Mohd Hamdan Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Dato'

Mohd Hamdan bin Abdul Rahman

DSPN (Pulau Pinang)
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
untuk Permatang Pasir
Dalam jawatan
1999 – 31 Julai 2009
Didahului olehAhmad Saad
Digantikan olehMohd Salleh Man
Majoriti5,433
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
Dalam jawatan
1989–2003
Didahului olehZabidi Ali
Digantikan olehMohd Salleh Man
Butiran peribadi
Lahir1946 (1946)
Meninggal dunia31 Julai 2009(2009-07-31) (umur 62–63)
Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Anak-anak6
PekerjaanAhli politik

Dato' Mohd Hamdan bin Abdul Rahman (1946 – 31 Julai 2009) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dan juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permatang Pasir, Pulau Pinang dari parti Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mohd Hamdan pernah menjadi guru di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah pada tahun 1965–1966. Kemudian, beliau menjadi pegawai pentadbir kerajaan Perak dari tahun 1966–1977. Jawatan terakhirnya dalam kerajaan adalah sebagai pegawai pentadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia antara tahun 1977–1983.[perlu rujukan]

Politik[sunting | sunting sumber]

Mohd Hamdan kalah dalam pilihan raya 1990 and 1995 di Penaga kepada calon UMNO Datuk Azhar Ibrahim. Selepas itu beliau bertanding di Permatang Pasir.[1]

Beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya 1999, 2004 dan 2008 di Permatang Pasir dan kekal mengalahkan calon Barisan Nasional / UMNO. Kawasan ini termasuk dalam parlimen Permatang Pauh kubu kuat Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Beliau adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang selama 14 tahun (1989-2003) selepas Tuan Guru Haji Zabidi Ali. Beliau satu-satunya wakil rakyat PAS di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selama tiga penggal (1999-2009).[2] Selepas itu Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang ialah Ustaz Salleh Man.

Mohd Hamdan menjadi ADUN Permatang Pasir selama tiga penggal mulai tahun 1999, 2004 dan 2008. Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 Mohd. Hamdan Abd. Rahman (Pas) menang mudah dengan majoriti 3,194 undi.Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Mohd Hamdan menewaskan Datuk Adnan @ Md. Isa Ramli (Barisan Nasional/ UMNO yang mendapat 8,057 .Datuk Adnan mendapat 7,378 undi. Tahun 2008, beliau memperoleh 11,004 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Ahmad Sahar Shuib yang mendapat 5,571 undi dengan majoriti 5,433 undi.


Anugerah[sunting | sunting sumber]

Mohd Hamdan menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk pada 11 Julai 2009 daripada kerajaan Pulau Pinang.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Julai 2009, beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara akibat serangan jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi.[3] Beliau berumur 63 tahun. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir.

Beliau meninggalkan seorang balu dan enam anak.

Pilihan raya kecil[sunting | sunting sumber]

Berikutan kematian beliau, pilihan raya kecil Permatang Pasir 2009 diadakan pada 25 Ogos 2009. Hasilnya, Ustaz Mohd. Salleh Man terpilih menggantikan beliau.

Rujukan[sunting | sunting sumber]