Wikipedia:Permohonan pendapat/Venue atau Gelanggang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berkaitan perkataan ini, saya berpendapat boleh digunakan berdasarkan alasan kukuh. Contohnya dalam penyampaian berita sukan di RTM1 oleh Nurul Alis pada Julai 3, 1.30 p.m

Mereka menggunakan perkataan venue dan bukannya gelanggang. Selain agensi berita nasional, BERNAMA juga menggunakan perkataan venue, sila lihat Stadium "Bird Nest," Mercu Tanda Olimpik Beijing, Dibuka Hari Ini

Jadi adakah mereka tidak mengetahui tentangnya? Fritz 06:38, 3 Julai 2008 (UTC).[balas]

Pada pendapat saya penegasan seharusnya berdasarkan istilah Dewan Bahasa dan Pustaka...jadi yang sesuai adalah Gelanggang. Che 03:44, 5 Julai 2008 (UTC)[balas]
Istilah "venue" ni ada 2 maksud. Yang pertama, ialah gelanggang di mana sesuatu kejohanan sukan diadakan. Yang kedua pula ialah lokasi untuk diadakan majlis-majlis keraian dan sebagainya. Hezery99 03:09, 6 Julai 2008 (UTC)[balas]
Kenapa perlu guna venue? Sudah tiada perkataan lain di dalam bahasa Melayukah? Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan perkataan ini bermaksud tempat. Tempat adalah jelas kemelayuannya malah sudah wujud lebih lama di dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu berbanding perkataan b. Perancis yang dimelayukan itu. Alasan untuk mengikut jejak langkah RTM mahupun Bernama adalah nyata kurang tepat. Sejak bilakah RTM dan Bernama dikenali dengan usaha-usaha mereka memakmurkan penggunaan bahasa Melayu. Kalau mahu ikut TV3 mungkin saya boleh terima. Sepertimana penegasan yang dibawakan oleh saudara Che, seharusnya DBP yang dijadikan kiblat dalam hal ini, lebih2 lagi DBP adalah lebih bebas daripada RTM mahupun Bernama. --Tikar aurum 17:36, 7 Julai 2008 (UTC)[balas]
Malas nak fikir-fikir, jadi apa yang saya boleh katakan; jangan percaya BM yang anda semua dengar di TV, mahupun berita. Bahasa yang digunakan tidak berlandaskan Bahasa Melayu yang tepat. Baru kelmarin saya dengar ppembaca berita menyebut "Mempastikan"... Mereka juga selalu saja menambah perkataan-perkataan yang tidak wujud dan Malaynise perkataannya. Kadang-kala saya pun tak pernah dengar perkataan yang mereka guna. - p.m.c. 22:37, 7 Julai 2008 (UTC)[balas]
Saya bersetuju dengan Che. Ini adalah kerana televisyen dan surat khabar bukan sumber untuk rujukan yang tepat dari segi penggunaan tatabahasa dan gaya bahasa. Ini adalah kerana mereka bebas untuk menggunakan apa sahaja gaya. Jika tidak, apa gunanya kita menggunakan sistem DBP didalam kamus ini selama ini.--Kekacang 03:18, 8 Julai 2008 (UTC)[balas]
Sejak bila perkataan venue digunakan?? Pelik sangatlah. Ada ke patut perkataan ini digunakan?? Venue perkataan Inggeris, bukan Melayu, perkataan gelanggang patut gunakan kerana perkataan ini memang perkataan Melayu. Jika terlalu banyak perkataan asing digunakan, suatu hari nanti pupuslah Bahasa Melayu. — Imran Al-Sahih 12:02, 9 Julai 2008 (UTC)[balas]
Rujuk ni [1],

[2] Harap korang faham. PuteraLuqman Tunku Andre 16:46, 9 Julai 2008 (UTC)[balas]

