Alif Johan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alif Johan
Kelahiran
Muhammad Syakir Alif bin Johan

7 Mac 1999
Meninggal dunia14 Disember 2019(2019-12-14) (umur 20)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Kerjaya muzik
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2019

Muhammad Syakir Alif Johan (7 Mac 1999 – 14 Disember 2019) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia dan salah seorang daripada empat anak penyanyi Nora Ariffin dan komposer Johan Nawawi.[1] Beliau memulakan kerjayanya sebagai salah seorang peserta Mentor Milenia 2019 biarpun hanya tersenarai di peringkat 20 Teratas. Alif merupakan pelajar tahun akhir bidang perfileman di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Beliau sebelum ini pernah menjalani rawatan bariatrik bagi menurunkan berat badannya[2] dan sempat merangkul gelaran juara di pertandingan Clash of the Talents anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) dengan menyanyikan lagu "Salam Terakhir" nyanyian asal Sudirman Haji Arshad.[3]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Alif meninggal dunia pada 14 Disember 2019 pada usia 20 tahun akibat suatu penyakit yang tidak diketahui selepas dipercayai rebah dan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba di kediaman keluarganya di Petaling Jaya, Selangor.[4] Jenazah beliau dikebumikan di sebelah pusara bapanya, Johan Nawawi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.[5] Beliau ialah peserta Mentor kedua yang kembali ke Rahmatullah selepas Yanie Julkarim pada 2010, diikuti oleh Sandra Dianne pada 2020 dan Camellus De'lelli Anam pada 2023.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amri Hassan (2 Oktober 2019). ""Mahu sambung legasi keluarga" - Anak Nora dan Johan Nawawi terpilih sertai Mentor Milenia 2019". Astro Gempak. Dicapai pada 15 Disember 2019.
  2. ^ Budiey (14 Disember 2019). "Anak Nora Ariffin, Alif Johan meninggal dunia". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 Disember 2019.
  3. ^ Azlina Mazli (14 Disember 2019). ""Salam Terakhir" Alif Johan buat rakan kampus sebak - "Tak sangka ia persembahan terakhir untuk kami"". mSTAR Online. Dicapai pada 16 Disember 2019.
  4. ^ Hanisah Selamat (14 Disember 2019). "Anak kedua Nora meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 15 Disember 2019.
  5. ^ Hanisah Selamat (14 Disember 2019). "Alif bakal dikebumi berhampiran pusara bapanya". Berita Harian. Dicapai pada 15 Disember 2019.