Acha Septriasa
Acha Septriasa atau nama penuhnya Jelita Septriasa (lahir 1 September 1989 di Jakarta, Indonesia) merupakan seorang pelakon dan penyanyi. Cahaya mata kepada pasangan Sagitta Ahimsha dan Rita Emza ini lebih mesra disapa sebagai Acha sahaja.
Irwansyah yang sering menjadi gandingannya merupakan kekasihnya. Beliau juga ada berlakon dalam drama yang sedang ditayangkan di RTM 1, iaitu "Andaiku Tahu" bersama kekasihnya, Irwansyah. Raffi Ahmad dan Inneke Koesherawati. Beliau bakal menuntut di Universiti LimKokWing, Cyberjaya pada Februari 2008. Irwansyah & Acha pernah mempunyai hubungan asmara tetapi sudah putus tanpa sebab yang pasti. Namun, Irwansyah & Acha masih lagi memakai cincin "cinta" yang pernah mereka pakai sewaktu berkasih dahulu.
[sunting] Kerjaya
Beliau yang beragama Islam pernah membintangi filem "Heart", "Love is Cinta" dan "Love" serta drama "Andai Ku Tahu".
Acha turut menyanyi dan lagu beliau dikeluarkan bersama album yang bertajuk "Heart OST", "Love is Cinta OST" dan "Hikayah Ramadhan" (bersama Irwansyah). Antara lagu terkenal beliau ialah "Berdua Lebih Baik", "Sampai Menutup Mata", "My Heart" (duet bersama Irwansyah) dan "Ada Cinta" (duet bersama Irwansyah).
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |