Zoran Tošić

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zoran Tošić
Maklumat peribadi
Nama penuh Zoran Tošić
Tarikh lahir (1987-04-28) 28 April 1987 (umur 36)
Tempat lahir Zrenjanin, SFR Yugoslavia
Ketinggian 1.71 m (5 ka 7 in)
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
CSKA Moscow
Nombor 7
Kerjaya remaja
Proleter Zrenjanin
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2006 Budućnost Banatski Dvor 7 (0)
2006–2007 Banat Zrenjanin 25 (2)
2007–2009 Partizan 49 (14)
2009–2010 Manchester United 2 (0)
20101. FC Köln (pinjaman) 13 (5)
2010– CSKA Moscow 120 (28)
Pasukan kebangsaan
2007– Serbia 62 (10)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 6 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 November 2014

Zoran Tošić (Cyrilic Serbia: Зоран Тошић, lahir 28 April 1987) merupakan pemain bola sepak Serbia yang kini bermain untuk kelab Rusia, CSKA Moscow dan pasukan kebangsaan Serbia. Beliau sering bermain di posisi sayap.[1]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Zoran Tošić telah dilahirkan di Zrenjanin, SR Serbia, SFR Yugoslavia, Tošić memulakan kerjaya bola sepaknya ketika bersama Budućnost Banatski Dvor, sebelum sertai Banat Zrenjanin. Beliau telah menjaringkan dua gol dalam 25 penampilan unutk Banat.

Persembahan Tošić di kejohanan domestik bersama Banat dan aksi antarabangsa bersama Serbia telah berjaya menarik minat dari kelab-kelab Eropah. Pada 6 Ogos 2007, Tošić menandatangani kontrak profesional selama empat tahun bersama Partizan. Pada 11 Ogos, beliau membuat debut bersama Partizan ketika menang 1-0 ke atas Vojvodina dalam perlawanan liga. Beliau memasuki padang pada minit ke-15 selepas pemain Partizan tercedera.

Manchester United[sunting | sunting sumber]

Pada 22 November 2008, Daily Mail telah melaporkan bahawa Zoran Tosic telah membuat persetujuan untuk menyertai Manchester United pada pemindahan Januari 2009.[2] Pada 28 November, beliau telah menerima permit kerja untuk bersama United.[3][4][5] Walaupun rundingan telah berhenti atas hal peribadi, pemindahan itu akhirnya lengkap pada 2 Januari 2009, selepas Tošić dan rakan sepasukan Partizan, Adem Ljajic sertai United. Tošić telah diberikan jeri nombor 14.[6]

Beliau membuat debut untuk United pada 24 Februari 2009, dalam perlawanna pusingan keempat Piala FA Inggeris menentang Tottenham Hotspur, beliau memasuki padang pada minit ke-72 menggantikan Cristiano Ronaldo.[7] Tiga hari kemudian, Tošić membuat debut liga untuk United, beliau memasuki padang pada minit ke-77, menggantikan Dimitar Berbatov, United menang 5-0 ke atas West Bromwich Albion.[8] Walaupun beliau tidak banyak membuat penampilan di Manchester United, Tošić menjadi pemain utama di kelab simpanan, membantu kelabnya menduduki tempat kedua di "Premier Reserbe League. Beliau juga menjaringkan gol kemenangan buat United pada perlawanan akhir Piala Senior Manchester 2009 menentangBolton Wanderers di Stadium Reebok.[9]

Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan senior United pada 26 Julai 2009, ketika menang besar 8–2 ke atas Hangzhou Greentown ketika kempen pra-musim United di Asia.[10]

Dalam satu temu ramah bersama surat khabar Scotland pada September 2012, Tosic mengatakan bahawa beliau ingin keluar dari United.[11]

Dipinjam ke Köln[sunting | sunting sumber]

Pada 27 January 2010, Tošić sertai Köln secara pinjaman sehingga penghujung musim musim 2009–10.[12] Beliau membuat debut tiga hari kemudian, beliau menggantikan Taner Yalçın pada minit ke-54, Köln menang 2–1 ke atas Eintracht Frankfurt pada 30 Januari.[13] Pada 27 Mac 2010, Tošić menjaringkna dua gol pertamanya untuk Köln dalam pemunculan kelapannya, Koln menang 4-1 ke atas Hannover.[14] Dalam perlawanan liga seterusnya, beliau telah dibuang padang susulan menerima dua kad kuning ketika tewas 3-0 kepada Hertha Berlin.[15] Pada 17 April 2010, selepas tamat hukuman gantung, Tošić kembali kepada skuad dan menjaringkan gol ketika menang 2-0 ke atas Bochum.[16] Selepas lima bulan bersama Köln, beliau pulang ke Manchester United pada Jun 2010.[17]

