Pergi ke kandungan

Yusuf Rawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan Guru Haji
Yusuf Rawa
Presiden Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
1982–1989
TimbalanFadzil Mohd Noor
Didahului olehMohd Asri Muda
Digantikan olehFadzil Mohd Noor
Mursyidul Am PAS
Dalam jawatan
1987–1995
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehNik Abdul Aziz Nik Mat
Timbalan Menteri Kerajaan Malaysia
Timbalan Menteri Perusahaan Utama
Dalam jawatan
13 Ogos 1973  24 Ogos 1974
Perdana MenteriAbdul Razak Hussein
MenteriAbdul Taib Mahmud
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Ulu Muda
Dalam jawatan
1974–1977
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehHashim Endut
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kota Star Selatan
Dalam jawatan
1969–1974
Didahului olehMahathir Mohamad
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Duta Besar Malaysia Ke Iran dan Turki di Tehran
Dalam jawatan
1974–1978
RajaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (1974-1975)
Sultan Yahya Petra (1975-1978)
Maklumat peribadi
Lahir(1922-05-08)8 Mei 1922
Pulau Pinang Lebuh Acheh, Pulau Pinang
Meninggal dunia28 April 2000(2000-04-28) (umur 77)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganHajah Kalsom Ali
Anak11 (termasuk Mujahid Yusuf Rawa)

Tuan Guru Haji Yusof Rawa (nama sebenar Yusof bin Abdullah Ar-Rawi (Jawi: يوسف بن عبدالله الراوي), lahir 8 Mei 1922  meninggal 28 April 2000 pada umur 77 tahun) ialah tokoh gerakan Islam di Malaysia. Beliau ialah bekas Yang Di-Pertua atau Presiden PAS. Beliau merupakan satu-satunya pemimpin PAS yang pernah memegang kedua-dua jawatan tertinggi dalam parti iaitu Mursyidul Am (1987-1995) dan Presiden (1982-1989). Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam kabinet Malaysia. Yusof juga ialah seorang ahli perniagaan yang disegani. Beliau merupakan salah seorang pengasas Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan dilantik sebagai Bendahari Kehormat yang pertama dalam pertubuhan tersebut. Yusof telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1992 ketika beliau masih menjawat jawatan sebagai Mursyidul Am PAS.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dikagumi kerana pemikirannya yang tajam yang boleh mengupas segala persoalan walaupun rumit bagi sesetengah pihak. Beliau dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang. Bapanya, Haji Abdullah Nordin al-Rawi, berasal dari Rao, Sumatera Barat, Indonesia.[1] Beliau pada mulanya belajar di Sekolah Melayu di Jalan Carnavon, kemudian berpindah ke Sekolah Chowrasta. Di peringkat menengah pula beliau memasuki sekolah Inggeris iaitu Government English School kemudian sambung ke Penang Free School sehingga memperolehi Junior Cambridge.

Melihat kecerdikannya dalam bahasa Inggeris, lantas membuatkan ayahnya mengambil keputusan untuk menghantar beliau melanjutkan pelajaran ke Makkah. Di sana, ternyata beliau tidak menghampakan impian keluarganya apabila cemerlang memperolehi Diploma Takhassus al-Dini dari Maahad al-Falah.[2] Selepas itu beliau kembali ke tanah air untuk membantu mengembangkan perniagaan bapanya sebelum melibatkan diri secara langsung dalam politik.

Penglibatan beliau dalam politik bermula selepas menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang menggantikan Ustaz Ahmad Azzam yang berpindah tempat.

Semenjak memegang amanah itu beliau diberi kepercayaan menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat walaupun setelah melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri. Semasa kepimpinan PAS di bawah Asri Muda, beliau sekali lagi diberi mandat sebagai Timbalan Yang DiPertua (kini dikenali sebagai Timbalan Presiden).

Kerjaya politik beliau mulai bersinar apabila menewaskan Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum 1969. Beliau menang dengan kelebihan 989 undi. Pada era PAS bersama Barisan Nasional, beliau adalah salah seorang ahli parlimen PAS yang dilantik menjadi timbalan menteri.

