Lapangan Terbang Changi Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Singapore Changi Airport
Lapangan Terbang Changi Singapura
新加坡樟宜机场 (Xīnjiāpō Zhāngyí Jīchǎng)
சிங்கப்பூர் சாங்கி வானூர்தி நிலையம்
Logo Lapangan Terbang Changi.png
Singapore Changi Airport, Control Tower 2, Dec 05.JPG
Menara kawalan berikon Lapangan Terbang Changi Singapura
IATA: SINICAO: WSSS
Rumusan
Jenis lapangan terbang Awam/Ketenteraan
Pemilik Kerajaan Singapura
Pengendali Civil Aviation Authority of Singapore/
Tentera Udara Republik Singapura
Destinasi Singapura
Lokasi Changi, East Region
Ketinggian AMSL 7 m / 22 ft
Koordinat 01°21′33″N 103°59′22″E / 1.35917°U 103.98944°T / 1.35917; 103.98944Koordinat: 01°21′33″N 103°59′22″E / 1.35917°U 103.98944°T / 1.35917; 103.98944
Laman sesawang www.changiairport.com
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
02L/20R 4,0001 13,123 Concrete
02C/20C 4,000 13,123 Concrete
02R/20L2 2,750 9,022 Asphalt
Statistik (2006)
Gerakan penumpang 35,033,000
Gerakan pengangkutan udara dalam ton 1,911,000
Gerakan pesawat 214,000
Sources: airport website,[1], CAAS AIP.[2]

Lapangan Terbang Changi Singapura (Cina: 新加坡樟宜机场; pinyin: Xīnjiāpō Zhāngyí Jīchǎng; Inggeris: Singapore Changi Airport; Tamil: சிங்கப்பூர் சாங்கி விமானநிலையம்) atau secara ringkas, Lapangan Terbang Changi (IATA: SIN, ICAO: WSSS) adalah salah sebuah pusat penerbangan yang utama dalam Asia. Ia terletak di kawasan Changi di bahagian timur Singapura, sekitar 20 km (12 batu) dari Singapura pusat. Dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), Lapangan Terbang Changi merupakan pengkalan untuk Singapore Airlines dan mengendali 78 sistem penerbangan yang lain. Ia merupakan pusat kepada empat ribu penerbangan setiap minggu yang menuju ke 177 destinasi di seluruh dunia. Changi Airport mempunyai sekitar 13,000 orang kakitangan. Selain daripada menjadi pusat trafik penumpang yang penting, ia juga merupakan salah satu lapangan terbang kargo yang tersibuk di dunia dengan pengendalian 1,780,000 tan kargo pada 2004.

Lapangan terbang ini sedang mengalami pertumbuhan yang pesat. Pada tahun 2005, ia telah mengendali sekitar 32.43 juta penumpang, sebuah peningkatan 7% daripada tahun sebelumnya. Ini menjadikan ia lapangan terbang paling sibuk ke-26 di dunia dan ke-6 paling sibuk di Asia menurut jumlah penumpang. Insentif seperti Air Hub Development Fund yang diperkenalkan pada 2003, terbukti berkesan dalam menarik lebih banyak syarikat penerbangan ke sini. Sebuah dana baru berjumlah S$300 telah diagihkan untuk 2007 bagi memperkuatkan lagi status hab Changi apabila dana yang kini tamat pada 2006. Changi juga sedang menarik lebih banyak syarikat penerbangan kos rendah untuk menggunakan kemudahannya di Terminal Bajet yang telah dibina dengan harga 45 juta dolar dan dibuka pada 26 Mac 2006. Kejayaan berterusan dan pertumbuhan syarikat penerbangan Singapura, Singapore Airlines di arena penerbangan antarabangsa dan juga kemudahan yang banyak yang terdapat di lapangan terbang ini yang sering menjadi sebab utama kenapa ia sering dipilih sebagai salah satu lapangan terbang yang terbaik di dunia.

Namun pada tahun 2011, Lapangan Terbang Changi menjadi lapangan terbang paling sibuk di dunia dalam mengendalikan pesawat jenis Airbus A380. Lebih 200 penerbangan menggunakan pesawat keluaran syarikat Airbus itu dilakukan ke 10 bandar utama di seluruh dunia pada setiap minggu.

Menteri Pengangkutan Singapura, Lui Tuck Yew berkata, perkembangan rangkaian pengangkutan udara di negara Singapura menyaksikan Changi menjadi medium utama apabila mengendalikan lebih 6,000 penerbangan setiap minggu sejak November 2011.

