Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau
Bandara Internasional Minangkabau
Minangkabau Airport.JPG
IATA: PDGICAO: WIPT
Rumusan
Jenis lapangan terbang Awam
Pengendali PT Angkasa Pura II
Destinasi Padang, Sumatra Barat, Indonesia
Lokasi Ketaping, Padang Pariaman
Ketinggian AMSL 18 ft / 5 m
Laman sesawang MinangkabauAirport.com
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
15/33 2,749 9,020 Asfalt

Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau (IATA: PDGICAO: WIPT) merupakan lapangan terbang sipil bagi daerah Sumatra Barat di pulau Sumatra, Indonesia. Lapangan terbang ini terletak lebih kurang 23 km dari kota Padang, di Ketaping, Kabupaten Padang Pariaman dan mempunyai sebuah stesen terminal yang menyelunsuri penerbangan di dalam dan luar negara.

Lapangan terbang ini memiliki 17 buah kaunter pendaftaran penumpang, 5 tali sawat penyampai dan 9 kaunter jualan tiket.[1] Terdapat rencana untuk memanjangkan lagi landasan kapal terbang sebanyak 250 meter supaya ia dapat menampungi pesawat Boeing 747, dan juga untuk menyambung lapangan terbang ini dengan kota Padang melalui perkhidmatan kereta api.

Nama lapangan terbang ini diambil dari nama suku kaum terbesar di provinsi tersebut, iaitu Minangkabau. Lapangan terbang ini mula beroperasi sejak Julai 2005, menggantikan lapangan terbang yang lama, Tabing di Padang, Indonesia, yang sekarang menjadi pengkalan Tentera Udara Indonesia.

Penerbangan dan destinasi[sunting | sunting sumber]

Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau

Berikut merupakan senarai destinasi yang dilayani dari lapangan terbang ini (sejak Februari 2007):

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. PT Angkasapura II - Kemudahan Lapangan Terbang Minangkabau

Pautan luar[sunting | sunting sumber]