Pergi ke kandungan

Zhang Zhijie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zhang Zhijie
张志杰
Maklumat peribadi
NegaraChina
Lahir(2007-01-30)30 Januari 2007[1]
Jiaxing, Zhejiang, China[2]
Mati30 Jun 2024(2024-06-30) (umur 17)
Yogyakarta, Indonesia

Zhang Zhijie (Cina: 张志杰 ; 30 Januari 2007 – 30 Jun 2024) ialah pemain badminton Republik Rakyat China. Beliau bermain untuk Republik Rakyat China dalam Kejohanan Badminton Asia Junior 2024 sebelum kematiannya. [1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Zhang memenangi Kejohanan Junior Antarabangsa Belanda 2024, dengan menewaskan rakan pemain China Hu Zhe'an, dengan markah 21–10, 11–21, 13–21. [3]

selepas itu Zhang mara ke perlawanan akhir pada Kejohanan Junior Jerman 2024, dengan tewas kepada Wang Zijun, dengan markah 13–21, 21–16, 16–21. [3]

Pada majlis anugerah Kejohanan Remaja Badminton Asia 2024, jersi Zhang telah diangkat ke podium. Dia dianugerahkan emas secara selepas kematiannya. [4]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Zhang telah bermain menentang Kazuma Kawano dalam perlawanan semasa Kejohanan Badminton Asia Junior 2024. yang dimana Dia rebah ke atas gelanggang apabila kedudukan 11-11. Dia meninggal dunia akibat serangan jantung. [5]

Pemain badminton India PV Sindhu dan pemain badminton lagenda Malaysia Lee Chong Wei ada mengucapkan takziah kepada keluarga Zhang. Persekutuan Badminton Dunia, Badminton Asia, Persatuan Badminton China dan Persatuan Badminton Indonesia berkata bahawa mereka amat sedih dengan kehilangan Zhang. [6] [7] [8]

Netizen China dan Agensi Berita Xinhua mengkritik kejadian tersebut, yang membawa kepada kematiannya selepas video kematiannya menunjukkan seorang doktor berlari ke arah Zhang, kemudian berhenti di tepi gelanggang untuk menunggu pengadil memberi kebenaran. Sebagai tindak balas, Persatuan Badminton Indonesia mengumumkan bahawa mereka akan meminta Persekutuan Badminton Dunia untuk mempertimbangkan semula peraturan yang ditetapkan, yang ada memerlukan medik menunggu kebenaran sebelum menjaga pemain. [9]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Telah dianugerahkan selepas kematian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "China's shuttler Zhang Zhi Jie dies after collapsing on court". Astro Awani (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada July 1, 2024.
  2. ^ "Ini profil Zhang Zhi Jie, pemain badminton China yang meninggal dunia". Astro Awani. 1 July 2024. Dicapai pada 1 July 2024.
  3. ^ a b "Profil Zhang Zhi Jie, Pebulutangkis China yang Meninggal Dunia saat Main di Badminton Asia Junior Championships 2024 di Indonesia". sports.okezone.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada July 1, 2024.
  4. ^ "中国队夺冠,全队带张志杰球衣上领奖台!印尼羽协称张志杰因心脏骤停离世,抢救细节公布". finance.sina.cn (dalam bahasa Cina). Dicapai pada July 2, 2024.
  5. ^ "China badminton player, 17, dies of cardiac arrest after collapsing on court". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada July 1, 2024.
  6. ^ "China badminton player, 17, dies of cardiac arrest after collapsing on court". New Strait Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada July 1, 2024.
  7. ^ "向张志杰家属致哀 李宗伟:世界羽联需改进医疗". Oriental Daily (dalam bahasa Cina). Dicapai pada July 2, 2024.
  8. ^ "Badminton's rising star Zhang Zhijie dies during match at Asian Juniors". New Strait Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada July 1, 2024.
  9. ^ Wong, Tessa (2024-07-02). "Zhang Zhijie: Chinese teen badminton player's death sparks outcry". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-02.