Idris Haron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Amat Berhormat Datuk Seri

Idris bin Haron

D.G.S.M. D.C.S.M. D.M.S.M. D.S.M. B.K.C
TANGGABATU.JPG
Ketua Menteri Melaka ke-10
Memegang jawatan
7 Mei 2013 - 10 Mei 2018
Gabenor Mohd Khalil Yaakob
Didahului oleh Mohd Ali Rustam
Digantikan oleh Adly Zahari
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 8 April 2009
Didahului oleh Ong Tee Keat
Digantikan oleh Saifuddin Abdullah
Ahli Dewan Undangan Melaka
untuk N11 Sungai Udang
Memegang jawatan
6 Mei 2013
Didahului oleh Yaakub bin Md Amin
Majoriti 9,136 (PRU-13)
Ahli Parlimen Malaysia
untuk P136 Tangga Batu
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 4 Mei 2013
Didahului oleh kawasan baharu
Digantikan oleh Abu Bakar Bin Mohamad Diah
Majoriti 14,500 (PRU-12)
19,244 (PRU-11)
Butiran peribadi
Lahir 13 Mei 1966 (1966-05-13) (umur 52)
Kampung Relau, Asahan, Jasin, Melaka
Parti politik Barisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pasangan Datin Seri Fadilah Abdullah
Anak-anak Luqman Hakim, Amira
Alma mater University of Texas at El Paso
Pekerjaan Ahli politik, jurutera
Laman sesawang http://idrisharon.wordpress.com/

YAB Datuk Seri Ir. Idris bin Haron (dilahirkan pada 13 Mei 1966 di Asahan, Melaka) merupakan Ketua Menteri Melaka yang ke-10 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang, Melaka daripada Barisan Nasional - UMNO. Beliau dilantik sebgai Ketua Menteri pada 7 Mei 2013.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berumahtangga dengan Datin Seri Fadilah binti Abdullah pada tahun 1993.Mereka mendapat anak bernama Luqman Hakim dan Amira.

Arwah bapanya, Haron Hashim, adalah penghulu bersara dan meninggal dunia pada 1972 ketika berusia 64 tahun. Ketika itu ibunya, Rokiah Hassan, yang juga isteri kedua, baru berusia 24 tahun. Arwah bapanya mempunyai dua anak lelaki dengan isteri pertama dan dengan Rokiah mempunyai empat anak, Sabariah, Rashidah, Idris dan Rozana. Ibunya kahwin lain selepas itu dan mengikuti suami barunya pulang ke Belading, Tangkak.

Dia empat beradik terpaksa menumpang di rumah datuk dan neneknya di Asahan, Jasin, selama enam bulan.Kemudian tinggal bersama abangnya (berlainan ibu) . Abang keduanya itu, Ahmad Haron, bertugas sebagai guru besar, mempunyai lima anak dan turut menjaga seorang anak angkat bapanya.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Idris bersekolah di empat sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Bekoh ke SRK Belading, SRK Asahan 1973-1977 dan SRK Kubu 1977 hingga 1978. Dua kakaknya pula terpaksa berhenti sekolah awal kerana himpitan hidup. Dari 1979-1983 beliau belajar di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Ayer Keroh (1979-1983) setelah mendapat 4A 1B dalam Penilaian Darjah Lima. Beliau menjadi pelajar terbaik sekolah dengan mendapat 7A 1C.

Beliau melanjutkan pengajiannya ke Pusat Bahasa Institut Teknologi Mara (ITM) dalam jurusan bahasa Inggeris selama enam bulan dan pernah dilantik Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Seksyen 17, Shah Alam pada tahun 1984 . Pada 1989 beliau menamatkan pengajian beliau dari University of Texas, Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal. Sebenarnya cita-cita beliau ingin menjadi juruterbang tetapi menukar fikiran kepada jurutera elektrik semasa ditemuduga.

