Wan Azizah Wan Ismail
| Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail |
|
|
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
|
|
| Tempoh berjawat 8 Mac 2008 – 31 Julai 2008 |
|
|
Presiden Parti Keadilan Rakyat
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 1999 |
|
| Didahului oleh | - |
|---|---|
|
|
|
| Tempoh berjawat 29 November 1999 – 31 Julai 2008 |
|
| Didahului oleh | Datuk Seri Anwar Ibrahim |
| Majoriti | 13,388 |
|
|
|
| Parti politik | |
| Pasangan | Datuk Seri Anwar Ibrahim |
| Anak | Nurul Izzah Anwar |
| Agama | Islam |
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (lahir 1952) merupakan ahli politik dan merupakan presiden Parti Keadilan Rakyat, yang mana beliau telah tubuhkan di Malaysia. Beliau juga merupakan isteri kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, yang beliau telah kahwini dalam tahun 1980. Pada 2004 mereka mempunyai enam anak: lima perempuan dan seorang lelaki.
Isi kandungan |
[sunting] Kehidupan awal
Dilahirkan pada 1952, Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Ireland di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik and ginekologi dan kemudian menjadi seorang pakar oftalmologi. Beliau telah berhenti daripada kerjaya beliau dalam tahun 1993 apabila suaminya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Wan Azizah mewarisi keturunan Peranakan Cina dari datuk sebelah ayahnya.
[sunting] Kerjaya politik
Beliau telah menyertai pilihan raya pertama bagi kerusi parlimen Permatang Pauh dalam tahun 1999, yang mana beliau telah menang menewaskan Dato' Seri Ibrahim Saad dengan satu majoriti 9077 undi. Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihan raya seterusnya dalam tahun 2004 dengan majoriti kecil selepas beberapa kali kiraan semula. Beliau menewaskan Ustaz Firdaus.
Dan pada 8 Mac 2008, sekali lagi menentang Ustaz Firdaus sekali lagi beliau mempertahankan kerusi Permatang Pauh mewakili Parti KeADILan Rakyat, selaku parti komponen Pakatan Rakyat, yang juga disertai oleh PAS dan DAP. Beliau juga adalah mantan Ketua Pembangkang Malaysia.
[sunting] Meletak jawatan
Beliau telah meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang pauh pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil.[1][2]
[sunting] Rujukan
- ↑ Permatang Pauh: Presiden letak jawatan, Anwar tanding, Suara KeADILan online
- ↑ Wan Azizah Kosongkan Kerusi Permatang Pauh Untuk Beri Laluan Kepada Anwar, Bernama