Ok. Saya lebih berminat menggunakan gaya Bahasa Melayu sebenar. Sudah terang lagikan bersuluh, memang perkataan tersebut bahasa Inggeris. Selagi ada Bahasa Melayu yang boleh digunakan, saya akan guna. Seperti kata Emrrans, "Jika terlalu banyak perkataan asing digunakan, suatu hari nanti pupuslah Bahasa Melayu." Cara penggunaan Bahasa Inggeris ini secara terus, macam kerja malas sahaja. Jika perkataan yang tidak boleh diterjemah, barulah boleh digunakan. Contohnya sushi dan Brainfuck.--Kekacang 23:21, 9 Julai 2008 (UTC)[balas]
Ambil perhatian. Lihat terjemahan berikut. Venue bermaksud tempat manakala court bermaksud gelanggang. Ia sesuatu yang berbeza melainkan penggunaannya bersesuaian dengan sesuatu situasi. Jadi, perkataan yang paling tepat untuk merujuk kepada istilah venue dalam bahasa Melayu ialah tempat bukannya gelanggang. — Didie (bincang) 01:53, 10 Julai 2008 (UTC)[balas]

Cuba rujuk wikipedia bahasa inggeris mengenai artikel euro 2008.. yang sebahagiannya seperti di bawah:-

minta komen.Apa kata nama yang sesuai ...Tempat atau Gelanggang...Saya fikir gelanggang sukan..Che 13:10, 10 Julai 2008 (UTC)[balas]

Boleh dua-dua. 'Hot boleh jadi panas / pedas. Yosri 13:12, 10 Julai 2008 (UTC)[balas]
Di dalam bahasa Indonesia, wujud satu istilah untuk stadium yang dipanggil Gelanggang Olahraga atau kependekannya Gelora. Mungkin gelanggang lebih sesuai dengan mennggunapakai analogi sebegini? Tetapi dalam kamus istilah dbp kata nama gelanggang diberikan kepada bangunan tertutup atau tempat pertandingan atau kejuaraan tertutup. Memandangkan stadium kebanyakannya terbuka, mungkin gelanggang kurang sesuai? --Tikar aurum 13:57, 10 Julai 2008 (UTC)[balas]

Tuliskan sahaja "Lokasi Pertandingan/Perlawanan/Gelanggang/Stadium", pilih salah satu, bagaimana? Ada sebarang idea? --Kekacang 14:51, 10 Julai 2008 (UTC)[balas]

Apapun venue memang tidak sesuai. ...Aurora... 14:58, 10 Julai 2008 (UTC)[balas]

Lokasi pertandingan..ok gak, perlawanan hanya certain ja sesuai, gelanggang lebih kearah indoor, stadium???i don't think so. PuteraLuqman Tunku Andre 15:01, 10 Julai 2008 (UTC)[balas]

Saya mencadangkan penggunaan perkataan Stadium. Memandangkan lokasi pertandingan di stdium.Fritz 06:31, 11 Julai 2008 (UTC)[balas]
Saya fikir Gelanggang Perlawanan macammana??Che 06:51, 12 Julai 2008 (UTC)[balas]

Sorry to say, perkataan Gelanggang perlawanan agak tak sesuai, ini kerana perkataan perlawanan lebih kepada sukan tinju, bukan untuk semua jenis sukan. Mengikut laman web yang saya favouritekan ni, perkataan venue ialah tempat diadakan sesuatu peristiwa. Manakala menurut kamus saya, iaitu Longman bermaksud hanya tempat. Mungkin saya ada istilah yang saya ciptakan yang mungkin sesuai, iaitu Tempat Pertandingan, sesuai tak??? — Imran Al-Sahih 07:07, 12 Julai 2008 (UTC)[balas]

Ok, menurut Oxford Compact Advanced Learner's by A.S. Hornby venue means place where people agree to meet,esp for a sports contest or match: tempat untuk orang bersetuju untuk berjumpa, terutama sekali untuk perlawanan sukan;tempat(perjumpaan/perlawanan,dsb.)Jadi, saya lebih bersetuju dengan pendapat Imran . PuteraLuqman Tunku Andre 15:35, 12 Julai 2008 (UTC)[balas]

