Nashrudin Elias
| Nash | |
|---|---|
| Lahir | Jamaludin bin Elias 4 Oktober 1959 |
| Anak | Fareena Nasha, Najeeha Nasha, Mohamed Shamer Nasha, Jasmen Hanis Nasha |
Nashrudin Elias (lahir 4 Oktober 1959) atau lebih dikenali sebagai Nash adalah seorang penyanyi di Malaysia yang popular dengan lagu Pada Syurga Di Wajahmu. Beliau merupakan vokalis bagi kumpulan Lefthanded.
Nama sebenarnya ialah Jamaludin bin Elias. Nashrudin Elias dilahirkan di Muar, Johor dan mempunyai empat orang anak iaitu Fareena Nasha, Najeeha Nasha, Mohamed Shameer Nasha dan Jasmen Hanis Nasha. Beliau pernah berkahwin dengan Hayati Mohd Yusuf tetapi bercerai dan kemudian berkahwin dengan Sosilawati Lawiya, seorang pengusaha produk kecantikan terkenal pada November 2006. Beliau juga merupakan YDP PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7, Shah Alam..
Nash pernah membintangi filem Memori pada 1991,memegang watak sebagai Helmi. Beliau juga pernah merakamkan album solonya dan terkenal dengan lagu Pada Syurga Di Wajahmu. Beliau juga pernah berlakon dalam drama Si Gagah arahan Harun Salim Bachik. Pada tahun 2012, beliau muncul dalam filem Aku, Kau dan Dia bersama Remy Ishak. Beliau pernah berlakon dalam drama bersiri Tanah Kubur dalam episod "Anak Angkat" bersama Nasir Bilal Khan.