Aliran Metropolitan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Aliran Metropolitan
Metropolitan line flag box.png
Warna dalam peta Magenta Korporat
Tahun dibuka 1863
Jenis aliran Aras permukaan
Pusingan simpanan
(Rolling stock)
A62 Stock dan
S Stock
Stesen dalam
perkhidmatan
34
Panjang 66.7 km (41.4 batu)
Depoh Neasden
Bilangan penumpang 58 juta (2002)
(setahun)
Perkhidmatan kereta api
Transport for London
Aliran kereta api London Underground
  Aliran Bakerloo
  Aliran Central
  Aliran Circle
  Aliran District
  Aliran Hammersmith & City
  Aliran Jubilee
  Aliran Metropolitan
  Aliran Northern
  Aliran Piccadilly
  Aliran Victoria
  Aliran Waterloo & City
Aliran-aliran lain
  Docklands Light Railway
  Tramlink
  London Overground

Aliran Metropolitan merupakan salah satu daripada perkhidmatan London Underground. Aliran ini diwarnakan dengan warna magenta korporat dalam peta London Underground dan peta-peta lain. Dibuka pada 10 Januari 1863, aliran Metropolitan merupakan perkhidmatan kereta api bawah tanah yang pertama di dunia, namun pada hari ini, sebahagian perkhidmatan asal aliran ini diubah menjadi sebahagian perkhidmatan aliran Hammersmith & City, Circle dan District. Perkhidmatan utama yang disediakan oleh aliran ini ialah dari Aldgate di kota London ke Amersham. Di samping itu, perkhidmatan aliran Metropolitan juga mempunyai cabang perkhidmatan ke Uxbridge, Watford dan Chesham. Hanya sembilan buah stesen yang berada di dalam tanah daripada keseluruhan 34 buah stesen. Dalam sistem London Underground, aliran Metropolitan mencatatkan aliran kesembilan yang paling banyak digunakan.[1]

Aliran ini menyediakan perkhidmatan ke semua stesen, yang juga dirujuk sebagai perkhidmatan separa pantas. Kadangkala terdapat juga perkhidmatan pantas (ekspres) ke Amersham, dengan melangkaui beberapa buah stesen. Hal ini dapat dimungkinkan dengan penggunaan landasan empat lorong di antara stesen Wembley Park dan stesen Moor Park. Stesen penghujung bagi aliran ini ialah Aldgate tetapi kebanyakan perkhidmatan kereta api menamatkan perjalanan di Baker Street.

Dalam perkhidmatan London Underground, aliran Metropolitan merupakan aliran terpantas. Kelajuan yang boleh dicapai dalam perkhidmatan pantas selepas stesen Harrow-on-the-Hill ke Amersham ialah 110 km/j pada sekitar lewat 1990-an dan awal 2000. Namun begitu, kelajuannya telah dihadkan kepada 80 km/j.

Selain aliran Central, aliran Metropolitan merupakan antara perkhidmatan London Underground yang mempunyai stesen di luar lingkungan Greater London dan Jalan Lingkaran M25.

Pusingan simpanan (rolling stock) dalam kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kereta api di sebelah kiri ialah Gerabak A Stock dalam aliran Metropolitan, manakala gerabak kereta api yang lebih kecil ialah gerabak Tube Stock 1973 dalam aliran Piccadilly
S Stock baharu aliran Metropolitan di Northwood

Pusingan simpanan yang digunakan pada sekarang ialah A Stock yang dihasilkan oleh Cravens di Sheffield. Gerabak ini juga digunakan dalam Aliran London Timur sehingga tahun 2007. Badan gerabak-gerabak ini pada asalnya tidak dicat, tetapi mendapat sentuhan skema warna seragam Underground — biru, putih dan merah. S Stock juga turut digunakan pada hari ini. Gerabak A Stock yang digunakan dalam aliran Metropolitan lazimnya merupakan percantuman dua set gerabak, setiap satu set mempunyai empat buah gerabak, manakala perkhidmatan ulang-alik ke Chesham pula menggunakan satu set empat buah gerabak.

Kereta api Stock A sebenarnya telah diperbuat pada tahun 1960-an, dan gerabak-gerabak ini merupakan yang tertua dalam perkhidmatan London Underground. Set ini dihasilkan sebagai ganti kepada pusingan simpanan (rolling stock) yang lebih berusia seperti T Stock, iaitu kereta api elektrik berbilang unit (digunakan dalam perkhidmatan ke Watford dan perkhidmatan pengangkutan barang-barang ke Aylesbury), F Stock yang dikeluarkan pada tahun 1920 (digunakan dalam perkhidmatan ke Uxbidge) dan P Stock yang dikeluarkan pada tahun 1937.