Pada tahun 2011, Lapangan Terbang Changi telah menerima 23 anugerah dan masih memegang gelaran lapangan terbang paling banyak menerima anugerah di dunia.[3]

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Terminal penumpang[sunting | sunting sumber]

Syarikat penerbangan dan destinasi[sunting | sunting sumber]

Syarikat penerbangan dan destinasi keluar dari Terminal 1
Syarikat penerbangan Destinasi
Air China Beijing, Chengdu, Xiamen
Air France Paris-Charles de Gaulle
Air India Delhi, Mumbai
Air India Express Chennai, Kolkata, Tiruchirapalli
Air Mauritius Kuala Lumpur, Mauritius
Air Niugini Port Moresby
Air Seychelles Mahé, Malé
Air Zimbabwe Beijing, Harare
AirAsia Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu
Asiana Airlines Seoul-Incheon
Bangkok Airways Koh Samui
Best Air Dhaka
Biman Bangladesh Airlines Bangkok-Suvarnabhumi, Dhaka
British Airways London-Heathrow, Sydney
Cathay Pacific Airways Bangkok-Suvarnabhumi, Colombo, Hong Kong
China Airlines Kaohsiung, Taipei-Taoyuan
China Southern Airlines Guangzhou, Shenyang
Emirates Airline Auckland, Brisbane, Colombo, Dubai, Melbourne
EVA Air Taipei-Taoyuan
Garuda Indonesia Beijing, Denpasar/Bali, Ho Chi Minh City, Jakarta-Soekarno-Hatta, Medan, Pekanbaru, Semarang, Shanghai-Pudong, Surabaya, Yogyakarta
Indian Airlines Bangalore, Bangkok-Suvarnabhumi, Chennai, Delhi
Indonesia AirAsia Pekanbaru
Japan Airlines Kuala Lumpur, Osaka-Kansai, Tokyo-Narita
Jetstar Airways Cairns, Darwin, Perth
Jetstar Asia Airways Bangkok-Suvarnabhumi, Ho Chi Minh City, Hong Kong, Kuala Lumpur, Kuching [begins 1 March], Kota Kinabalu, Manila, Macau, Phnom Penh, Siem Reap, Taipei-Taoyuan, Yangon
KLM Amsterdam
Korean Air Seoul-Incheon
Lion Air Denpasar/Bali, Ho Chi Minh City, Jakarta-Soekarno-Hatta
Northwest Airlines Tokyo-Narita
Qantas Airways Adelaide, Brisbane, Denpasar/Bali, Frankfurt, London-Heathrow, Melbourne, Perth, Sydney
Saudi Arabian Airlines Jakarta-Soekarno-Hatta, Jeddah, Riyadh
SriLankan Airlines Colombo
Swiss International Air Lines Bangkok-Suvarnabhumi, Zürich
Thai AirAsia Bangkok-Suvarnabhumi, Phuket
Thai Airways International Bangkok-Suvarnabhumi
Transaero Denpasar/Bali, Moscow-Domodedovo
Turkish Airlines Istanbul-Atatürk
Valuair Denpasar/Bali, Jakarta-Soekarno-Hatta, Medan, Surabaya
Vietnam Airlines Hanoi, Ho Chi Minh City
Xiamen Airlines Fuzhou, Hangzhou, Tianjin, Xiamen


