Zahazan Mohamed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Datuk Dr. Haji Zahazan Mohamed (D.P.S.M.)
Kelahiran1974
Melaka
PendidikanBachelor in Arabic, University of Yarmouk , Masters and PhD , University Of Malaya
PekerjaanCendekiawan Muslim, pendakwah, pensyarah
AnugerahTokoh Maal Hijrah 2014
Laman webUstaz Datuk Dr Zahazan Mohamed

Datuk Dr. Haji Zahazan Mohamed (D.P.S.M.) berusia 46 tahun dan merupakan Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Melaka 2014. Beliau merupakan penceramah bebas yang aktif di stesen televisyen, radio dan media sosial dan banyak menulis pelagai buku agama.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau berasal dari Pantai Kundor, Tanjung Kling, Melaka. Berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

[ 2004-2008] UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR

Doktor Falsafah (Ph.D) Linguistik


[ 2001-2003] UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR

ljazah Sarjana (MA) Linguistik


[ 1992-1996 ] UNIVERSITI YARMOUK, JORDAN.

Ijazah Sarjana Muda (Bahasa Arab)


[ 1990-1991] KOLEJ ISLAM KLANG

Sijil Pelajaran Malaysia


[ 1987-1989] SEK. MEN. KEB. AGAMA SULTAN MUHAMMAD, MELAKA

Sijil Rendah Pelajaran


Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

PENGARAH URUSAN

[ 2000-Sekarang ] Telaga Biru Sdn Bhd


AHLI LEMBAGA PENGARAH

Telaga Biru Holdings Sdn Bhd

Telaga Biru Sdn Bhd

Telaga Biru Training & Consultancy Sdn Bhd

Telaga Biru Properties Sdn Bhd

Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd


PENSYARAH

[ 1998-2007 ] Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

[ 1997-1998 ] Kolej Islam Darul Ehsan


Pengalaman[sunting | sunting sumber]

1.       Sering dijemput memenuhi program ceramah dan kuliah agama di jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Malaysia.

2.       Pernah menjadi penyampai tetap segmen Kuliyah Tafsir di radio IKIM.fm selama lebih kurang 8 tahun.

3.       Penyampai dalam segmen Asbabul Nuzul di Nasional fm dan Pesan Taqwa di Pahang fm.

4.       Menjadi tetamu jemputan di program-program TV seperti dalam segmen Tanyalah Ustaz, Al-Hidayah, Motivasi Pagi, Malaysia Hari Ini, Al-Kulliyah, Selamat Pagi Malaysia dan Jejak Rasul.


Aktiviti[sunting | sunting sumber]

1.       Berpengalaman dalam memimpin kursus haji dan umrah.

2.       Menjadi pembimbing jemaah haji dan umrah ke tanah suci Mekah yang bertauliah dari Lembaga Urusan Tabung Haji Malaysia.

3.       Aktif dalam menerbitkan buku ilmiah di bawah syarikat Telaga Biru Sdn Bhd.

4.       Menjadi kolumnis dalam akhbar Utusan Malaysia, Harian Metro dan Berita Harian serta majalah seperti Solusi, al-Ustaz, Gen-Q dan pelbagai lagi.


Tokoh Maal Hijrah 2014[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Oktober 2014, beliau dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 2014 Melaka sempena perhimpunan Maal Hijrah yang diadakan di Masjid Al-Azim, Melaka. Anugerah Tokoh Maal Hijrah itu turut dikenali sebagai Anugerah Abu Bakar As-Siddiq itu disampaikan Yang Dipertua Nege­ri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob. Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Yaakub Md Amin. Dr. Zaha­zan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, plak, sijil penghargaan dan hadiah iring­an.

[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]