Yaqut Cholil Qoumas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yaqut Cholil Qoumas
Menteri Agama Indonesia ke-24
Memegang jawatan
23 Disember 2020
PresidenJoko Widodo
TimbalanZainut Tauhid Sa'adi
Didahului olehFachrul Razi
Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia
Dalam jawatan
27 Januari 2015[1] – 22 Desember 2020
pemangku hingga 1 Oktober 2019
Undian137,408[2] (2019)
Didahului olehHanif Dhakiri
Digantikan olehM.F. Nurhuda Yusro
Kawasan pilihan rayaJawa Tengah X
Timbalan Bupati Rembang ke-2
Dalam jawatan
2005–2010
BupatiMoch Salim
Didahului olehNasirul Mahasin
Digantikan olehAbdul Hafidz
Butiran peribadi
LahirYaqut Cholil Qoumas
(1975-01-04) 4 Januari 1975 (umur 49)
Kabupaten Rembang, Jawa Tengah, Indonesia
Parti politikPartai Kebangkitan Bangsa
Ibu bapaK.H. Cholil Bisri
HubunganYahya Cholil Staquf (adik-beradik)
PekerjaanAhli politik

Yaqut Cholil Qoumas atau dikenal sebagai Gus Yaqut (lahir 4 Januari 1975) ialah Menteri Agama dalam kabinet Indonesia Maju sejak 23 Disember 2020 serta Ketua Umum Gerakan Pemuda Ansor sejak 2016. Sebelumnya, beliau pernah menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat daripada Partai Kebangkitan Bangsa. Beliau merupakan anak kepada K.H. M. Cholil Bisri dan adik kandung Ketua Umum Pengurus Besar Nahdlatul Ulama, Yahya Cholil Staquf, sekaligus keponakan dari K.H. Musthofa Bisri. Selain itu beliau pernah menjadi timbalan Bupati Rembang pada 2005 hingga 2010, dan anggota DPRD Kabupaten Rembang pada 2004 dan 2005.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Lulus daripada SD Negeri Kutoharjo (1981–1987), Yaqut melanjutkan pendidikannya ke SMP Negeri II Rembang (1987–1990) dan SMA Negeri II Rembang (1990–1993).

Pendidikan Yaqut hanya hingga peringkat menengah atas (SMA) berdasarkan biodata oleh suruhanjaya pilihan raya negara (KPU) pada 2019.[3] Beliau belajar di Universitas Indonesia dalam bidang sosiologi tetapi tidak selesai.[4][2][5]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Yaqut lahir dalam keluarga pendiri dan tokoh Nahdlatul Ulama (NU). Ayah Yaqut, Muhammad Cholil Bisri, ialah salah satu seorang para pendiri PKB. Yaqut sudah aktif berorganisasi dan mendirikan Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia bagi cabang Depok (1996–1999).[5] Sebagai anggota PKB di Rembang, Yaqut telah diamanahkan menjadi Ketua Dewan Pimpinan Cabang (DPC) PKB Kabupaten Rembang (2001–2014).[2]

Anggota DPRD Rembang dan Wakil Bupati Rembang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, Yaqut menceburi arena politik dengan nyata, dan menjadi anggota DPRD Kabupaten Rembang (2004–2005). Lalu, ia mencalonkan diri menjadi calon wakil bupati bersama dengan Moch Salim dalam pilihan raya 2005, dan terpilih menjadi Wakil Bupati Rembang (2005–2010).[2][5][6]

Ketua GP Ansor[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, Yaqut memimpin organisasi sayap pemuda NU, yaitu GP Ansor. Beliau ialah Ketua DPP GP Ansor pada 2011 hingga 2015. Pada 2012, Yaqut menjadi timbalan Ketua DPW PKB Jawa Tengah hingga 2017.[2][5] Pada 2015, beliau terpilih sebagai Ketua Umum GP Ansor.[7]

Anggota DPR RI[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya umum 2014, Yaqut mencalonkan diri sebagai calon Anggota DPR RI bagi kerusi Jawa Tengah X,[8] tetapi tidak berjaya.[9] Setelah Hanif Dhakiri dilantik menjadi Menteri Tenaga Kerja dalam Kabinet Kerja, Yaqut dilantik menjadi anggota DPR pada sidang 2014–2019 sebagai pemangku.[1] Beliau terpilih sebagai Anggota DPR RI pada sidang 2019–2024.[10]

Ketua Umum PP GP Ansor[sunting | sunting sumber]

Yaqut dilantik sebagai Ketua Umum GP Ansor 2015–2020; sebahagian besar pimpinan cabang serta wilayah GP Ansor sebelumnya telah menyampaikan dukungannya kepada Yaqut sebagai calon tunggal.[11][12] Pengesahan pelantikan Yaqut disampaikan oleh Nusron Wahid.

