Susyi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sushi)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kotak bento dan nigiri sushi

Sushi (鮨 atau 鮓 ataupun 寿司) ialah makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam. Asal-usul sushi tidak diketahui, tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum masihi. Dua aksara Cina untuk perkataan 'sushi', bererti 'ikan terperam' pertama digunakan di Jepun pada abad ke-8. Yohei Hanaya yang membuka gerai sushi di bandar Edo pada tahun 1800-an dikenali sebagai pencipta sushi gulungan tangan, atau nigiri sushi. Nigiri sushi kemudiannya menjadi lebih popular semasa zaman Perang Dunia Kedua.

Penyediaan sushi[sunting | sunting sumber]

Lukisan oleh Ichiyusai Hiroshige

Penyediaan sushi memerlukan beberapa pekakas dapur yang penting seperti pisau yang tajam (hōchō), batang chopstick (sai bashi), kain (fukin), dan beberapa alat-alat khusus seperti mangkuk kayu (hangiri), sudu nasi yang leper (shamoji), tikar gulung (makisu), dan kotak tekan sushi (oshibako). Ramuan penting termasuklah nasi jenis Jepun (kome), rumpair laut kering (nori), wasabi, kicap (shōyu), halia peram (gari), cuka nasi (su), sake, mirin, dan lobak putih (daikon).

Jenis-jenis sushi[sunting | sunting sumber]

Set sushi

Sushi berlainan dari segi bentuk dan ramuan, tetapi nasi merupakan bahan yang sentiasa dimasukkan. Kadangkala dua sushi yang berbeza mempunyai ramuan yang sama, hanya berbeza dari segi penyediaan.

  • Nigiri-sushi
  • Temaki-sushi
  • Maki-sushi
  • Oshi-sushi
  • Chirashi-sushi
  • Temari-sushi

Etika[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan kedai makan Jepun yang menghidangkan sushi tidak menyediakan menu untuk pelanggan. Jika dibandingkan dengan struktur menu yang biasa ditemui, hidangan Jepun tidak mempunyai susunan hidangan yang khas. Sushi boleh dimakan dengan tangan bagi mereka yang kurang selesa dengan batang chopstick. Di restoran Jepun, pelanggan yang ingin menjamu dengan tangan diberikan tuala basah sebelum hidangan. Mengikut pantang-larang di meja makan Jepun, makanan yang diberikan dengan kayu chopstick kepada penerima yang berkayu chopstick dipandang rendah kerana ini dianggap membawa malang. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1. Kimiko Barber dan Hiroki Takemura (2002). Sushi: taste and technique. ISBN:0-751-33699-8