Yūshūkan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yūshūkan (Jepun: 遊就館) ("Tempat untuk berkomunikasi dengan jiwa yang mulia") ialah sebuah muzium tentera dan perang Jepun yang terletak di dalam Kuil Yasukuni di Chiyoda, Tokyo. Muzium ini unik kerana ia merupakan sebuah muzium yang diselenggara oleh kuil Yasukuni, yang merupakan sebuah kuil yang didedikasikan kepada roh tentera yang mati dalam pertempuran bagi pihak Maharaja Jepun termasuk penjenayah perang yang disabitkan bersalah.[1] Muzium ini mengandungi pelbagai artifak dan dokumen mengenai korban perang Jepun dan aktiviti ketenteraan dari permulaan Pemulihan Meiji sehingga akhir Perang Dunia II. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1882, dan menggambarkan dirinya sebagai sebuah muzium perang dan ketenteraan yang pertama dan tertua di Jepun.[2] Muzium ini juga terkenal kerana mempunyai kontroversi melalui revisionismenya terhadap tindakan perang Jepun dan aktiviti ketenteraan masa lalu.[3] [4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Fasad hadapan

Muzium ini pada mulanya ditubuhkan pada tahun 1882 untuk memelihara dan mempamerkan artifak era Pemulihan Meiji Tentera Diraja Jepun. Berikutan Perang China-Jepun Pertama dan Perang Rusia-Jepun, Maharaja Meiji telah mengeluarkan perintah (perintah ke ke-192) pada tahun 1910, yang mengarahkan pemeliharaan artifak tentera di Muzium ini.[5] Bangunan Muzium pernah diperluaskan pada suatu ketika dahulu apabila bilangan dokumen dan artifak telah meningkat selepas Perang Dunia I, tetapi bangunan ini telah dirobohkan semasa gempa bumi Great Kantō 1923. Struktur ini telah dibina semula oleh Itō Chūta dan dibuka semula pada tahun 1932.[6]

Semasa Perang Dunia II, senjata yang dirompak semasa perang turut dipamerkan secara pinjaman daripada Kementerian Perang. Akan tetapi, muzium itu sendiri telah ditutup selepas perang. Atas arahan Pihak Berkuasa Pendudukan, Kuil Yasukuni telah kehilangan dana daripada kerajaan berdasarkan Arahan Shinto yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pendudukan. Untuk mendapatkan dana untuk beroperasi, kuil Yasukuni telah meletakkan bangunan muzium tersebut untuk disewa. Pada November 1947, Syarikat Insurans hidup Fukoku Mutual telah menandatangani sebuah perjanjian sewa dengan kuil itu dan mula menggunakannya sebagai pejabat Kudankita. Syarikat itu meninggalkan bangunan itu pada tahun 1980, dan ia dibuka semula sebagai muzium Yūshūkan pada 13 Julai tahun 1985. Bangunan ini telah menjalani beberapa pengubahsuaian sejak itu, dan pameran luar telah dipindahkan ke dalam rumah dan dipamerkan semula pada 13 Julai tahun 2002.

Imej kawasan pintu masuk yang lebih baharu

Pameran[sunting | sunting sumber]

Pesawat pejuang A6M Zero Model 52 muzium
Lokomotif wap bernombor C56 31 diambil dari Thailand
Torpedo Jenis 1 Kaiten

Pameran muzium ini tertumpu kepada dedikasi kuil kepada roh tentera Jepun yang telah terkorban. Muzium ini juga mengandungi alat persenjataan yang pernah digunakan oleh Tentera Imperial Jepun, serta dokumen dan pameran Bersekutu yang berkaitan dengan Angkatan Pertahanan Diri Jepun moden dan Angkatan Amerika Syarikat di Jepun. Sebuah cenotaph kuda perang juga terletak di dalam kawasan muzium.

Tingkat satu[sunting | sunting sumber]

Dewan masuk tingkat satu boleh dimasuki secara percuma, dan mengandungi pameran pesawat pejuang A6M Zero dan lokomotif wap Kelas C56 bernombor C56 31 yang pernah digunakan di Keretapi Thai-Burma (sering dikenali sebagai Kereta Api Maut).[7] [8] Meriam Jenis 89 15 sm dan Howitzer Jenis 96 15 sm juga ada dipaparkan di kawasan pameran ini.

Bilik pameran besar di tingkat satu mengandungi kapal terbang pengebom Yokosuka D4Y dan Type 97 Chi-Ha yang ditemui dari Pulau Yap, bersama dengan torpedo jenis Kaiten dan replika pesawat Ohka Model 11 dan kapal perang Mutsu. Barang kenang-kenangan askar Jepun yang telah meninggal dunia juga ditunjukkan di dalam bilik ini, termasuk pakaian seragam yang dipakai oleh pasukan payung terjun, dan pelbagai surat yang ditinggalkan oleh tentera yang telah meninggal dunia. Gambar dan potret "Roh Kuil Yasukuni" (askar Jepun yang meninggal dunia) juga ditunjukkan di hujung lorong.

Tingkat dua[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebuah eskalator yang menghala ke pintu masuk bilik pameran tingkat dua. Pelbagai bahan berkaitan perang dipamerkan mengikut susunan kronologi, termasuk pelbagai jenis pedang, perisai, senjata api, dan bendera emas yang digunakan oleh Tentera Imperial Jepun semasa Perang Boshin. Bendera perang bahagian Tentera Jepun Imperial ke-321 yang dipamerkan di dalam bilik ini adalah satu-satunya bendera seumpamanya yang telah ditemui dalam keadaan sempurna. tingkat itu juga mengandungi teater pawagam kecil, yang memainkan pelbagai dokumentari berkaitan kuil dan Jepun zaman moden.

Fail:Museum Ohka rocket plane.jpg
Replika pesawat Yokosuka MXY-7 Ohka muzium

Kedai[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebuah kedai cenderamata muzium yang menjual cenderamata serantau di samping pelbagai buku dan dokumen mengenai Kuil Yasukuni. Bendera tentera mainan dan mainan lain yang berkaitan dengan tentera juga boleh dibeli di sini, dan risalah bahasa Inggeris tersedia untuk pelawat asing. Muzium ini juga menempatkan sebuah kafe di mana item pada menu dicipta menggunakan bahan-bahan dan resipi yang menyerupai alat yang digunakan pada kapal Tentera Laut Jepun.

Revisionisme[sunting | sunting sumber]

Muzium ini mengandungi unsur revisionisme dalam catatan sejarah tentang tindakan Jepun dalam Perang Dunia II. Muzium ini juga mengagungkan masa lalu ketenteraan Jepun yang agresif. [3] [4]

Penampilan dalam sastera[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "History". Dicapai pada 2008-03-23.
  2. ^ "yasukuni.jp" (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2008-06-08.
  3. ^ a b Murphy, Paul. "Yasukuni Museum Tugs At Heartstrings To Keep Military Memories Alive". Asahi Shimbun News Service.
  4. ^ a b Simone, Gianni, "A trip around the Yushukan, Japan’s font of discord", The Japan Times, 28 July 2014
  5. ^ "Digital Archives". Dicapai pada 2008-06-08.
  6. ^ "Yūshūkan - history" (dalam bahasa Jepun). Yasukuni Jinja. Dicapai pada 24 February 2012.
  7. ^ Lim, Robyn Taro Aso has a history problem with Australia May 17, 2006 Japan Times Retrieved March 16, 2016
  8. ^ Simone, Gianni A trip around the Yushukan, Japan’s font of discord July 28, 2014 Japan Times Retrieved March 16, 2016

Pautan luar[sunting | sunting sumber]