Selama pilihan umum Gabenor DKI Jakarta 2017, Yaqut mendukung Basuki Tjahaja Purnama dan menyebutnya sebagai "Sunan" Kalijodo.[13] Di bawah Yaqut, GP Ansor mendukung Joko Widodo dalam pilihan raya presiden Indonesia 2019.[14] Pada September 2019, Yaqut mengunjungi Kota Vatikan dan bertemu dengan Paus Fransiskus sebagai perwakilan GP Ansor bagi memberi sokongan organisasi terhadap Dokumen Persaudaraan Manusia.[15]

Istiadat pelantikan Yaqut menjadi menteri.

Menteri Agama[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Disember 2020, diumumkan bahwa Yaqut telah dilantik menjawat jawatan Menteri Agama dalam Kabinet Indonesia Maju Presiden Joko Widodo lalu mengejutkan para analis politik yang sebaliknya meramal pelantikan Yahya Cholil Staquf atau duta Indonesia ke Arab Saudi, Agus Maftuh Abegebriel.[16] Setelah dilantik pada 23 Disember, beliau membuat pernyataan berjanji untuk melindungi hak-hak warga Syiah dan Ahmadiyyah di Indonesia.[17] Beliau juga menjelaskan niatnya untuk mencegah penyebaran populisme Islam di Indonesia.[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ihsanuddin (10 September 2015). "PKB Juga Sudah PAW Tiga Menteri, Tinggal PDI-P yang Belum". Kompas.com. Kompas.com. Dicapai pada 3 Januari 2022. More than one of |author= dan |last= specified (bantuan)
  2. ^ a b c d e "Anggota DPR - Yaqut Cholil Qoumas - JejakParlemen". wikidpr.org.
  3. ^ "Gus Yaqut, Menteri Agama Lulusan SMA dan Pernah Kuliah di UI". kumparan (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-02-24.
  4. ^ "Profile of Yaqut Cholil Qoumas (UI Faculty of Social and Political Sciences 1993), Current Indonesian Minister of Religious Affairs".
  5. ^ a b c d "Yaqut Cholil Qoumas". tirto.id.
  6. ^ https://media.neliti.com/media/publications/242013-studi-partai-demokrat-pada-pilkada-2005-ce03f4f0.pdf
  7. ^ https://merdeka.com/peristiwa/ini-profil-gus-yaqut-ketum-gp-ansor-yang-baru.html
  8. ^ "DCT Dapil Jawa Tengah X" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 26 Disember 2020.
  9. ^ Yunus, Yusran (1 Oktober 2014). Yunus, Yusran (penyunting). "Nama-Nama Anggota DPR RI 2014-2019 Yang Dilantik (1)". Bisnis.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 26 Disember 2020.
  10. ^ "Daftar Anggota DPR RI & DPD RI Daerah Pemilihan Provinsi Jawa Tengah Periode 2019-2024". Tribunnewswiki.com.
  11. ^ Taufik, Mohamad. Syafirdi, Didi (penyunting). "Ini profil Gus Yaqut, Ketum GP Ansor yang baru". Merdeka.com.
  12. ^ Permana, Sukma Indah. "Gus Tutut Terpilih Aklamasi Pimpin GP Ansor Gantikan Nusron Wahid". detikcom.
  13. ^ "Ketua GP Ansor: Ahok itu Sunan Kalijodo". Merdeka.com (dalam bahasa Indonesia). 7 April 2017. Dicapai pada 26 Disember 2020.
  14. ^ "Ansor Tegaskan Dukung Jokowi-KH Ma'ruf di Pilpres 2019". Sindonews.com (dalam bahasa Indonesia). 2 Mac 2019. Dicapai pada 26 Disember 2020.
  15. ^ "GP Anshor expresses support for Pope's world peace document". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). 27 September 2019. Dicapai pada 26 Disember 2020.
  16. ^ Arkyasa, Mahinda (22 Disember 2020). "Yaqut Cholil Qoumas Appointed as Minister; PKB: That is Jokowi's Love for PKB". Tempo.co (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 26 Disember 2020.
  17. ^ "New religious affairs minister vows to protect Shia, Ahmadiyah". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). 25 Disember 2020. Dicapai pada 26 Disember 2020.
  18. ^ "Misi Menag Yaqut: Cegah Populisme Islam Berkembang di RI". CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 28 Disember 2020. Dicapai pada 28 Disember 2020.