Nancy Pelosi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nancy Pelosi
Nancy Pelosi
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
dari daerah ke-8, California
Tempoh  Jawatan:
1987 - kini
Parti politik:

Demokrat

Didahului  oleh: Sala Burton
Digantikan  dengan: Penyandang
Lahir: 26 Mac 1940
Baltimore, Maryland
Pasangan: Paul Pelosi

Nancy Patricia D'Alesandro Pelosi (lahir 26 Mac 1940) merupakan Ketua Minoriti Kongres Amerika Syarikat ke-109. Semenjak 1987, beliau sudah menjadi Perwakilan Demokrat dari ke-8, yang mana kebanyakan bandaraya dan daerah San Francisco termasuk di dalamnya.

Berikutan dengan keputusan Demokrat memenangi pengawalan Dewam di dalam Pilihan raya pertengahan musim 2006, Pelosi dijangka untuk menjadi Speaker Dewan apabila Kongres bersidang dalam bulan Januari 2007 bagi Kongres Amerika Syarikat ke-110.[1] Pelosi merupakan wanita pertama mengetuai sebuah parti politik samada Dewan Kongres, dan mungkin menjadi wanita pertama berketurunan Itali dari negeri California untuk berkhidmat sebagai Speaker.


Kehidupan awal dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan dengan nama Nancy D'Alesandro kepada ibu bapa Amerika Syarikat berketurunan Itali di Baltimore, Maryland, [2] Pelosi ialah anak bongsu antara enam orang adik-beradik. Beliau terlibat dalam bidang politik pada usia awal. Bapanya, Thomas D'Alesandro, Jr., merupakan ahli Kongres untuk negeri Maryland serta Datuk Bandar Baltimore. Semasa bapanya menjawat datuk bandar, Pelosi membantunya mengekalkan lejar tentang sokongan-sokongan politik yang dihutang dan diberikan. [3] Abangnya, Thomas L. J. D'Alesandro III, juga pernah menjawat Datuk Bandar Baltimore antara tahun 1967 hingga tahun 1971.

Pelosi lulus daripada sekolah tinggi Institut Notre Dame di Baltimore dan kemudiannya dari Kolej Trinity (kini Universiti Trinity Washington) di Washington, D.C. pada tahun 1962. Di kolej ini, beliau bertemu dengan Paul Pelosi, bakal suaminya. Apabila Nancy Pelosi berkahwin, beliau pindah ke tempat asal suaminya di San Francisco. Abang iparnya seorang ahli Majlis Bandaraya dan Kaunti San Francisco, sebuah lembaga penyelia bandar raya.

Sebaik sahaja anak bongsu antara lima orang anaknya menyertai tingkatan atas sekolah tinggi, Nancy Pelosi berusaha bersungguh-sungguh dalam politik Demokrat untuk menjadi pengerusi parti bagi kawasan California Utara dan bergading bahu dengan Phillip Burton, ahli Kongres ke-5 California yang juga daripada Parti Demokrat.

Pelosi juga merupakan ahli lembaga kehormat untuk Pertubuhan Nasional Wanita Amerika Itali.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Pelosi mempunyai lima orang anak, iaitu Nancy Corinne, Christine, Jacqueline, Paul, dan Alexandra. Alexandra, seorang wartawan, membuat liputan tentang kempen-kempen kepresidenan Republikan pada tahun 2000 serta juga sebuah filem tentang pengalamannya yang berjudul Perjalanan-perjalanan dengan George (Journeys with George). Beliau juga membuat liputan tentang kempen-kempen tahun 2004 dan menulis sebuah buku tentangnya.

Nilai bersih keluarga Pelosi melebihi AS$25 juta, terutamanya daripada pelaburan-pelaburan Paul. Selain daripada portfolio harta tanah Kawasan Teluk San Francisco yang dimiliki bersama-sama, Paul juga memiliki saham yang bernilai berjuta-juta dolar dalam syarikat-syarikat awam seperti Microsoft, Amazon.com, dan AT&T. [4] Pada tahun 2003, keluarga Pelosi menjual lapan ekar ladang anggur yang bukan harta bersama di Rutherford, California. [4]

Sejarah pilihan raya[sunting | sunting sumber]

  • Pilihan raya 2006 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-8 California (belum disahkan):
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 80%
    • Mike DeNunzio (R), 10%
    • Krissy Keefer (G), 8%
    • Philip Z. Berg (L), 1.5%
  • Pilihan raya 2004 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-8 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 83%
    • Jennifer Depalma (R), 12%
    • Leilani Dowell (PF), 3.5%
    • Terry Baum (G) (calon tanpa nama dalam kertas undi), 2%
  • Pilihan raya 2002 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-8 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 80%
    • G. Michael Geman (R), 13%
    • Jay Pond (G), 6%
    • Ira Spivack (L), 2%
  • Pilihan raya 2000 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-8 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 85%
    • Adam Sparks (R), 12%
    • Erik Bauman (L), 3%
    • David Smithstein (NL), 1.2%
  • Pilihan raya 1998 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-8 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 86%
    • David Martz (R), 12%
    • David Smithstein (NL), 2%
  • Pilihan raya 1996 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-8 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 84%
    • Justin Raimondo (R), 12%
    • David Smithstein (NL), 3%
  • Pilihan raya 1994 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-8 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 82%
    • Elsa C. Cheung (R), 18%
  • Pilihan raya 1992 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-8 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 82%
    • Marc Wolin (R), 11%
    • James R. Elwood (L), 3%
    • Cesar G. Cadabes, (PF), 3%
  • Pilihan raya 1990 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-5 California:
    • Nancy Pelosi (D) (penyandang), 77%
    • Alan Nichols (R), 23%
  • Pilihan raya 1988 untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat - Daerah ke-5 California:
    • Nancy Pelosi (D), 76%
    • Bruce Michael O'Neill (R), 19%
    • Sam Grove (L), 2%
    • Theodore "Ted" Zuur (PF), 2%

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:


Didahului oleh
Sala Burton
Wakil Amerika Syarikat untuk Daerah Kongres Ke-5 California
1987 – 1993
Diikuti oleh:
Robert T. Matsui
Didahului oleh
Ron Dellums
Wakil Amerika Syarikat untuk Daerah Kongres Ke-8 California
1993 – kini
Diikuti oleh:
Penyandang
Didahului oleh
David Bonior
Whip Demokrat Dewan
Whip Minoriti Dewan

2002 – 2003
Diikuti oleh:
Steny Hoyer
Didahului oleh
Dick Gephardt
Ketua Demokrat Dewan
Ketua Minoriti Dewan

2003 – kini
Pemegang jawatan kini

Templat:USHouseMinWhip Templat:CA-FedRep