Ahmad Busu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ahmad Busu
Kelahiran 1952
Meninggal dunia Oktober 2013 (berumur 2001–2002)
Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
Pasangan Seri Mohamad (1983- kini)
Anak Nur Hamizah
Mohd Afiq
Muhammad Luqman
Nurhanis

Allahyarham Ahmad Busu merupakan seorang pelawak dan pelawak di Malaysia yang cukup popular di era 1990an. Popularitinya memuncak ketika beliau muncul serentak dalam 3 buah sitkom popular iaitu Pi Mai Pi Mai Tang Tu (PMPMTT), 2+1 dan Camni Camtu.

Permulaan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Biarpun memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978, namun jiwa komedi yang mengalir dalam dirinya tetap utuh.Pernah mencuba untuk berlakon serius namun, lama kelamaan watak yang dipegangnya masih menjurus ke arah komedi. Ketika itu Ahmad Busu masih bekerja di Lembaga Pelabuhan Klang dan lakonan pentas dijadikan sebagai minat dan kerjaya sambilan sehinggalah pementasan teater komedi Kampung Sri Wangi pada tahun 1983 membawa tuah kepadanya. Teater tersebut menarik minat stesen TV3 untuk dijadikan sitkom TV berjudul Pi Mai Pi Mai Tang Tu[1] pada 1985. Sitkom ini bertahan selama 18 tahun sehingga 2003 dan menjadi sitkom paling lama bertahan di Malaysia.

Puncak populariti[sunting | sunting sumber]

Karekter Mat Deris yang dibawanya dalam siri PMPMTT begitu melekat di hati peminat sepanjang dekad 1990an. Beliau pernah 5 kali dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Artis Komedi Lelaki Popular (ABPBH) iaitu pada 1993, 1994, 1995, 1996/97 dan 1998/99. Sering digandingkan dengan pelawak Imuda, mereka berdua adalah gandingan pelawak yang cukup serasi pada era itu. Beliau pernah dicalonkan sebagai Artis Komedi Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1999.

Beliau juga pernah melibatkan diri dalam aktiviti merakamkan lagu-lagu komedi antaranya Kisah Seorang Bujang yang menampilkan rakan pelawak Sabri Yunus. Di dalam budaya pop Malaysia sendiri Ahmad Busu adalah individu yang mempopularkan frasa "Mengancam!" yang cukup popular di era 1990an hingga kini bagi menggambarkan kecantikan dan keseksian wanita. Frasa itu sering digunakan dalam sitkom PMPMTT. [2]. Dia juga popular menerusi tagline "Salaaaaammm....This is my card" dalam siri komedi 2+1. Selepas era 90an, beliau beralih dari lakonan sitkom di kaca TV ke layar perak dan membintangi beberapa drama seiring dengan perubahan usianya.

Album studio[sunting | sunting sumber]

Ahmad Busu dan Sabri Yunus bergandingan pada tahun 1995 merakamkan album istimewa sempena perayaan Aidilfitri yang serentak dengan sambutan Tahun Baharu Cina. Album yang diberi judul Jangan Mercun! Kongsi, Kongsi, Kongsilah menampilkan 10 lagu baru dan duo ini popular dengan lagu Kisah Seorang Bujang.
Runut

  1. Kongsi, Kongsi, Kongsilah (2:40)
  2. Jangan Main Mercun (4:00)
  3. Dikir Raya (4:14)
  4. Kisah Seorang Bujang (4:30)
  5. Sketsa Malam Raya (2:00)
  6. Raya Sakan (4:25)
  7. Jom-jom Balik (1:50)
  8. Selamat Hari Raya (4:14)
  9. Halalkan (4:30)
  10. Anak Bulan (3:00)

Filem[sunting | sunting sumber]

  • Imigran - (1993)
  • Aku Kaya The Movie - (2003)
  • Kayangan - 2006
  • Dunia Baru The Movie - 2008
  • Syyhh ...Dia Datang (TBR)

VCD[sunting | sunting sumber]

  • Aku Kaya

Sitkom[sunting | sunting sumber]

Persaraan[sunting | sunting sumber]

Namun kini, di dalam usia senja Ahmad Busu semakin hilang taringnya. Apatah lagi dia kini menderita pelbagai penyakit seperti diabetes, membuatkan dia lebih selesa menghabiskan kebanyakan masa senggangnya di rumah bersama keluarga di Taman Sri Andalas, Kelang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada September 2009, beliau telah diserang angin ahmar dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) .[4] Ahmad Busu yang telah pun meninggal dunia pada 10 November 2013. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.[5] [6] Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, selepas di sembahyangkan di Surau An-Na'im di Taman Seri Andalas di sini pada pukul 9.50 pagi. Selain ahli keluarga, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah rakan Allahyarham seperti Datuk Jamali Shahadat, Nash, Datuk Baharuddin Omar, Datuk D J Dave dan Imuda.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]