Xavier Becerra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Xavier Becerra
Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat ke-25
Memegang jawatan
19 Mac 2021
PresidenJoe Biden
TimbalanAndrea Palm
Didahului olehAlex Azar
Peguam Negara Negeri California ke-33
Dalam jawatan
24 Januari 2017 – 18 Mac 2021
GabenorJerry Brown
Gavin Newsom
Didahului olehKamala Harris
Digantikan olehRob Bonta
Pengerusi Kaukus Dewan Perwakilan Demokratik
Dalam jawatan
3 Januari 2013 – 3 Januari 2017
PemimpinNancy Pelosi
Didahului olehJohn Larson
Digantikan olehJoe Crowley
Naib Pengerusi Kaukus Dewan Perwakilan Demokratik
Dalam jawatan
3 Januari 2009 – 3 Januari 2013
PemimpinNancy Pelosi
Didahului olehJohn Larson
Digantikan olehJoe Crowley
Pembantu kepada Ketua Dewan Perwakilan Demokratik
Dalam jawatan
3.Januari 2007 – 3 Januari 2009
PemimpinNancy Pelosi
Didahului olehJohn Spratt
Digantikan olehChris Van Hollen
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat California
Dalam jawatan
3 Januari 1993 – 24 Januari 2017
Didahului olehEdward Roybal
Digantikan olehJimmy Gomez
Kawasan pilihan rayaDaerah ke-30 (1993–2003)
Daerah ke-31 (2003–2013)
Daerah ke-34 (2013–2017)
Ahli Dewan Undangan Negeri California
daerah ke-59
Dalam jawatan
1990–1992
Didahului olehCharles Calderon
Digantikan olehDick Mountjoy
Butiran peribadi
Lahir (1958-01-26) 26 Januari 1958 (umur 66)
Sacramento, California, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganCarolina Reyes
Anak-anak3
PendidikanUniversiti Stanford
Laman web rasmiLaman web kerajaan

Xavier Becerra (lahir 26 Januari 1958) ialah seorang ahli politik dan peguam Amerika Syarikat yang kini merupakan Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan yang ke-25 dan terkini setelah pencalonan beliau disahkan oleh Senat dengan undian 50-49, undian yang paling sengit dalam kabinet Biden.[1] Beliau sebelumnya berkhidmat sebagai Peguam Negara Negeri California dari tahun 2017 hingga 2021. Beliau sebelum ini merupakan ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang mewakili Pusat Bandar Los Angeles di Kongres Amerika Syarikat dari tahun 1993 hingga tahun 2017. Becerra yang juga ahli Parti Demokrat merupakan pengerusi Kaukus Dewan Perwakilan Demokratik dari tahun 2013 hingga tahun 2017. Pada 6 Disember 2020, beliau dilaporkan telah dipilih presiden terpilih Joe Biden untuk menjadi calon Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat.[2][3]

Becerra dilahirkan di Sacramento, California hasil perkahwinan ibu bapa warga Mexico. Beliau ialah seorang graduan Universiti Stanford dan menerima ijazah Doktor Juris dari Sekolah Perundangan Stanford. Beliau bekerja sebagai peguam di Badan Bantuan Perundangan di Massachusetts sebelum kembali ke California pada tahun 1986 untuk bekerja sebagai pembantu tadbir untuk senator negeri Art Torres. Becerra berkhidmat sebagai timbalan peguam negara di Jabatan Keadilan Negeri California dari tahun 1987 hingga tahun 1990 sebelum beliau terpilih ke Dewan Undangan Negeri California. Beliau berkhidmat selama satu penggal di kawasan itu dari tahun 1990 hingga tahun 1992.

Becerra pertama kali dipilih ke Dewan Perwakilan pada tahun 1992. Beliau mewakili daerah kongres ke-30 California dari 1993 hingga 2003, daerah kongres ke-31 California dari 2003 hingga 2013, dan daerah kongres ke-34 California dari 2013 hingga 2017. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Kaukus Kongres Hispanik dari 1997 hingga 1999, Naib Pengerusi Kaukus Dewan Perwakilan Demokratik dari 2009 hingga 2013 dan sebagai ahli Jawatankuasa Bersama Pemilih Pengurangan Defisit.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senate Confirms Xavier Becerra To Head Health And Human Services". NPR.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-18.
  2. ^ Stolberg, Sheryl Gay; Shear, Michael D. (December 6, 2020). "Biden Picks Xavier Becerra to Lead Health and Human Services". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada December 6, 2020. Dicapai pada December 6, 2020.
  3. ^ "Xavier Becerra nominated by Biden to lead Department of Health and Human Services". www.cbsnews.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-08.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikisource
Wikisource