Beliau menjadi Pengerusi Persidangan Pelajar Malaysia sehingga mendapat ijazah pada 1989. Pada 1993 beliau mengikuti latihan intensif bahasa Jepun di ITM sebelum melanjutkan pengajian di bidang teknikal di Tokyo Kensyu Centre, Jepun. Beliau mengikuti latihan di bawah Kandenko Corporation Ltd selama enam bulan di Tokyo, Jepun, dalam bidang sistem pembahagian elektrikal.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Setelah tamat pengajian, beliau menjadi jurutera Pengguna LLN Kajang (1989) ,Jurutera Operasi TNB Kajang (1991) ,Pengurus Struktur dan Perancangan TNB Kajang (1993) dan Pengurus Operasi dan Senggaraaan TNB Jasin (1998) dan Pengurus Bisnes Daerah TNB Distribution Sdn Bhd Melaka (1999) . Pada tahun 1993, beliau telah menjalani kursus kejuruteraan lanjutan di Association of Overseas Technical Scolarship, Jepun. Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Yang DiPertua Majlis Daerah Alor Gajah (MDAG), Melaka kemudian menjadi Yang DiPertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang pertama pada 2002. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Gabungan Belia Melaka dan Naib Pengerusi Belia B Melaka.[2]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau mula terlibat dalam politik apabila menyertai UMNO pada tahun 1993 di cawangan Klebang Kecil dan menjadi Ketua Pemuda UMNO. Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO bahagian Tangga Batu dan Ketua Penerangan UMNO Melaka.

Ketua Menteri Melaka

Beliau meneruskan legasi pendahulu beliau, Mohd Ali bin Mohd Rustam, tetapi dengan gaya berbeza[3] dengan menghasratkan "Melaka Maju Fasa Dua". Beliau menubuhkan empat prinsip di bawah payung ini.

  1. Pertama, untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan Melaka ke tahap tertinggi, melebihi jangkaan pelanggan yang terdiri daripada pelabur, pelancong dan rakyat di negeri ini.
  2. Kedua, sistem dan mekanisme produk dan perkhidmatan di Melaka mestilah mampan.
  3. Ketiga, mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pelabur dan
  4. keempat, untuk mengekalkan motivasi tenaga kerja Melaka untuk menghasilkan kualiti yang tinggi.[4] Beliau juga bekerja di bawah perkataan "Berkat, Tepat, Cepat".[5]

Di bawah kepimpinannya, Melaka memperoleh pelaburan terbesar dalam sejarahnya berjumlah RM 4.38 bilion pada 2014. Dermaga Melaka, sepanjang sejauh 73 kilometer, juga dinaik taraf untuk pelabuhan pantai masa depan.[6] Beliau melancarkan slogan "Don't Mess With Melaka", dimodelkan selepas kempen "Don't Mess With Texas" 1986 dalam usaha menentang pembuangan sampah merata-rata, jenayah dan penyakit sosial. Matlamat kempen ini adalah untuk memastikan negeri ini kekal sebagai salah satu yang paling bersih di negara ini. Kempen di seluruh negeri ini menggunakan iklan T-shirt dan papan iklan. Slogan kempen itu menarik kritikan atas dasar bahawa ia mungkin mempromosikan gangsterisme. Idris mempertahankan slogan itu, mengatakan bahawa ia adalah satu cara untuk menarik perhatian belia melalui pemasaran yang kreatif dan agresif.[7]

Pada tahun 2016, Melaka menjadi tempat paling selamat untuk tinggal di Malaysia.[8] Kadar jenayah indeks negeri mencatatkan penurunan sebanyak 15.5 peratus pada tahun 2017 dengan 3,096 kes direkodkan berbanding 3,663 pada 2016.[9] Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Melaka merupakan negeri yang merekodkan kadar pengangguran terendah pada tahun 2017 dengan hanya 1.0 peratus.[10]

