Juhari Bulat
Yang Berhormat Dato' Haji Juhari Bulat DSSS, AMK, BKM (Kedah) | |
---|---|
Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah | |
Memegang jawatan 25 Ogos 2020 | |
Didahului oleh | Dato' Ahmad Kasim |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Ayer Hangat | |
Memegang jawatan 2018 | |
Didahului oleh | Dato' Mohd. Rawi Abd. Hamid |
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 4 Julai 2018 – 24 Ogos 2020 | |
Didahului oleh | Dato' Azmi Che Hussain |
Digantikan oleh | Ustaz Ahmad Fadzli Hashim |
Butiran peribadi | |
Lahir | Padang Matsirat, Langkawi, Kedah | 7 November 1957
Parti politik | ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() ![]() |
YB Dato' Haji Juhari Bulat adalah Speaker[1] yang dilantik pada 2020 dan merupakan mantan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah[2] yang telah dilantik pada tahun 2018. Beliau juga merupakan ADUN Ayer Hangat setelah memenanginya pada Pilihan raya umum Malaysia 2018[3] lalu.
Politik[sunting | sunting sumber]
UMNO[sunting | sunting sumber]
Beliau pernah menjawat jawatan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Langkawi selama 13 tahun sebelum dilantik AJK UMNO Bahagian pada 2004 hingga 2008[4].
BERSATU[sunting | sunting sumber]
Beliau adalah muka baharu yang bertanding untuk kerusi DUN Ayer Hangat, Kedah dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018. Beliau telah menang dalam pertandingan 3 penjuru menentang penyandang, Dato' Mohd. Rawi Abd. Hamid (BN) dan Azlina Azinan (PAS) pada PRU 14 lalu.[5]
Beliau seterusnya dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kedah. Setelah kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kedah[6] di bawah kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai oleh Parti Islam Se-Malaysia.
Selain daripada itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi sebelum digantikan oleh Dato' Mohd Suhaimi Abdullah yang telah tamat tempoh menjawat jawatan sebagai Ahli Dewan Negara Malaysia yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Kedah.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Juhari Bulat di Facebook - Laman Facebook
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Juhari dilantik Speaker DUN Kedah
- ^ Profil Timbalan Speaker DUN Kedah
- ^ Calon DUN Ayer Hangat, Kedah
- ^ "Juhari Bulat". PRU di Sinar. Dicapai pada 13 Julai 2021.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14: Kedah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-28. Dicapai pada 2019-08-28.
- ^ Juhari Bulat dilantik Speaker DUN Kedah baharu
![]() ![]() | Rencana berkenaan ahli politik di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |