Zubir Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Tuan

Zubir Ahmad
Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Kedah
Memegang jawatan
25 September 2023
TimbalanAbdul Razak Khamis
Didahului olehJuhari Bulat
Butiran peribadi
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PendidikanPMR
PekerjaanAhli Politik

Yang Berhormat Tuan Zubir bin Ahmad ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kedah pada 25 September 2023[1]. Beliau ialah Yang Dipertua Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Langkawi[2].

Politik[sunting | sunting sumber]

Pelantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Kedah 2023 menyaksikan telah berlakunya masalah dalaman Perikatan Nasional di Parlimen Langkawi. Perikatan Nasional telah mencalonkan wakil dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi kedua-dua DUN dalam Parlimen Langkawi iaitu Shamsilah Siru (DUN Ayer Hangat) dan Amar Pared Mahmud (DUN Kuah). Keputusan itu mendapat bantahan daripada anggota PAS di Langkawi. Ini kerana, pada pilihan raya parlimen 2022, wakil Bersatu telah dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Langkawi, iaitu Mohd Suhaimi Abdullah[3]. Sebagai tindak balas bantahan tersebut, dua orang pemimpin PAS peringkat kawasan iaitu timbalan yang dipertua PAS kawasan, Mazlan Ahmad (DUN Kuah) dan timbalan ketua pemuda PAS kawasan, Safwan Hanif Shafie (DUN Ayer Hangat) telah bertanding sebagai calon Bebas[4]. Keanggotaan kedua-dua calon Bebas ini daripada PAS telah gugur secara automatik[5]. Keputusan pilihan raya menyaksikan kedua-dua calon Bersatu menang[6]. Zubir yang merupakan yang dipertua PAS kawasan telah dilantik sebagai Yang di-Pertua DUN Kedah bagi menamatkan pertikaian dalaman yang tercetus. dan "diselesaikan dengan harmoni"[7].

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya ditandingi Zubir Ahmad[8][9]
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
2004 P4 Langkawi Zubir Ahmad PAS 5,738 Abu Bakar Taib BN (UMNO) 16,510 10,772
2008 N1 Ayer Hangat Zubir Ahmad PAS 5,753 Mohd Rawi Abd Hamid BN (UMNO) 6,888 1,135
2013 N1 Ayer Hangat Zubir Ahmad PAS 5,855 Mohd Rawi Abd Hamid BN (UMNO) 11,166 5,311
2018 P4 Langkawi Zubir Ahmad PAS 5,512 Mahathir Mohamad PH (Bersatu) 18,954 8,893
Nawawi Ahmad BN (UMNO) 10,061

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Yang Dipertua Pas Langkawi dipilih jadi Speaker DUN Kedah". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-09-25.
  2. ^ ABDULLAH, JAMLIAH (2023-09-25). "YDP Pas Langkawi dilantik Speaker DUN Kedah baharu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-09-25.
  3. ^ "Pas dakwa dikhianat Bersatu rebut DUN Ayer Hangat". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-24. Dicapai pada 2023-09-25.
  4. ^ Ikhsan, M. Hifzuddin (2023-07-31). "Sanusi gagal rundingan di Langkawi, pimpinan Pas bertanding calon Bebas". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-25.
  5. ^ NIZAM, FITRI (2023-08-01). "Dua pemimpin Pas Langkawi tanding Bebas letak jawatan, tinggalkan parti". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-09-25.
  6. ^ KOSMO! (2023-08-12). "PRN: Senarai penuh keputusan DUN Kedah". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-09-25.
  7. ^ HASHIM, ROSLINDA (2023-09-25). "Pelantikan Speaker dari Pas tamatkan isu dalaman PN di Langkawi". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-09-25.
  8. ^ "Undi.info - AYER HANGAT". undi.info. Dicapai pada 2023-09-25.
  9. ^ "Undi.info - LANGKAWI". undi.info. Dicapai pada 2023-09-25.