Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/21 April
Pergi ke pandu arah
Pergi ke carian
21 April: Hari pertama Ridván (Bahá'í, 2022); Hari Tiradentes di Brazil; Hari Kartini di Indonesia.
- 753 SM – Romulus dan Remus mengasaskan Rom, menurut penghitungan cendekiawan Rom Varro Reatinus.
- 1836 – Angkatan Texas yang diketuai Sam Houston menewaskan Jeneral Antonio Lopez de Santa Ana dan askar-askar Mexico, pertempuran muktamad dalam Revolusi Texas.
- 1856 – Gerakan buruh Australia: Tukang batu dan pekerja bangunan di tapak-tapak pembinaan merata Melbourne berarak dari Universiti Melbourne ke Parlimen untuk menuntut waktu kerja lapan jam sehari.
- 1960 – Brasília (gambar Kongres), sebuah bandar terancang yang berdasarkan prinsip Le Corbusier, dibuka secara rasmi sebagai ibu negara Brazil, menggantikan Rio de Janeiro.
- 2021 – Kapal selam milik Angkatan Laut Indonesia, KRI Nanggala (402) tenggelam semasa latihan ketenteraan di Laut Bali.
Hari-hari sebelum: 20 April – 19 April – 18 April