Pembangunan Semula Pulau Besar

Beliau telah mengetuai projek memajukan semula Pulau Besar bermula dengan pembekalan elektrik ke Pulau Besar membabitkan 12 menara bermula dari Pantai Siring sejauh 4.7 kilometer yang akan membekalkan tenaga elektrik pada kapasiti lima megawatt hingga kapasiti maksimum 132 megawatt. Projek yang bermula sejak 5 November 2012 dan siap pada Februari 2015 itu bertujuan menjadikan Pulau Besar, yang berkeluasan 129.64 hektar dan menempatkan resort serta kawasan bersejarah, sebagai satu daripada produk pelancongan utama di Melaka. Kerja-kerja menaik taraf Sekolah Menengah Agama Dan Tahfiz Al-Quran Pulau Besar Melaka juga giat dijalankan bagi memberi kemudahan lebih selesa kepada pelajar untuk menghafaz al-Quran.[11] Beliau telah merancang untuk membangunkan Pulau Besar sebagai sebuah pulau pelancongan di negeri ini. Pada Mac 2016, peruntukan awal telah diberi bagi kerja pembaikan masjid serta medan selera di pulau itu, selain pembinaan sebuah Maahad Tahfiz. Tumpuan diberi pada pembangunan asas terlebih dahulu sebelum disusuli pembinaan kemudahan lain, termasuk sebuah medan selera bertaraf antarabangsa. Apabila segala kerja pembaikan dan pembinaan kemudahan di pulau itu siap kelak, ia berupaya menjadi sebuah pulau peranginan bertaraf antarabangsa yang mampu menarik kunjungan ramai. Proses pembangunan di pulau berkenaan dijalankan berperingkat-peringkat. Projek penyelenggaraan dan pembangunan di pulau ini akan mampu menarik sejumlah besar pelancong. Pada masa sama menjadi antara penyumbang besar kepada ekonomi Melaka.[12]

Pandang Serius Aktiviti Khurafat

Sebuah jeti dan masjid yang lengkap dengan pondok polis serta pengawasan CCTV dirancang untuk dibina di Pulau Besar bagi menghindari perbuatan tidak elok pengunjung, seterusnya mencegah kegiatan khurafat.[13] Beliau telah membuat keputusan untuk mengarahkan pihak Jabatan Mufti Negeri, Jabatan Agama Islam Melaka mengadakan satu perbincangan yang mendalam bagi menyelesaikan isu khurafat di Pulau Besar. Pada Februari 2018, beliau telah menerima laporan penuh mengenai kegiatan di Pulau Besar dan meminta agar satu muzakarah melibatkan meja besar dilakukan bagi mencari pendekatan paling sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Beliau telah menemuramah pihak penganjur program di Pulau Besar, rata-rata mempertahankan bahawa mereka melakukan cara yang betul kerana masing-masing membawa fahaman daripada sesetengah sudut fahaman dalam dunia ini. Beliau telah memberitahu mereka bahawa amalan yang dilakukan adalah bertentangkan dengan akidah Islam dan ia perlu dibanteras.[14]

Pembangunan Melaka

Jumlah pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri sebanyak RM27.9 bilion dan pendapatan perkapita RM35,699 yang dicatatkan pada 2013 meningkat kepada RM33.2 bilion serta pendapatan perkapita RM41,363 pada tahun 2017. Dalam tempoh 2013 hingga 2017, Melaka berjaya membawa masuk pelaburan dari luar sebanyak RM17.1 bilion dan ini tidak termasuk pelaburan yang sudah dipersetujui, menjadikan jumlahnya lebih RM22 bilion. Jejambat bertingkat telah dibina di persimpangan Pusat Dagangan Antarabangsa MITC dan Peringgit dan dijangka siap pada Jun 2018 mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas.[15]

IKON PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI MELAKA

Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron telah dinobat sebagai penerima Anugerah Ikon Pembangunan Sukan Negeri Melaka pada Mac 2018 sebagai menghargai jasa beliau membantu pembangunan sukan negeri khususnya bolasepak. Bolasepak Melaka telah melakukan kebangkitan dalam tempoh yang singkat dan terus berada di Liga Super. Kecemerlangan dalam bidang sukan mampu meningkatkan imej dan perhatian negeri Melaka di mata dunia, khususnya dengan pencapaian membanggakan para atlet dan pasukan Melaka.[16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Laman Blog[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Ketua Menteri Melaka
7 Mei 2013 – 10 Mei 2018
Penyandang Kemudian
Mohd Ali bin Mohd Rustam
Adly Zahari