Anas Ridzuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anas Ridzuan
Kelahiran (1989-01-17) 17 Januari 1989 (umur 35)
Nama lainAnas Mentor, Anas Ridzuan
PendidikanIjazah Filem, Teater dan Animasi
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Mara (UiTM)
PekerjaanPenyanyi, pengacara, pelawak, pelakon
Tahun aktif2012–kini
PasanganAna Syuhada Noor Asram (k. 2016)
Anak-anak1
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
InstrumenVokal

Anas Ridzuan (lahir 17 Januari 1989)[a] ialah seorang penyanyi, pengacara, pelawak dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau ialah bekas peserta Mentor musim ke-6 yang dibimbing oleh Faizal Tahir.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Anas dilahirkan pada 17 Januari 1989 dan berasal dari Kedah, Malaysia. Beliau mempunyai ijazah dalam jurusan Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UITM).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Anas memulakan aktiviti seni beliau melalui rancangan nyanyian Mentor Musim Ke-6 dan menjadi anak didik kepada Faizal Tahir. Rancangan ini juga merupakan batu loncatan kepada Anas ke bidang lakonan apabila beliau banyak membintangi drama dan telefilem selepas menyertai pertandingan tersebut memandangkan beliau juga pernah berlakon teater dan drama sebelum ini.

Selain itu, beliau juga telah berjinak - jinak melibatkan diri dalam bidang pengacaraan program televisyen apabila diberi tanggungjawab dalam pengacaraan program terbaru TV3 iaitu Jalan-Jalan Makan Angin bersama Nadzmi Adhwa pada tahun 2016. [1] Program ini memberi fokus tempat - tempat penginapan yang unik dan mempunyai bajet yang sederhana diseluruh negeri di Malaysia.

Pada tahun 2016, Anas telah mengumumkan bahawa beliau telah berhenti daripada bidang nyanyian kerana ingin memberi tumpuan kepada bidang lakonan. [2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Anas telah selamat menjadi suami kepada Ana Syuhada pada 22 Oktober 2016 dengan sekali lafaz. Bertempat di Masjid Seksyen 7, Shah Alam, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM15,000 dengan mas kahwin berjumlah RM300 berserta enam dulang hantaran berbalas tujuh. Majlis resepsi pasangan ini dijadualkan berlangsung di Dewan Melur Shah Alam pada 14 Januari 2017, manakala majlis sebelah pengantin lelaki dijangka bakal diadakan di Ipoh, Perak.[3]

Ana Syuhada merupakan bekas peserta Mentor Musim ke-6 dan anak didik penyanyi Ramlah Ram. Pasangan ini telah mengenali antara satu sama lain selama enam tahun dan bercinta selama empat tahun.[4]

Pada 25 Februari 2018, Anas dan isteri telah selamat menimang cahaya mata lelaki. [5] [6]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Sebagai artis utama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album Catatan
2012 Hanya Dirimu Tiada album

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2014 CEO Aloy Filem pertama
2015 Sunti @ Facebook Azril
2018 Busker Ucop
2020 Prebet Sapu Budak Poster Penampilan khas
2021 J2: J Retribusi Jin
Arwah Pak Mat, Lif & AJK Nan
2022 Kalut Nak Kahwin Buyut
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Mohd Nor Mohd Zain / Matno
Siku 12: Langkah Derhaka Ben Mustaza
Remp-It 2 Addy
2023 Imaginur Mat Kritik
Kau Pilih Siapa? Saiful
Syif Malam Mok
2024 Baik Punya Ah Long
Roxana

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Geng Kampung Pisang Anas TV3 Drama pertama
2014 OMG (Ohsem Music Group) The Series Bo
Geng Kampung Pisang (Musim 2) Anas
2015 Pengembaraan Jason Murad Jason Murad TV9
2016 Nasi Minyak Kuah Cinta Faiz TV3 Slot Dahlia
2017 Jangan Ikut Aku Akil Slot Seramedi
2017-2018 Dia Ijam
2018 13 Khurafat Iwan Astro Prima Ep 9: "Pelaris"
2019 Cikgu, Papa Kirim Salam TV3
2021 Klik Rider Kamal Astro Warna
Keluarga Baha Don (Musim 3) Lil' Bunz Viu
Dukun Diva Tok Mudi Astro Citra Pelakon undangan
2022 Cinta Amnesia Leon TV3
Nurlaila Lan TV1
Impian Lara Awesome TV
Cina Buta Ajis Astro Ria
Kerana Cinta Itu Ada Mamat TV3
2023 Special Force: Anarchy Cakoi Disney+ Hotstar
Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker Pokman Tonton
Alter-Naratif Rahim Viu
Mystic Village Abang Long Astro Premier
2024 SeOfis Dato Suffian Tonton

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 PI (Private Investigator) TV3
OMG Kelaut Bo
Superstra Norman TV9
2016 Dari Kerana Mata Pemuzik Buta 2 Unifi TV
2017 Aku, Mawar & Makhluk Asing Astro Citra
2019 Dulang Boy Abang John TV3
2021 Matilah Nak Kembali James (Jamil Khamis) Astro Citra
2023 Seindah Kasih The Movie Jamal Tonton
Ayah Kijat TV1
Pinang Durian Tonton
2024 Jodoh Geng G Jamil Astro Warna

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2012 Mentor Peserta TV3 menjadi anak didik Faizal Tahir
2016 Jalan-Jalan Makan Angin Pengacara mengacara bersama Nadzmi Adhwa
2017 Gelak Sampai Kenyang TV1 mengacara bersama Najua Nasir dan Bob-T
2021 Akustika Ramadan 2021 TV3 mengacara bersama Ustaz Safwan
2022 Akustika Ramadan 2022 mengacara bersama Achey Bocey
2023 Mic ON! Selebriti Peserta Awesome TV

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2010 Buli

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2015 Festival Filem Malaysia ke-27 Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Tercalon

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan Aiman Hakim Ridza yang juga rakan seperjuangannya dalam Mentor.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 9 Oktober 2016, ditulis oleh Mohd Al Qayum Azizi. Karier Nyanyian Anas Ridzuan Suram Kerana Fokus Berlakon - Berita Hiburan. mStar Online
  2. ^ Fatin Farhana Ariffin (26 November 2016). "Anas Ridzuan berhenti menyanyi". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-26. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  3. ^ Ifqdar Rahman pada 22 Oktober 2016.Protege Faizal Tahir dan Ramlah Ram selamat diijabkabulkan - Hiburan. Diarkibkan 2016-11-02 di Wayback Machine Utusan Online
  4. ^ 27 September 2016. Anas Ridzuan & Ana Syuhada Bakal Nikah Oktober Depan. Mstar
  5. ^ Aqmar Mustaza. Linda Onn, Anas Ridzuan timang cahaya mata pertama. Sinar Harian
  6. ^ Syafil Syazwan Jefri. Anas gementar nak sambut baby. Harian Metro

Pautan luar[sunting | sunting sumber]