Peta[sunting | sunting sumber]

Peta aliran Metropolitan mengikut geografi

Stesen[sunting | sunting sumber]

Aliran Metropolitan
Aliran Jubilee
Menuju ke Aliran Circle
Baker Street Bakerloo line roundel (no text).svg Circle line roundel (no text).svg H&c line roundel (no text).svg Jubilee line roundel (no text).svg
Urban tunnel straight track Urban tunnel straight track
Bahagian tanpa henti-henti
Terusan Regent
Lord's(1868-1939)
St John's Wood
Marlborough Road(1868-1939)
Swiss Cottage(1868-1940)
Aliran London—Aylesbury(menuju stesen Marylebone)
Finchley Road Jubilee line roundel (no text).svg
Planned waterway Planned waterway Unknown BSicon "LSTR"
Bahagian tanpa henti-henti
West Hampstead(1879-1940)
Kilburn(1879-1940)
Willesden Green(1879-1940)
Dollis Hill(1909-1940)
Neasden(1880-1940)
Wembley Park Jubilee line roundel (no text).svg
Planned waterway Planned waterway Unknown BSicon "LSTR"
Cabang Stanmore (kini bahagian aliran Jubilee)
Kingsbury(1932-1939)
Queensbury(1934-1939)
Canons Park(1932-1939)
Stanmore(1932-1939)
Preston Road(1908-1932)
Preston Road(1932-)
Northwick Park
Harrow-on-the-Hill National Rail logo.svg
Planned waterway Unknown BSicon "LSTR" Planned waterway
Cabang Uxbridge
West Harrow
Aliran Piccadilly dari South Harrow
Rayners Lane Piccadilly line roundel (no text).svg
Eastcote Piccadilly line roundel (no text).svg
Ruislip Manor Piccadilly line roundel (no text).svg
Ruislip Piccadilly line roundel (no text).svg
Ickenham Piccadilly line roundel (no text).svg
Hillingdon(1923-1992)
Hillingdon Piccadilly line roundel (no text).svg(1992-)
Depoh Uxbridge
Uxbridge(1904-1938)
Uxbridge Piccadilly line roundel (no text).svg(1938-)
North Harrow
Pinner
Northwood Hills
Northwood
Moor Park
Lengkung Watford
Croxley
Planned waterway Planned waterway Unknown BSicon "LSTR"
Hubungan Kereta Api Croxley (cadangan)
Ascot Road
Watford West
Laluan Watford DC
Watford High Street
West Coast Main Line
Watford Junction
Watford
Rickmansworth National Rail logo.svg
Chorleywood National Rail logo.svg
Chalfont & Latimer National Rail logo.svg
Chesham
Amersham National Rail logo.svg
Unknown BSicon "uexLSTR" Unknown BSicon "LSTR"
Bekas laluan ke Brill & Verney Junction (ditutup)
Great Missenden(1892-1961)
Wendover(1892-1961)
Stoke Mandeville(1892-1961)
Aylesbury(1892-1893)
Aylesbury(1894-1961)
Waddesdon(1897-1936)
Quainton Road(1896-1936, 1943-1948)
Quainton Road(1891-1896)
Bekas laluan Kereta Api Great Central
Granborough Road(1891-1936)
Winslow Road(1891-1936)
Verney Junction(1891-1936)
Waddesdon Road(1899-1935)
Westcott(1899-1935)
Wotton(1899-1935)
Wood Siding(1899-1935)
Brill(1899-1935)
Tarikh menyatakan tempoh perkhidmatan
stesen bawah perkhidmatan Kereta Api Metropolitan
        
Notis yang menerangkan akses untuk penumpang berkerusi roda dalam setiap kereta api aliran Metropolitan.

