Neven Subotić

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Neven Subotić
Neven subotich.JPG
Maklumat peribadi
Nama penuhNeven Subotić
Tarikh lahir (1988-12-10) 10 Disember 1988 (umur 29)
Tempat lahirBanja Luka, RPS Yugoslavia
Ketinggian1.91 m (6 ft 3 in)
Posisi permainanBek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniBorussia Dortmund
Nombor4
Kerjaya remaja
1994–1999TSV Schwarzenberg
1999–2000Sparta United SC
2000–2001Impact United SC
2002–2003Manatee Magic SC
2003–2004Braden River SC
2004–2005IMG Soccer Academy
2006South Florida Bulls
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2006–20071. FSV Mainz 05 II23(3)
2007–20081. FSV Mainz 0534(4)
2008–Borussia Dortmund192(15)
2016–Borussia Dortmund II (dipinjam)2(1)
Pasukan kebangsaan
2005Amerika Syarikat B1710(0)
2006Amerika Syarikat B202(0)
2009–2013Serbia36(2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 28 November 2016.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 11 September 2013

Neven Subotić (Cyril Serbia: Heвeн Cубoтић; lahir 10 Disember 1988) merupakan pemain bola sepak Serbia yang kini bermain untuk Borussia Dortmund di posisi pertahanan.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Banja Luka, Yugoslavia. Ibu bapa beliau merupakan orang Serbia Bosnia. Bapa beliau berasal dari Kulaši dan ibu berasal dari Brestovo, Subotić menghabiskan masa kanak-kanaknya di Prnjavor. Pada 1990, ketika Subotić berusia dua tahun, bapa beliau ke Jerman untuk memperolehi pekerjaan. Pada tahun 1994, Perang Bosnia mula melanda dan beliau semasa lima tahun bersama keluarga mengikuti bapanya untuk menetap di Schömberg, Jerman. Subotić mula arif tentang bola sepak pada usia tujuh tahun dengan menyertai kelab tempatan, TSV Schwarzenberg.

Pada lewat 1990an, kebenaran keluarga Subotic di Jerman telah tamat dan beliau cuba mengelak untuk dihantar kembali ke Bosnia dan mereka bercadang untuk berpindah ke Ameirka Syarikat pada 1999. Mereka menetap di Salt Lake City, Utah, di mana ayah Subotić mempunyai sepupu yang menetap di sana. Subotic bermain bola sepak bersama kelab remaja Sparta Gold dan Impact Black.

Selepas dua tahun, keluarga beliau berpindah lagi, kali ini ke Bradenton, Florida dan kakak Subotic menyertai Akademi Tenis Nick Bollettieri. Bandar ini juga mempunyai kem untuk pasukan bawah-17 Amerika Syarikat. Subotic kemudian hanya berlatih di G.T. Bray Park dan beliau dapat menyertai pasukan itu selepas diajak oleh John Ellinger. Beliau pada masa itu tidak menarik beberapa kelab dan hanya bermain untuk Universiti South Florida.

Semasa bermain untuk bawah-17 di Belanda, beliau telah berjumpa dengan Steve Kelly, yang bertanya tentang rancangan kerjayanya dan menawarkan kemungkinan bermain di Eropah. Beliau akhirnya bermain untuk divisyen keempat Jerman, 1. FSV Mainz 05 II. Subotić memegang pasport Jerman, pasport Amerika, pasport Bosnia dan juga pasport Serbia.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

1. FSV Mainz 05[sunting | sunting sumber]

Subotić membuat debut profesional untuk kelab 1. FSV Mainz 05 pada perlawanan terakhir musim 20076-07 menentang Bayern Munich dan pasukannya tersingkir dari Bundesliga. Pada musim seterusnya di 2. Bundesliga, beliau telah bermain sebagai pertahanan terbaik dan pasukannya hanya ditembusi 37 gol. Pasukan beliau menduduki tepmpat keempat dan kehilangan tempat untuk kembali semula ke Bundesliga dengan ketinggalan dua mata.

Pada musim panas 2008, ketua jurulatih Mainz, Jürgen Klopp telah memperolehi kerja untuk melatih Borussia Dortmund dan beliau secara instrumental akan mengikuti ketua jurulatihnya.

Borussia Dortmund[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Jun 2008, Subotić telah menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Borussia Dortmund. Beliau membuat debut untuk kelabnya pada perlawanan tidak rasmi DFL-Supercup menentang Bayern Munich dan Dortmund menang 2–1. Pada Disember 2008, Subotić menjadi pemain ideal XI bersama pemain Lúcio dan Philipp Lahm pada separuh pertama musim 2008-09. Beliau telah menjaringkan enam gol pada musim tersebut.

Pada Jun 2009, beliau menandatangani kontrak baru yang membiarkan beliau kekal bersama Dortmund sehingga musim panas 2014. Pada musim 2009-10, Subotić menjadi salah satu daripada empat pemain di liga yang bermain setiap minit pada setiap perlawanan liga.