Saya faham tempat perlawanan = Match place...bagi saya bila kita menggunakan gelanggang, perkataan itu sudah merujuk kepada tempat untuk sesuatu perlawanan itu diadakan.tak kiralah samada ia digunakan untuk tertutup malah ia digunakan untuk tempat yang terbuka..sebagai contoh..gelanggang bola sepak...? gelanggang bola tampar...? gelanggang ragbi..? Jadi bila kita gunakan gelanggang, kata nama tersebut sudah boleh berdiri dengan sendirinya...Satu lagi tempat perlawanan menggunakan dua perkataan..jadi perkataan kedua merupakan kata-kata penguat atau 'adjektif'...jadi ingin saya membuat penegasan di sini bahawa gelanggang adalah lebih sesuai sebagai tajuk...Che (bincang) 19:34, 19 September 2008 (UTC)[balas]

Baiklah. Bagaimana para penyelia? Tidak mahu mulakan sebarang langkah pengundian?--kekacang 02:58, 1 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Penyelia sila ambil perhatian. Kenapa tiada sebarang langkah lanjut terhadap ini? Muhraz (bincang) 08:03, 6 September 2008 (UTC)[balas]

Baiklah...walau apa pun berlaku..ingat pada saya kita mengalami apa yang dikatakan sebagai 'kemandulan idea' ...penegasan saya mesti berpihak kepada mereka yang lebih arif bukannya sembrono..buat masa ini saya akur kepada keputusan tetapi keputusan yang dikatakan muktamad akan terbatal sekiranya kita dapati ada yang lebih baik...terima kasih kerana memberikan maklumbalas..Che (bincang) 14:12, 16 September 2008 (UTC)[balas]
Perkataan venue dicedok dari bahasa Inggeris manakala tempat pertandingan macam tak gramatis jerr. Oleh itu, saya memilih gelanggang. -- Tebu.an (bincang) 10:50, 23 September 2008 (UTC)[balas]
Lihat [3] -- Tebu.an (bincang) 10:55, 23 September 2008 (UTC)[balas]
Saya dah lihat....tempat pertandingan = 2 perkataan...gelanggang=sudah pun menunjukkan tempat...jadi lebih tepat apabila mengikut pada konteks...Che (bincang) 12:16, 23 September 2008 (UTC)[balas]

Pengundian[sunting sumber]

Venue[sunting sumber]

  1. SetujuDidie (bincang) 02:02, 16 September 2008 (UTC)[balas]

Gelanggang[sunting sumber]

  1. Setuju- Che (bincang) 14:13, 16 September 2008 (UTC)[balas]
  2. Setuju ...Aurora... (bincang) 15:43, 18 September 2008 (UTC)[balas]
    Setuju izzudin 08:52, 19 September 2008 (UTC)[balas]
    Setuju -- Tebu.an (bincang) 10:46, 23 September 2008 (UTC)[balas]

Tempat pertandingan[sunting sumber]

  1. Setuju'- PuteraLuqman Tunku Andre 07:13, 16 September 2008 (UTC)[balas]
  2. SetujuImran Al-Sahih (pesanan) 08:29, 16 September 2008 (UTC)[balas]
  3. Setuju ...Aurora... (bincang) 15:43, 18 September 2008 (UTC)[balas]
  4. Setuju izzudin 17:20, 19 September 2008 (UTC)[balas]
  5. Setuju -- Tebu.an (bincang) 10:55, 23 September 2008 (UTC)[balas]

Keputusan[sunting sumber]

Selepas tarikh tamat pengundian, keputusannya ialah tempat pertandingan memperoleh 5 sokongan diikuti gelanggang - 2 sokongan, venue - 1 sokongan. Jumlah pengundi ialah 8. Oleh yang demikian, istilah yang dipersetujui komuniti ialah tempat pertandingan yang akan digunapakai bagi yang melibatkannya. Harap maklum. — Didie (bincang) 06:22, 30 September 2008 (UTC)[balas]



Pengundian mengenai istilah Venue atau Gelanggang dilangsungkan iaitu bermula pada 16 September 2008 dan berakhir pada 30 September 2008 mengikut waktu UTC. Keputusan selepas tarikh tamat pengundian adalah muktamad.