Amber Chia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Amber Chia
Amber Chia, Ogos 2008
Tinggi 5 kaki 8 inci (173 cm)
Warna mata Hitam
Ukuran 30 – 27 – 37
Berat 52 kg

Amber Chia (Cina Ringkas: 谢丽萍, Cina Tradisional: 謝麗萍, pinyin: xiè lì píng; lahir 14 Disember 1981 di Ipoh, Perak) ialah seorang peragawati dari Malaysia. Beliau dibesarkan di bandar Tawau, Sabah. Beliau memulakan kerjaya permodelan pada usia 17 tahun, setelah ditemui oleh pencari bakat di Kuala Lumpur, di mana beliau bertugas sebagai akauntan. Chia meraih kenamaan antarabangsa setelah dipilih sebagai salah seorang daripada 15 orang finalis peraduan Guess Watches Timeless Beauty pada tahun2004, serta diundi sebagai Best Top Model oleh Malaysian International Fashion Awards pada tahun 2004 dan 2005. [1] Salah satu ciri-ciri zahir beliau yang terpenting ialah bibir bermuncung yang jarang didapati pada orang Cina Malaysia.

Sebilangan syarikat terkemuka pernah menggunakan khidmat Chia dalam iklan mereka, termasuk Sony, L'oreal, dan Mitsubishi. ini menyebabkan para pengkritik mendapati beliau terlebih pendedahan, serta tanggapan bahawa beliau lebih gemar memilih untuk mendukung produk secara senyap-senyap. Pihak-pihak tersebut juga menitikberatkan ketidakfasihan beliau berbahasa Inggeris (beliau fasih berbahasa Kantonis dan Mandarin), sungguhpun ini dikatakan adlaah disebabkan diri beliau dibesarkan di Tawau di mana kebanyakan penduduknya hanya fasih dalam loghat tempatan. [2]

Chia juga pernah menyebabkan ketidakpuasan sesetengah pihak kerana muncul dalam edisi Indonesia majalah Playboy.[3] namun begitu, gambar-gambar yang diambil belaiu tidak sesekali berbogel, dan Chia menegaskan bahawa fotonya "menghormati budaya, bergaya dan membelai rasa tetapi tidak lucah.” Foto beliau muncul dalam seksyen "Selebriti" majalah itu.

Chia juga pernah mencuba bidang lakonan lalu menemui kejayaan dalam beberapa terbitan tempatan seperti filem The 3rd Generation, Possessed, dan Trio & a Bed. Kini belaiu mempunyai blog sendrinya di laman web rasmi beliau dan blog itu sering dikemas kini dengan banyak masukannya mengenai tugasan peragaan , percutian luar negara dan hidup peribadi beliau.

Filem[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Amber Chia - 17 of Malaysia's Most Outstanding Inviduals: Faces Magazine Malaysia.
  2. The Many Faces of Amber Chia.
  3. Amber Chia proud to be Playboy girl: The Star Malaysia
  4. http://cinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Ops_Kossa_Dappa_3_1250

Pautan luar[sunting | sunting sumber]