Dalam turutan dari sebelah timur ke sebelah barat

Perkongsian dengan aliran Hammersmith & City
Stesen Imej Tahun dibuka Maklumat tambahan
Aldgate Aldgate-Station-Entrance.jpg 18 November 1876 Terminus (stesen pengakhiran)peta 1
Liverpool Street Liverpool Street Underground concourse entr.JPG 12 Julai 1875 Dibuka pada asalnya sebagai Bishopsgate, dinamakan sebagai Liverpool Street pada 1 November 1909peta 2
Moorgate Moorgate.jpg 1865 Kereta api daripada utara atau barat boleh menamatkan perkhidmatan di stesen ini, tetapi diatur supaya tidak berbuat demikian dalam jadual waktu sekarang.peta 3
Barbican Barbican Station.jpg 1865 Dibuka pada asalnya sebagai Aldersgate Street, dinamakan sebagai Aldersgate pada tahun 1910, ditukar menjadi Aldersgate and Barbican pada tahun 1923, dan dinamakan kepada nama sedia ada pada 1968peta 4
Farringdon Farringdon station exterior.jpg 10 Januari 1863 peta 5
King's Cross St. Pancras Handicapped/disabled access King's Cross St Pancras tube stn Euston Rd NE entrance.JPG 1863 peta 6
Euston Square Euston Square stn look east.JPG 1863 Dibuka pada asalnya sebagai Gower Streetpeta 7
Great Portland Street Great Portland St Tube Station.jpg 10 Januari 1863 Dibuka pada asalnya sebagai Portland Roadpeta 8
Stesen-stesen Teras
Aliran Metropolitan berpisah daripada gabungan aliran Circle—Hammersmith & City di sebelah timur stesen Baker Street. Stesen untuk perkhidmatan aliran Metropolitan dibina dengan kedudukan lebih kurang 45 darjah daripada stesen untuk perkhidmatan aliran Circle—Hammersmith & City
Baker Street BakerStEntrance.JPG 10 Januari 1863 Kebanyakan kereta api bergerak ke arah utara dari stesen inipeta 9
Finchley Road* Finchley Road Tube.jpg 30 Jun 1879 peta 10
Wembley Park** Handicapped/disabled access Wembley Park tube station extension.jpg 14 Oktober 1893 Dibuka sepenuhnya pada 12 Mei 1894peta 11
Preston Road Preston Road Tube Station.jpg 21 Mei 1908 Aliran ini merentasi sini untuk ke Harrow, 2 Ogos 1880peta 12
Northwick Park Northwick Park tube station 1.jpg 28 Jun 1923 Pada asalnya dibuka sebagai Northwick Park and Kenton. Aliran ini merentasi sini untuk ke Harrow, 2 Ogos 1880peta 13
Harrow-on-the-Hill Harrow-on-the-Hill stn north entrance.JPG 2 Ogos 1880 Di stesen Harrow, aliran ini berpisah kepada dua cabang — iaitu laluan utama ke Watford, cabang ke Amersham dan cabang ke Uxbridgepeta 14
*Landasan kereta api aliran Metropolitan di antara stesen Finchley Road dan stesen Wembley Park terletak di sebelah luar landasan kereta api aliran Jubilee. Kereta api aliran Metropolitan bergerak dengan pantas di landasan ini dan tidak berhenti di stesen West Hampstead, Kilburn, Willesden Green, Dollis Hill dan Neasden. Stesen Willesden Green dan Neasden mempunyai platform untuk aliran Metropolitan tetapi mana-mana kereta api aliran Metropolitan hanya akan berhenti dalam kes-kes kecemasan sahaja, ataupun sekiranya masalah berkaitan di aliran Metropolitan atau aliran Jubilee atau kedua-duanya sekali timbul.
**Di stesen Wembley Park, dua landasan kereta api aliran Metropolitan berpecah menjadi empat landasan. Kereta api laju (lazimnya ke Amersham) dan separa laju (lazimnya ke Watford) tidak akan berhenti di stesen Preston Road atau stesen Northwick Park. Pada waktu puncak, terdapat perkhidmatan tanpa henti daripada stesen Finchley Road ke stesen Harrow-on-the-Hill apabila kereta api melangkau stesen Wembley Park.

Cabang Uxbridge[sunting | sunting sumber]

Daripada stesen Harrow on the Hill
Stesen Imej Tahun dibuka Maklumat tambahan
West Harrow West Harrow tube station 2.jpg 17 November 1913 peta 15
Rayners Lane Rayners Lane stn building.JPG 26 Mei 1906 Aliran Metropolitan berkongsi landasan dengan aliran Piccadilly dari stesen Rayners Lane ke Uxbridge peta 16
Eastcote Eastcote tube station 1.jpg 26 Mei 1906 Stesen ini pada awalnya dikenali sebagai Eastcote Haltpeta 17
Ruislip Manor Ruislip Manor tube station 1.jpg 5 Ogos 1912 Stesen ini pada awalnya dikenali sebagai Ruislip Manor Haltpeta 18
Ruislip Ruislip station building.JPG 4 Julai 1904 peta 19
Ickenham Ickenham tube station 1.jpg 25 September 1905 Stesen ini pada awalnya dikenali sebagai Ickenham Haltpeta 20
Hillingdon Handicapped/disabled access Hillingdon stn entrance.JPG 10 Disember 1923 peta 21
Uxbridge Handicapped/disabled access Uxbridge station entrance.JPG 4 Julai 1904 Terminuspeta 22