CSKA Moscow[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Jun 2010, Tošić menandatangani kontrak lima tahun bersama CSKA Moscow dengan bayaran yang tidak didedahkan,[18] tetapi dilaporkan sekitar £8 juta.[19] Pada 15 Ogos 2010, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk CSKA menentang Anzhi Makhachkala dalam aksi Liga Perdana Rusia. Empat hari kemudian, dalam debut untuk perlawanan Eropah bagi CSKA, beliau menjaringkan dua gol dalam perlawanan Liga Europa menentang Anorthosis Famagusta FC dari Cyprus, CSKA menang 4–0.[20]

Pemain tengah Serbia itu memulakan perlawanan menentang Alania Vladikavkaz pada 22 Mei, dalam perlawanan akhir Piala Rusia 2011, beliau menggantikan pemain pertahanan Lithuania, Deividas Šemberas pada minitk ke-83.[21] Tiga hari kemudian, beliau menjaringkan gol akhir buat CSKA ketika menang selesa 3–0 ke atas Krylia Sovetov Samara selepas jaringan Keisuke Honda 2–0 membuatkan penyokong pelawat tertekan.[22]

Tošić menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Spartak Moscow pada 19 Mac 2012 dan beliau berterima kasih kepada gol lewat Seydou Doumbia untuk memastikan kemenangan 2-1 ke atas Spartak.[23] Beliau kemudian menjaringkan dua gol untuk CSKA ketika menentang pesaing terdekat, Lokomotiv Moscow pada 2 Mei, CSKA menang 3-1 dan layak ke Kumpulan Juara-Juara dalam musim 2011-12.[24]

Pada 27 Oktober 2013, Tošić menjaringkan hatrick ketika menang besar, 5-1 ke atas FC Krasnodar dalam saingan Liga Perdana Rusia 2013–14. Tošić menjaringkan gol tunggal buat CSKA selepas menewaskan pesaing terdekat, FC Lokomotiv Moscow pada 15 Mei 2014 untuk merebut gelaran kedua Liga Perdana Rusia.[25]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Ogos 2007, Tošić telah dipanggil buat pertama kali untuk menyertai pasukan kebangsaan Serbia oleh pengurus Javier Clemente untuk menghadapi saingan kelayakan UEFA Euro 2008 menentang Finland dan Portugal. Beliau membuat debut untuk Serbia ketika menentang Finland. Tošić menjaringkan gol antarabangsa buat pertama kalinya pada 12 Ogos 2009 menentang Afrika Selatan dalam perlawanan persahabatan. Beliau menjaringkan dua gol pada perlawanan itu, Serbia menang 3-1.

Beliau juga mewakili pasukan Serbia di Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan, kelayakan UEFA Euro 2012 dan Piala Dunia FIFA 2014.

Pasukan kebangsaan Serbia
Tahun Pmncln Gol
2007 4 0
2008 7 0
2009 6 3
2010 10 1
2011 10 3
2012 9 1
2013 7 0
2014 9 2
Jumlah 62 10

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 12 Ogos 2009 Stadium Lucas Masterpieces Moripe, Atteridgeville, Afrika Selatan  Afrika Selatan 0–1 1–3 Persahabatan
2. 12 Ogos 2009 Stadium Lucas Masterpieces Moripe, Atteridgeville, Afrika Selatan  Afrika Selatan 1–3 1–3 Persahabatan
3. 14 Oktober 2009 Stadium Sūduva, Marijampolė, Lithuania  Afrika Selatan 1–1 2–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
4. 3 Mac 2010 Stadium 5 Julai 1962, Algiers, Algeria  Algeria 0–3 0–3 Persahabatan
5. 9 Februari 2011 Stadium Bloomfield, Tel Aviv, Israel  Israel 0–1 0–2 Persahabatan
6. 25 Mac 2011 Stadion Crvena Zvezda, Belgrade, Serbia  Ireland Utara 2–1 2–1 Kelayakan UEFA Euro 2012
7. 6 September 2011 Stadium Partizan, Belgrade, Serbia  Kepulauan Faroe 2–0 3–1 Kelayakan UEFA Euro 2012
8. 11 September 2012 Stadium Karađorđe, Novi Sad, Serbia  Wales 2–0 6–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
9. 11 Oktober 2014 Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia  Armenia 1–1 1–1 Kelayakan UEFA Euro 2016
10. 14 November 2014 Stadium Partizan, Belgrade, Serbia  Denmark 1–0 1–3 Kelayakan UEFA Euro 2016

