Zabidi Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Zabidi Bin Ali)
Haji

Zabidi Ali

P.P.N.
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Permatang Pauh
Dalam jawatan
1978–1982
Didahului olehAriffin Daud
Digantikan olehAnwar Ibrahim
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
Dalam jawatan
1977–1989
Didahului olehMusa Muhammad Yatim
Digantikan olehMohd Hamdan Abdul Rahman
Dalam jawatan
1957–1958
Didahului olehAhmad Azzam Mohd Hanafiah
Digantikan olehYusuf Rawa
Butiran peribadi
Lahir1915
Bukit Mertajam, Seberang Perai, Negeri-negeri Selat
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia

Haji Zabidi Ali ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh mewakili PAS selepas menang bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia 1978. Beliau antara tokoh ulama tempatan yang menghadiri persidangan Persatuan Ulama Se-Tanah Melayu yang kemudiannya menubuhkan PAS pada November 1951[1]. Dalam pilihan raya Tanah Melayu yang pertama, beliau telah mewakili PAS bertanding di kawasan Seberang Perai Selatan[2] namun tewas kepada calon MCA, Tay Hooi Soo.

Zabidi dilahirkan di Bukit Mertajam, Seberang Perai. Beliau memperoleh pendidikan di Sekolah Arab Kuala Kangsar. Beliau merupakan presiden pengasas bagi Pertubuhan Petani Se-Malaya, selain pernah menjadi presiden Liga Pesawah Padi Seberang Perai, pengerusi Kesatuan Kerjasama Kilang Beras Seberang Perai dan anggota jawatankuasa kerja PAS[3].

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Malaysia
    • Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.) - 1999

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Fadli Ghani (2016). Sejarah PAS 1951-1957 : membina jiwa merdeka. Kuala Lumpur: Penerbitan Harakah. m/s. 119–123.
  2. ^ "Election: Radio Scorecard". The Straits Times. 27 Julai 1955. m/s. 4. Dicapai pada 4 Julai 2021 – melalui NewspaperSG.
  3. ^ "No easy push over for the Alliance". The Straits Times. 4 Julai 1955. m/s. 2. Dicapai pada 9 Mei 2022 – melalui NewspaperSG.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]