Cabang Northwood[sunting | sunting sumber]

Daripada stesen Harrow on the Hill
Stesen Imej Tahun dibuka Maklumat tambahan
North Harrow N Harrow station.jpg 22 Mac 1915 peta 23
Pinner Handicapped/disabled access Pinner tube station.jpg 25 Mei 1885 peta 24
Northwood Hills Northwood Hills tube station.jpg 13 November 1933 peta 25
Northwood Northwood tube station.jpg 1 September 1887 Stesen terakhir yang terletak dalam kawasan Greater Londonpeta 26
Moor Park Moor Park stn main entrance.JPG 9 Mei 1910 Dibuka sebagai stesen Sandy Lodge, sebelum ditukar menjadi Moor Park & Sandy Lodge pada 18 Oktober 1923. Nama yang digunakan sekarang digunakan sejak 25 September 1950peta 27
Selepas stesen Harrow-on-the-Hill, landasan kereta api diatur menjadi dua landasan selari berpasangan. Satu daripadanya landasan ke utara yang berkelajuan perlahan dan satu lagi landasan untuk perkhidmatan kereta api laju. Landasan laju ini turut digunakan oleh perkhidmatan National Rail ke Aylesbury bawah pengurusan Kereta Api Chiltern. Semua stesen di antara Harrow-on-the-Hill dan Moor Park hanya mempunyai platform untuk perkhidmatan kereta api berkelajuan perlahan dan separa pantas (lazimnya ke Watford). Di stesen Moor Park, landasan tadi berpisah. Landsan perkhidmatan laju menuju ke Amersham dan dan landasan perkhidmatan berkelajuan perlahan menuju ke Watford.

Cabang Watford[sunting | sunting sumber]

Daripada stesen Moor Park
Stesen Imej Tahun dibuka Maklumat tambahan
Croxley Croxley Tube Station - exterior.JPG 2 November 1925 Stesen ini dahulunya dinamakan sebagai Croxley Green sebelum nama ditukar menjadi Croxley pada 23 Mei 1949peta 28
Watford Watford Tube Station.JPG 4 November 1925 peta 29
Terdapat perkhidmatan kereta api tiga segi, iaitu perkhidmatan di antara stesen Watford dan stesen Rickmansworth. Perkhidmatan ini disediakan oleh beberapa buah kereta api pada awal-awal pagi dan lewat malam.

Menuju ke Amersham atau Chesham[sunting | sunting sumber]

Daripada stesen Moor Park
Stesen Imej Tahun dibuka Maklumat tambahan
Rickmansworth Rickmansworth station building.JPG 1 September 1887 peta 30
Chorleywood Handicapped/disabled access Chorleywood station building.JPG 8 Julai 1889 Dibuka dengan nama Chorley Wood, ditukar kepada Chorley Wood & Chenies pada 1 November 1915 sebelum berbalik kepada nama asal pada tahun 1934. Nama sekarang ditukar pada tahun 1964peta 31
Chalfont & Latimer Handicapped/disabled access Chalfont & Latimer station building.JPG 8 Julai 1889 Dibuka dengan nama Chalfont Road, sebelum nama sekarang mula diguna pada 1 November 1915peta 32
Stesen-stesen di antara Rickmansworth and Amersham juga dalam laluan perkhidmatan kereta api Chiltern ke Aylesbury.
Kereta api dari sini akan terus menuju ke stesen Amersham atau terus menuju ke stesen Chesham ketika waktu puncak melalui cabang lain. Pada waktu-waktu lain terdapat perkhidmatan ulang-alik daripada stesen Chalfont & Latimer dan stesen Chesham dengan pertukaran daripada kereta api Amersham. Kekerapan perkhidmatan di antara stesen Chalfont & Latimer dan stesen Chesham ialah kira-kira 30 minit.
Daripada stesen Chalfont & Latimer
Stesen Imej Tahun dibuka Maklumat tambahan
Chesham Handicapped/disabled access Chesham station building.jpg 8 Julai 1889 Stesen pengakhiran Perkhidmatan Kereta Api Metropolitan di sebelah utara; daripada Baker Streetpeta 33
Daripada stesen Chalfont & Latimer
Stesen Imej Tahun dibuka Maklumat tambahan
Amersham Amersham tube station 1.jpg 1 September 1892 Dinamakan menjadi Amersham & Chesham Bois pada 12 Mac 1922, sebelum berbalik kepada nama asal pada tahun 1937peta 34

Depoh[sunting | sunting sumber]

Depoh bagi aliran Metropolitan terletak di Neasden.[2]peta 35

Bekas stesen dalam aliran Metropolitan[sunting | sunting sumber]

Peta bagi cabang Brill dan cabang Verney yang dikeluarkan pada tahun 1924

Bahagian St John's Wood[sunting | sunting sumber]

  • Lord's (ditutup pada tahun 1939)
  • Marlborough Road (ditutup pada tahun 1939)
  • Swiss Cottage (ditutup pada tahun 1940)
Stesen-stesen ini digantikan dengan stesen-stesen dalam perkhidmatan aliran Jubilee.

