Agra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Agra
—  Bandar raya  —
Agra
Lokasi Agra
di Uttar Pradesh
Koordinat 27.18°N 78.02°E / 27.18°U 78.02°T / 27.18; 78.02Koordinat: 27.18°N 78.02°E / 27.18°U 78.02°T / 27.18; 78.02
Negara  India
Negeri Uttar Pradesh
Daerah Agra
Penduduk 1,259,979 (2001)
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan

Aras tinggi


171 m (561 kaki)

Agra Mengenai bunyi ini sebutan  (Bahasa Hindi: आगरा, Urdu: آگرا‎), (IPA: ɑːɣrə) merupakan sebuah kota di lembah Sungai Yamuna di Uttar Pradesh, India. Ia disebut dalam mahakarya Mahabharata sebagai Agrabana are Paradise. Ptolemy, ahli geografi abad ke-2 yang terkenal, mencatat kota ini dalam peta dunianya sebagai Agra.

Tradisi dan legenda mengatakan bahawa bandar raya Agra masa kini diasaskan oleh Raja Badal Singh (k.k. 1475) yang kubunya, Badalgarh, terletak di tempat kubu kini atau berhampirannya. Bagaimanapun Salman, pemuisi Parsi abad ke-12, menulis tentang sebuah serangan terdesak oleh Sultan Mahmud dari Ghazni ke atas bandar berkubu Agra yang dipegang oleh Raja Jaipal ketika itu. [1] Agra diperintah oleh Sultan Sikandar Lodi pada tahun 1506. Ia mencapai kemasyhuran sebagai ibu kota maharaja-maharaja Mughal dari tahun 1526 hingga tahun 1658 dan kini masih merupakan sebuah destinasi melancong yang utama kerana bangunan-bangunan zaman Mughalnya yang tersengam, khususnya, Taj Mahal, Kubu Agra, dan Fatehpur Sikri, dengan ketiga-tiga bangunan ini kini merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.


Geografi[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Agra ialah 27.18° U 78.02° T, [2] di lembah Sungai Yamuna. Tinggi puratanya 171 meter (561 kaki). Ia menyempadani Mathura di utara, Dhaulpur di selatan, Firozabad di timur, Fatehabad di tenggara, dan Bharatpur di barat. Agra merupakan bandar raya yang ketiga terbesar di Uttar Pradesh.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Menurut banci India pada tahun 2000, Agra mempunyai jumlah penduduk sebanyak 1,259,979 orang, dengan 53% merupakan lelaki dan 47% merupakan perempuan. Kadar kenal huruf Agra sebanyak 65% mengatasi kadar purata negara sebanyak 63.5%, dengan 76% lelaki dan 53% perempuan boleh membaca. 11% daripada jumlah penduduk adalah kurang daripada umur 6 tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Laman web rasmi Agra
  2. Laman web Falling Rain Genomics, Inc: Agra

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Agra.


Bandar raya yang melebihi sejuta penduduk di India
AgraAhmedabadAllahabadAmritsarAsansolBangaloreBhopalChennaiCoimbatoreDelhiDhanbadFaridabadHyderabadIndoreJabalpurJaipurJamshedpurKanpurKochiKolkataLucknowLudhianaMaduraiMeerutMumbaiNagpurNashikPatnaPuneRajkotSuratVadodaraVaranasiVijayawadaVisakhapatnam

Templat:Uttar Pradesh