Syarikat penerbangan dan destinasi keluar dari Terminal 2
Syarikat penerbangan Destinasi
All Nippon Airways Tokyo-Narita
Etihad Airways Abu Dhabi, Brisbane
Lufthansa Frankfurt, Jakarta-Soekarno-Hatta, Munich
Malaysia Airlines Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuching, Langkawi, Penang
Philippine Airlines Jakarta-Soekarno-Hatta, Manila
Royal Brunei Airlines Bandar Seri Begawan
Shenzhen Airlines Nanning
SilkAir Balikpapan, Cebu, Chengdu, Chiang Mai, Chongqing, Coimbatore, Da Nang, Davao, Dili, Kaohsiung, Kathmandu, Kochi, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuching, Kunming, Langkawi, Makassar [begins early of 2009], Manado, Mataram, Medan, Palembang, Phnom Penh, Phuket, Shenzhen, Siem Reap, Solo, Surabaya, Thiruvananthapuram, Xiamen, Yangon
Singapore Airlines Abu Dhabi, Ahmedabad, Amritsar [ends 1 February], Bandar Seri Begawan, Bangalore, Bangkok-Suvarnabhumi, Cairo, Cape Town, Chennai, Colombo, Denpasar/Bali, Delhi, Dhaka, Dubai, Hanoi, Ho Chi Minh City, Houston-Intercontinental, Hyderabad, Istanbul-Atatürk, Jakarta-Soekarno-Hatta, Jeddah, Johannesburg, Karachi, Kolkata, Kuala Lumpur, Kuwait [Begins 15 March 2009] Lahore, Malé, Manila, Moscow-Domodedovo, Mumbai, Penang, Riyadh, Tokyo-Narita
Sriwijaya Air Jakarta-Soekarno-Hatta
Syarikat penerbangan dan destinasi keluar dari Terminal 3
Syarikat penerbangan Destinasi
China Eastern Airlines Kunming, Shanghai-Pudong
Jet Airways Chennai, Delhi, Mumbai
Kingfisher Airlines Mumbai [begins 13 January]
Qatar Airways Doha, Jakarta-Soekarno-Hatta
Singapore Airlines Adelaide, Amsterdam, Athens, Auckland, Barcelona, Beijing, Brisbane, Christchurch, Copenhagen, Frankfurt, Fukuoka, Guangzhou, Hong Kong, London-Heathrow, Los Angeles, Manchester, Melbourne, Milan-Malpensa, Nagoya-Centrair, Nanjing, New York-JFK, Newark, Osaka-Kansai, Paris-Charles de Gaulle, Perth, Rome-Fiumicino, San Francisco, Seoul-Incheon, Shanghai-Pudong, Sydney, Taipei-Taoyuan, Tokyo-Narita, Vancouver, Zürich
United Airlines Chicago-O'Hare, Hong Kong, Tokyo-Narita, Washington-Dulles
Syarikat penerbangan dan destinasi keluar dari Budget Terminal
Syarikat penerbangan Destinasi
Cebu Pacific Cebu, Davao, Manila, Manila-Clark
Tiger Airways Bangalore, Bangkok-Suvarnabhumi, Chennai, Chiang Mai, Guangzhou, Hanoi, Haikou, Ho Chi Minh City, Krabi, Kuching, Kuala Lumpur, Manila-Clark, Macau, Padang, Perth, Phuket, Shenzhen, Xiamen
Syarikat penerbangan dan destinasi keluar dari Freight Terminal
Syarikat penerbangan Destinasi
Air Hong Kong Hong Kong
Asiana Cargo Seoul-Incheon
Cargolux Amman, Auckland, Baku, Chennai, Damascus, Kuala Lumpur, Los Angeles, Luxembourg, Melbourne
Cathay Pacific Cargo Hong Kong, Penang
China Airlines Cargo Taipei-Taoyuan
China Cargo Airlines Shanghai-Pudong
EVA Air Cargo Ho Chi Minh City, Jakarta-Soekarno-Hatta, Penang, Taipei-Taoyuan
FedEx Express Anchorage, Cebu, Jakarta-Soekarno-Hatta, Memphis, Newark, Osaka-Kansai, Penang, San Francisco, Shanghai-Pudong, Subic, Tokyo-Narita
JAL Cargo Bangkok-Suvarnabhumi, Tokyo-Narita
Jett8 Airlines Cargo Dubai, Hong Kong, Luxembourg, Manchester
Korean Air Cargo Seoul-Incheon
Lufthansa Cargo Bahrain, Delhi, Leipzig/Halle
KLM Cargo Amsterdam, Dubai, Penang
Nippon Cargo Airlines Bangkok-Suvarnabhumi, Osaka-Kansai, Tokyo-Narita
Shanghai Airlines Cargo Ho Chi Minh City, Shanghai-Pudong
Singapore Airlines Cargo Adelaide, Amsterdam, Anchorage, Auckland, Bangalore, Brussel, Chennai, Chicago-O'Hare, Copenhagen, Dallas/Fort Worth, Delhi, Dubai, Frankfurt, Hanoi, Hong Kong, Johannesburg, Kolkata, Leipzig/Halle, London-Heathrow, Los Angeles, Macau, Melbourne, Mumbai, Nairobi, Nanjing, Osaka-Kansai, Shanghai-Pudong, Sharjah, Sydney, Tianjin, Tokyo-Narita, Xiamen
Swiss World Cargo Zürich
TNT Airways Liège, Shanghai-Pudong
United Parcel Service Bangkok-Suvarnabhumi, Cologne, Dubai, Guangzhou, Hong Kong, Manila-Clark, Mumbai, Sydney, Taipei-Taoyuan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Singapore Changi Airport official web site
  2. AIP SINGAPORE WSSS AD 2-1 10 MAY 07, AIP SINGAPORE WSSS AD 2-11 18 JAN 07, AIP SINGAPORE WSSS AD 2-31 20 DEC 07
  3. Utusan-Online: Lapangan Terbang Changi paling sibuk di dunia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]