan Subang Jaya ke Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 11.33 malam.
  • 3 Disember 2018: Muhammad Adib memberi tindak balas kepada orang sekeliling walaupun masih tidak dapat bertutur.
  • 5 Disember 2018: Muhammad Adib mendapat sistem sokongan kepada mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru.
  • 7 Disember 2018: Muhammad Adib mula tunjuk perkembangan positif walaupun masih kritikal dan stabil serta tidak bergantung kepada mesin sokongan jantung.
  • 10 Disember 2018: Muhammad Adib memberikan respons dengan menulis pada papan putih untuk berkomunikasi.
  • 11 Disember 2018: IJN memaklumkan Muhammad Adib tidak lagi memerlukan mesin ECMO untuk membantunya bernafas.
  • 15 Disember 2018: Muhammad Adib terpaksa menggunakan semula mesin ECMO kira-kira jam 9 malam selepas paru-parunya didapati mula mengeras.
  • 17 Disember 2018: Muhammad Adib meninggal dunia pada jam 9.41 malam.
  • 18 Disember 2018: Jenazah Muhammad Adib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Tebengau, Kuala Kedah kira-kira jam 1.45 petang.

Inkues[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Muhammad Adib Mohd. Kassim". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-29. Dicapai pada 29 Disember 2018.
  2. ^ ""Bangunlah Adib, kita kan nak pergi mandi-manda nanti" - Viral | mStar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-27. Dicapai pada 2018-11-29.
  3. ^ a b "Laporan akhir bedah siasat Adib siap sebulan lagi". www.bharian.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-27. Dicapai pada 2018-12-26.
  4. ^ "Kronologi kes kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim". Utusan Online. 19 Disember 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-20. Dicapai pada 29 Disember 2018.
  5. ^ Mazwin Nik Anis (29 Disember 2018). "Adib's parents receive financial aid". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-29. Dicapai pada 29 Disember 2018.
  6. ^ "'Saya masih terkejut' - Tunang Adib". HM Online. 2018-11-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-27. Dicapai pada 2018-11-29.
  7. ^ "Seafield riots: Fireman critically injured after mob attack". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 2018-11-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-27. Dicapai pada 2018-11-29.
  8. ^ hermesauto (2018-11-28). "Petaling Jaya temple violence: Critically injured fireman due to be married next month". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-28. Dicapai pada 2018-11-29.
  9. ^ hermesauto (2018-11-28). "Petaling Jaya temple violence: Critically injured fireman due to be married next month". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-28. Dicapai pada 2018-11-29.
  10. ^ "Video clip depicts men helping injured firefighter". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 2018-11-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-29. Dicapai pada 2018-11-29.
  11. ^ "Fireman injured in riot recovering well after transfer to IJN". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 2018-11-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-28. Dicapai pada 2018-11-29.
  12. ^ "Temple riots: Dr Dzulkefly says injured fireman is recovering, urges Malaysians to pray for him - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-29. Dicapai pada 2018-11-29.
  13. ^ "Kedah Sultan visits injured fireman at IJN | Malay Mail" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-30. Dicapai pada 2018-11-29.
  14. ^ "Firefighter injured in Malaysia Hindu temple riot was not hit by fire engine: Department chief". Channel NewsAsia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-28. Dicapai pada 2018-11-29.
  15. ^ "Temple taskforce claims Muhammad Adib was hit by fire engine, not beaten - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-29. Dicapai pada 2018-11-29.
  16. ^ "Fireman in viral video is not Muhammad Adib, says Fire and Rescue Dept". www.thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-29.
  17. ^ "Firefighter injured in Malaysia Hindu temple riot was not hit by fire engine: Department chief". Channel NewsAsia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-28. Dicapai pada 2018-11-29.
  18. ^ "Man standing behind fire engine not Muhammad Adib, firefighter says | Malay Mail" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-29. Dicapai pada 2018-11-29.
  19. ^ Khairul Azran Hussien; Siti Nurazlinee Azmi dan Norrasyidah Arshad (27 September 2019). "Kematian Muhammad Adib akibat perbuatan jenayah: Mahkamah Koroner". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-28. Dicapai pada 28 September 2019.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  20. ^ "Man standing behind fire engine not Muhammad Adib, firefighter says | Malay Mail" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-29. Dicapai pada 2018-11-29.
  21. ^ "IJN: Muhammad Adib showing positive development, able to move his lips". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 30 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-27. Dicapai pada 2018-12-26.
  22. ^ "Malaysia temple riot: Injured firefighter critically ill, lung function deteriorating" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-27. Dicapai pada 2018-12-26.
  23. ^ "Farewell Adib, fireman dies injuries sustained riot". www.nst.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-27. Dicapai pada 2018-12-26.
  24. ^ Lokman Hakiem Abd. Samad (18 Disember 2018). "Kronologi kisah sayu Muhammad Adib". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-28. Dicapai pada 28 Disember 2018.
  25. ^ Kaur, Manjit. "Final post-mortem findings on Adib may take a month - Nation". www.thestar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-26. Dicapai pada 2018-12-26.
  26. ^ @bernamadotcom (18 December 2018). "Kira-kira 100 pegawai dan anggota JBPM berada di Pangkalan Udara JBPM untuk beri penghormatan terakhir kepada Muhammad Adib" (Twit) – melalui Twitter.
  27. ^ Cheah, Bernard. "Dr M, Siti Hasmah pay last respects to Muhammad Adib - Nation". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-27. Dicapai pada 2018-12-26.
  28. ^ "Caryn Yean ditamatkan perkhidmatan, langgar dasar syarikat". 20 Disember 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-25. Dicapai pada 2018-12-29.
  29. ^ "Honda Sri Utama Auto pecat Caryn Yean". Utusan Online. 20 Disember 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-31. Dicapai pada 2018-12-29.
  30. ^ Boo Su-Lyn (18 Disember 2018). "Honda suspends staff for insensitive remark on fireman Adib's death". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-31. Dicapai pada 2018-12-29.
  31. ^ "Kronologi kes kematian Muhammad Adib". BH Online. 18 Disember 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-31. Dicapai pada 2018-12-29.
  32. ^ "Kronologi kes kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim". Utusan Online. 18 Disember 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-20. Dicapai pada 2018-12-29.