Selepas stesen Amersham[sunting | sunting sumber]

  • Great Missenden (perkhidmatan dihentikan ke sini pada tahun 1961)
  • Wendover (perkhidmatan dihentikan ke sini pada tahun 1961)
  • Stoke Mandeville (perkhidmatan dihentikan ke sini pada tahun 1961)
  • Aylesbury (perkhidmatan dihentikan ke sini pada tahun 1961)
  • Waddesdon (stesen ditutup pada tahun 1936)
  • Quainton Road (perkhidmatan dihentikan ke sini pada tahun 1948, stesen ditutup pada tahun 1966)

Cabang Verney Junction[sunting | sunting sumber]

  • Granborough Road (stesen ditutup pada tahun 1936)
  • Winslow Road (stesen ditutup pada tahun 1936)
  • Verney Junction (perkhidmatan dihentikan ke sini pada tahun 1936, stesen ditutup pada tahun 1967)

Selain itu stesen-stesen di antara Brill dan Quantain Road yang membentuk Landasan Trem Brill (juga sebahagian perkhidmatan Kereta Api Metropolitan) pada sekitar tahun 1871 dan ditutup perkhidmatannya pada 30 November 1935.[3][4]

Ciri-ciri aliran Metropolitan[sunting | sunting sumber]

Aliran Metropolitan mempunyai ciri-ciri unik yang tidak didapati oleh aliran-aliran London Underground yang lain. Aliran Metropolitan lebih bercirikan sebuah perkhidmatan aliran kereta api utama berdasarkan ciri-ciri berikut:

  • Landasan bawah tanah yang panjangnya 9.7 km, manakala landasan atas tanah sepanjang 57.1 km.[5]
  • Perkhidmatan aliran Metropolitan merangkumi perkhidmatan berkelajuan perlahan, separa laju dan laju tidak seperti semua aliran London Underground yang lain.[6]
  • Aliran ini merentasi luar London dan menyediakan perkhidmatan ke bandar-bandar dan kampung-kampung di wilayah Hetfordshire dan Buckinghamshire.
  • Jadual perkhidmatan terperinci ke Watford dan North Harrow (juga bahagian perkhidmatan Amersham/Chesham ke Rickmansworth) yang lengkap juga turut dikeluarkan oleh London Underground.[6] Maklumat perkhidmatan ke Uxbridge dan West Harrow turut dimasukkan tetapi secara tidak terperinci.

Pola kekerapan perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah pola kekerapan perkhidmatan luar waktu puncak dalam tempoh sejam:

  • 6 perkhidmatan kereta api Uxbridge - Aldgate (melalui semua stesen)
  • 6 perkhidmatan kereta api Watford - Baker Street (melalui semua stesen)
  • 2 perkhidmatan kereta api Amersham - Baker Street (perkhidmatan pantas). Laluan ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan Kereta Api Chiltern di antara Marylebone dan Aylesbury dengan kekerapan dua perkhidmatan dalam tempoh sejam. Secara amnya terdapat empat perkhidmatan kereta api antara Amersham dan London.
  • 2 perkhidmatan kereta api Chesham - Baker Street (perkhidmatan pantas).[7]

Koordinat stesen dalam peta geografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. London Underground. "FAQ". Transport for London. Diperoleh pada 2009-05-12. 
  2. "London Underground Key Facts". Transport for London. Diperoleh pada 2008-05-21. 
  3. Simpson, Bill (2005). A History of the Metropolitan Railway 3. Witney: Lamplight Publications. ISBN 1899246134. 
  4. Melton, Ian (1984). R. J., Greenaway, pengarang. "From Quainton to Brill: A history of the Wotton Tramway". Underground (Hemel Hempstead: The London Underground Railway Society) (13). ISSN 0306-8609. 
  5. "Line facts - Metropolitan". Transport for London. 
  6. 6.0 6.1 "Metropolitan Line services, tracks, ...". John Francis Rowland. Diarkibkan daripada asal pada 2009-10-27. 
  7. Transport for London: Chesham trains to run direct to Central London Dicapai pada 3 Jun 2011.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]