Wikipedia:Pertemuan/Kuala Lumpur 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertemuan Wikipedia Kuala Lumpur 2

Pertemuan Wikipedia Kuala Lumpur 2 (Pertemuan Malaysia Wikipedia ke-5) telah diadakan pada:

  • Tarikh: Sabtu, 22 April 2017
  • Masa: 6:00-8:00 ptg
  • Tempat: FEEKA Coffee Roasters, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Bahasa perantaraan: Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

Benda untuk dibawa[sunting sumber]

  • Komputer riba atau tablet
  • Buku nota/pen/pensel
  • Modem mudah alih (kemungkinan tiada akses Wi-Fi di tempat acara)
  • Penyambung kabel pelbagai (untuk menampung elektrik komputer riba/tablet pengguna)
  • Kamera (bagi penggambaran foto kumpulan)
  • Persidangan Wikimedia 2017 di Jerman yang lalu
  • Pembentukan Kumpulan Pengguna Malaysia Wikipedia
  • Creative Commons
  • Penyelarasan mengenai hal-ehwal Malaysia Timur
  • Wikipedia bahasa Melayu (ms.wikipedia.org)
  • Persidangan Asia Timur, Tenggara & Pasifik Wikipedia 2018 di Indonesia yang akan datang
  • Latihan untuk penyunting Wikipedia baru
  • Masa depan fungsi upload gambar di MsWiki
  • Perbincangan mengenai rujukan sahih/berapa ketat penguatkuasannya
  • Keperluan para penyelia membaca mengenai dasar Wikipedia agar lebih mengetahui mengenainya
  • Lain-lain

Minit mesyuarat[sunting sumber]

Pertemuan akan datang[sunting sumber]

  • Mahu dilakukan di seluruh Malaysia terutamanya Malaysia Timur dan Pantai Timur Malaysia Barat (Negeri Pantai Timur).

Merujuk blog[sunting sumber]

Kenapa merujuk blog[sunting sumber]

  • Rujukan bagi rencana Malaysia sangat sedikit.
  • Hampir beratus-ratus rencana berkenaan Malaysia kekurangan rujukan. Seperti:
    • Rencana berkenaan tempat (mukim, daerah dan negeri; tempat-tempat perlancongan)
  • Merujuk blog bukan sebarang blog. Ramai penyumbang blog yang pakar berkenaan tempat pelancongan yang menarik.
  • Apa yang ditulis oleh mereka lebih padat dan tepat berbanding laman web rasmi.
  • Kadang-kadang laman web rasmi sangat berat ketika dibuka walaupun dengan internet yang laju; menyebabkan mencari maklumat untuk merujuk memerlukan banyak masa.
  • Wikipedia memegang konsep "info pantas" kerana sebab itulah dinamakan "Wiki" (bermaksud "cepat" dalam bahasa Hawaii "wiki-wiki")

Jadi ramai pengguna seluruh dunia merujuk Wikipedia untuk cari mereka, lebih-lebih lagi info petempatan dan tempat perlancongan kerana Google Map sendiri mengambil maklumat terus dari Wikipedia bagi sesuatu tempat.

Rujukan blog yang patut dielakkan[sunting sumber]

  • Rujukan soal nyawa dan keselamatan:
    • Kandungan dalam ubatan
    • Kimia
    • Berkenaan perubatan manusia
  • Rujukan berita semasa:
    • Politik
    • Kontroversi
    • Konflik negara
    • Perlu elak rujukan blog bagi politik dan kontroversi yang berlaku bagi biografi hidup seseorang.

Bagaimana untuk menapis segala maklumat daripada blog?[sunting sumber]

  • Senaraikan blog yang boleh dipercayai maklumat yang diberi seperti dari pakar.
  • Asingkan mengikut tahap bagi setiap maklumat yang bakal dipetik dalam blog tersebut.
  • Blog yang mahu dimasukkan, mesti dicadangkan/dibincangkan terlebih dahulu sebelum disahkan menjadi rujukan.
    • Blog yang ditulis dalam bahasa pasar/singkatan (tidak kira bahasa apa sekali pun) tidak akan diterima.

Amaran[sunting sumber]

  • Rujukan blog hanya boleh diletakkan dalam rencana berkenaan Malaysia sahaja!
  • Rujukan yang dimasukkan mesti bebas daripada satu pandangan sahaja. Lebih baik bernada pandangan berkecuali atau neutral.

Menghidupkan semula WikiProjek Jawi[sunting sumber]

  • WikiProjek ini masih berjalan tetapi dalam kadar yang sangat perlahan sejak 2014 yang lalu. Pengasas projek ini adalah Kurniasan.
  • Buat masa ini, projek ini mentranslisasi setiap perkataan, bukan setiap suku kata perkataan.
  • Menaik taraf kod untuk mentranslisasi setiap suku kata supaya tidak memenuhi dengan kamus peribadi.
  • Mungkin boleh merujuk kod-kod translisasi di WikiKamus seperti wikt:Modul:el-translit. Modul ini menggunakan wikt:Modul:headword sebagai ibu paparan. Semua modul ini mungkin boleh diadaptasikan ke dalam WBM. Mungkin beberapa siri percubaan akan dilakukan dalam masa yang terdekat.

Membuang pengepala Jawi[sunting sumber]

Pengepala bertulisan jawi seperti pada rencana Batu Pahat, sangat tidak profesional. Kami tahu dengan cara ini sahaja tulisan Jawi dapat dikekalkan. Jadi dengan adanya projek Jawi ini, kita tidak perlu risau akan kepupusan menggunakan tulisan ini, bahkan lebih profesional dalam paparan rencana.

Bagaimana memaparkan tulisan Jawi?[sunting sumber]

Anda boleh lihat cara menggunakan projek Jawi ini pada akaun anda seperti dinyatakan dalam Wikipedia:WikiProjek Jawi. Buat masa ini, paparan ini berfungsi hanya pada rencana berbanding ruang nama yang lain (spt. Wikipedia, Templat, Bantuan, dan lain-lain).

Berikut adalah tampilan yang akan terlihat setelah menggunakannya.

Paparan dalam pelayar
Rumi Jawi

Pengangkutan[sunting sumber]

Pengangkutan awam[sunting sumber]

Pemanduan sendiri[sunting sumber]

- Masuk Feeka Coffee Roaster di Waze atau Peta Google
- Alamat: 19, Jalan Mesui, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
- Koordinat: 3°08′55.3″N 101°42′30.2″E / 3.148694°N 101.708389°E / 3.148694; 101.708389

Akses untuk orang kurang upaya (OKU)[sunting sumber]

Tempat acara terletak di tingkat bawah di dalam bangunan tanah dengan akses kerusi roda mudah dan dilengkapi dengan tandas di tingkat yang sama.

Lihat juga[sunting sumber]