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga Piala Piala liga Benua Lain[26] Jumlah
Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Budućnost Banatski Dvor 2005–06 7 0 0 0 0 0 0 0 7 0
Banat Zrenjanin 2006–07 25 2 3 0 0 0 0 0 28 2
Jumlah 32 2 3 0 0 0 0 0 35 2
Partizan 2007–08 32 8 4 1 0 0 0 0 36 9
2008–09 17 6 1 1 7 2 0 0 25 9
Jumlah 49 14 5 2 7 2 0 0 61 18
Manchester United 2008–09 2 0 1 0 0 0 0 0 0 0 3 0
2009–10 0 0 0 0 2 0 0 0 0 0 2 0
Jumlah 2 0 1 0 2 0 0 0 0 0 5 0
Köln (pinjaman) 2009–10 13 5 1 0 0 0 0 0 0 0 14 5
CSKA Moscow 2010 15 3 3 0 12 4 0 0 30 7
2011–12 36 8 1 0 6 1 0 0 43 9
2012–13 25 3 1 0 2 0 0 0 28 3
2013–14 27 11 3 0 6 2 0 0 36 13
2014–15 17 3 1 1 2 0 0 0 20 4
Jumlah 120 28 9 0 28 7 0 0 157 35
Jumlah kerjaya 216 49 19 2 2 0 35 9 0 0 271 60

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Partizan
CSKA Moscow

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hereisthecity - What happened to Zoran Tosic after leaving Manchester United? Diarkibkan 2020-03-12 di Wayback Machine Retrieved 20 June 2012.
  2. ^ "United in £8m swoop for Serbian midfielder Tosic". Daily Mail. 22 November 2008. Dicapai pada 27 November 2008.
  3. ^ "Reds gain Tosic permit". Manchester Evening News. 28 November 2008. Dicapai pada 28 November 2008.
  4. ^ "Man Utd granted Tosic permit". Ontheminute.com. 28 November 2008. Dicapai pada 28 November 2008.
  5. ^ Coppack, Nick (28 November 2008). "Tosic granted work permit". ManUtd.com. Dicapai pada 17 March 2011.
  6. ^ "Man Utd sign up Tosic and Ljajic". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 2 January 2009. Dicapai pada 2 January 2009.
  7. ^ Hughes, Ian (24 January 2009). "Man Utd 2–1 Tottenham". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. Dicapai pada 24 January 2009.
  8. ^ McNulty, Phil (27 September 2009). "West Brom 0–5 Man Utd". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. Dicapai pada 13 February 2009.
  9. ^ Bartram, Steve (12 May 2009). "Reserves: Bolton 0 United 1". ManUtd.com. Manchester United. Dicapai pada 17 March 2011.
  10. ^ Bostock, Adam (26 July 2009). "Greentown 2 United 8". ManUtd.com. Manchester United. Dicapai pada 17 March 2011.
  11. ^ Swan, Criag (26 July 2009). "Serbia ace Zoran Tosic admits he regrets walking out on Manchester United". www.dailyrecord.co.uk. dailyrecord. Dicapai pada 6 Sep 2012.
  12. ^ Coppack, Nick (27 January 2010). "Tosic loaned to Cologne". ManUtd.com. Manchester United. Dicapai pada 17 March 2011.
  13. ^ "FC snatch away win". fc-koeln.de. 1. FC Köln. 30 January 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-11. Dicapai pada 27 March 2010.
  14. ^ "Hannover 96 1–4 FC Cologne". ESPN. ESPN Soccernet. 27 March 2010. Dicapai pada 27 March 2010.
  15. ^ "FC Cologne 0–3 Hertha Berlin". ESPN. ESPN Soccernet. 3 April 2010. Dicapai pada 3 April 2010.
  16. ^ "FC Cologne 2–0 Vfl Bochum". ESPN. ESPN Soccernet. 17 April 2010. Dicapai pada 17 April 2010.
  17. ^ Bostock, Adam (15 June 2010). "Tosic sale confirmed". ManUtd.com. Manchester United. Dicapai pada 17 March 2011.
  18. ^ "CSKA make Tosic swoop". Sky Sports. BSkyB. 15 June 2010. Dicapai pada 15 June 2010.
  19. ^ "Premier League – Tosic leaves United for CSKA Moscow". Eurosport. Yahoo! and Eurosport. 15 June 2010. Dicapai pada 15 June 2010.
  20. ^ http://www.soccerway.com/matches/2010/08/19/europe/uefa-cup/cska-moskva/anorthosis-famagusta-fc/999006/
  21. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-03. Dicapai pada 2014-12-07.
  22. ^ http://soccernet.espn.go.com/match/_/id/316169?cc=5901
  23. ^ http://soccernet.espn.go.c/match/_/id/339027?cc=5901[pautan mati kekal]
  24. ^ http://soccernet.espn.go.com/match/_/id/339072?cc=5901
  25. ^ "CSKA Moscow retain Russian title". ESPNFC. 15 May 2014. Dicapai pada 15 May 2014.
  26. ^ Termasuk kejohanan lain iaitu Perisai Komuniti FA, Piala Super UEFA, Piala Antarabenua, Piala Dunia Kelab FIFA

Templat:Skuad PFC CSKA Moscow