Pada 15 Disember 2010, Subotić menjaringkan gol pertamanya di kejohanan Eropah dengan menanduk masuk dari sepakan penjuru menentang Sevilla pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa, perlawanan berkesudahan seri 2-2.

Pada 27 Julai 2013, Subotić bersama pasukannya menjuarai DFL-Supercup 2013 selepas menang 4-2 ke atas Bayern Munich.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 4 April 2015
Kelab Musim Liga Piala Benua Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Jerman Mainz 05 II 2006–07 23 3 0 0 0 0 0 0 23 3
Jumlah 23 3 0 0 0 0 0 0 23 3
JermanMainz 05 2006–07 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0
2007–08 33 4 1 0 0 0 0 0 34 4
Jumlah 34 4 1 0 0 0 0 0 35 4
Jerman Borussia Dortmund 2008–09 33 6 3 0 2 0 0 0 38 6
2009–10 34 3 3 0 0 0 0 0 37 3
2010–11 31 1 2 1 8 1 0 0 41 3
2011–12 25 0 5 0 4 0 0 0 34 0
2012–13 25 3 4 0 11 0 1 0 41 3
2013–14 10 0 1 0 4 0 1 0 16 0
2014–15 24 1 2 0 6 0 0 0 32 1
Jumlah 182 14 20 1 35 1 2 0 239 16
Jumlah kerjaya 239 21 21 1 35 1 2 0 297 23

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Remaja[sunting | sunting sumber]

Subotić menjadi salah satu skuad yang dipilih oleh John Hackworth untuk Kejohanan Dunia B-17 FIFA 2005 pada September 2005 yang berlangsung di Peru. Semasa berusia 16 tahun, beliau bermain kesemua perlawnan peringkat kumpulan. Pada suku akhir menentang Belanda, di mana pasuakn AS tewas 2-0 dan tersingkir, beliau telah menerima kad merah pada minit ke-73.

Beliau juga telahpun membuat dua penapilan untuk pasukan bawah-20 Amerika Syarikat. has also made two appearances for the USA U-20 team. Beliau telah dikritik oleh Thomas Rongen, ketua jurulatih selepas tamat perlawanan persahabatan terakhirnya kerana bermain dengan kurang baik. Pada musim panas seterusnya, Rongen tidak memilih beliau untuk bermain di Piala Dunia B-20 2007 di Kanada dan memilih pemain pertahanan lain.

Senior[sunting | sunting sumber]

Subotić boleh memilih sama ada untuk mewakili Amerika Syarikat, Serbia ataupun Bosnia dan Herzegobina. Pada pertengahan Disember 2008, ketua jurulatih pasukan Sebria telah memberikan pilihan kepada Subotić untuk mewakili Serbia. Pada lewat Disember 2008, Subotić telah menotiskan kepada Persekutuan Bola Sepak AS tentang pernyataan beliau untuk pertukaran pasukan ke Serbia.

Pada 28 Mac 2009, Subotić membuat debut untuk pasukan kebangsaan Serbia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Romania dan Serbia menang 3-2. Beliau memasuki padang pada minit ke-65 menggantikan Marko Pantelić ketika Serbia mendahului 3-1. Pada 10 Jun 2009, Subotić menjaringkan gol pada perlawanan menentang Kepulauan Faroe, 2-0.

Pada kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan, beliau tidak diletakkan pada kesebelasan utama pada perlawanan pembukaan kumpulan menentang Ghana kerana Nemanja Vidić dan Aleksandar Luković dilihat pilihan yang sesuai diletakkan di bek tengah. Pada separuh masa kedua, Luković menerima kad kuning kedua dan dibuang padang memaksa jurulatih Antić memasukkan Subotić ke dalam perlawanan dengan baki 14 minit perlawanan.

Selepas Luković digantung satu perlawanan disebabkan kad merah, Subotić bermain pada perlawanan mesti menang menentang Jerman. Permainan yang sengit itu memecah kebuntuan apabila Serbia mendahului 1-0. Antara detik yang mengejutkan adalah tendangan penalti oleh Lukas Podolski dapat diselamatkan oleh Vladimir Stojković. Pada perlawanan terakhir menentang Australia, beliau hanya duduk di bangku simpanan kerana Luković kembali semula ke padang dengan menyaksikan skuad Serbia tersingkir selepas tewas 2-1 dari wakil Asia.

Subotić kembali bermain untuk Serbia di kelayakan UEFA Euro 2012. Selepas jurulatih baru, Dick Advocaat menyenaraikan skuad yang akan bertanding pada pusingan kelayakna menentang Armenia dan Albania, beliau mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Serbia
Tahun Kmncln Gol
2009 9 1
2010 11 0
2011 8 0
2012 3 1
2013 5 0
Jumlah 36 2

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 10 Jun 2009 Tórshavn, Kepulauan Faroe  Kepulauan Faroe 2–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia 2010
2 5 Jun 2012 Solna, Sweden  Sweden 1–1 1–2 Persahabatan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Borussia Dortmund

Pautan luar[sunting | sunting sumber]