Semasa pemilihan jawatankuasa baru PAS pada 1982, beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS (kini dikenali sebagai Presiden) bagi menggantikan Mohd Asri Muda semasa muktamar parti itu pada 23 Oktober 1982 yang mendesak perubahan dalaman. Selepas memegang peranan besar itu selama beberapa tahun, pada penghujung 1980-an beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada timbalannya, Fadzil Mohd Noor. Bagaimanapun, beliau masih mengekalkan jawatannya sebagai Mursyidul Am sehingga tahun 1995, dan diganti oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Meninggal dunia

[sunting | sunting sumber]

Semenjak itu, kesihatan beliau kurang memuaskan sehinggalah beliau beberapa kali mendapatkan rawatan di hospital sehingga menghembuskan nafasnya terakhir pada 28 April 2000 kira-kira jam 7.15 pagi. Allahyarham meninggalkan 11 orang anak, enam perempuan dan lima lelaki serta 30 cucu hasil perkongsian hidup bersama Hajah Kalsom Ali yang meninggal dunia enam tahun sebelumnya.

Sumbangan

[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama di dalam kabinet gabungan PAS dengan Barisan Nasional serta pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Iran, Afghanistan dan Turki pada pertengahan tahun 1970-an.

Keptusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1959 N22 Muda Yusof Rawa (PAS) 1,571 22.80% Ismail Che Chik (UMNO) 5,320 77.20% 7,119 3,749 81.82%
1964 N23 Kepala Batas Yusof Rawa (PAS) 1,562 22.08% Ahmad Badawi Abdullah (UMNO) 4,531 64.05% 7,354 2,969 85.63%
Khaw Boon Pin (UDP) 524 7.41%
Omar Mohd Yusoff (PR) 457 6.46%
1969 N15 Bayan Lepas Yusof Rawa (PAS) 1,626 18.33% Ismail Hashim (UMNO) 3,783 45.63% 8,873 892 82.04%
Shaik Ahmad Mohamed Ainajaree (Gerakan) 2,891 32.58%
1982 N17 Sungai Nibong Yusof Rawa (PAS) 1,769 11.54% Tang Chong Teik (Gerakan) 9,083 59.23% 15,478 4,601 70.40%
Mohideen Abdul Kader Yusoff Rawther (PSRM) 4,482 29.23%
Parlimen Malaysia
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1959 P038 Seberang Utara Yusof Rawa (PAS) 4,537 26.25% Ahmad Saaid (UMNO) 12,748 73.75% 17,534 8,211 76.31%
1964 P002 Perlis Selatan Yusof Rawa (PAS) 7,250 40.88% Mokhtar Ismail (UMNO) 10,486 59.12% 18,579 3,236 80.39%
1969 P008 Kota Star Selatan Yusof Rawa (PAS) 13,021 51.97% Mahathir Mohamad (UMNO) 12,032 48.03% 25,680 989 80.26%
1974 P009 Ulu Muda Yusof Rawa (PAS)
Menang Tanpa Bertanding
1982 P004 Kubang Pasu Yusof Rawa (PAS) 8,763 26.33% Mahathir Mohamad (UMNO) 24,524 73.67% 34,340 15,761 78.79%
1986 P039 Tasek Gelugor Yusof Rawa (PAS) 6,796 29.93% Mohammed Yusoff Abdul Latib (UMNO) 15,911 70.07% 23,269 9,115 75.01%
  1. Harian Singgalang, 1 November 2010
  2. Jalani, Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid Dan Hamidah binti (2012). "Tuan Haji Yusof Rawa: Biografi Dan Sumbangannya". Jurnal KIAS (dalam bahasa Inggeris). 7 (1): 134–150. ISSN 2289-8050.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Penyandang Terdahulu Presiden PAS
23 Oktober 1982 30 Mac 1989
Penyandang Kemudian
Tan Sri Mohd Asri Haji Muda Dato' Haji Fadzil Mohd Noor