Angka Greek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Greek (Ionia)
Ibrani
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60

Angka Greek ialah satu sistem angka yang menggunakan huruf-huruf dari abjad Greek. Ia juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti angka Ionia, angka Milesia, angka Alexandria, atau angka Alphabetik. Di negara moden Greece, ia masih digunakan untuk nombor ordinal sepertimana penggunaan angka Rumi di Barat: untuk nombor kardinal biasa, angka Arab digunakan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum penerimaan abjad Greek, Linear A dan Linear B menggunakan sistem yang lain dikenali sebagai angka Aegean, dengan simbol untuk 1, 10, 100, 1000 dan 1000 beroperasi dengan formula berikut: | = 1, – = 10, ◦ = 100, ¤ = 1000, ☼ = 10000.[1]

Sistem angka berkaitan abjad yang terawal digunakan bersama huruf-huruf Greek ialah set akrofoni angka Attic, beroperasi hampir sama seperti angka Rumi (yang diterbitkan dari skema ini), dengan: Ι = 1, Π = 5, Δ = 10, Η = 100, Χ = 1000, Μ = 10000; dan dengan 50, 500, 5000, dan 50000 diwakili oleh komposit Π dan versi kecil kuasa sepuluh yang diaplikasi.[1] Sistem akrofoni kemudiannya digantikan dengan sistem angka abjad yang baru sejak abad ke-4 masihi, dikenali juga sebagai "sistem angka Ionia".

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Setiap unit (1, 2, .., 9) ditetapkan dengan huruf berlainan, setiap puluh (10, 20, ..., 90) dengan huruf berlainan, dan setiap ratus (100, 200, …, 900) dengan huruf berlainan. Ini memerlukan 27 huruf, jadi abjad Greek yang hanya mempunyai 24 huruf ditambah dengan 3 huruf lama: digamma ϝ,(stigma ϛ juga digunakan atau, dalam Greek moden, στ) untuk 6, qoppa ϟ untuk 90, dan sampi ϡ untuk 900.[2] Bagi membezakan angka dari huruf, satu simbol ( ʹ ) yang dikenali sebagai keraia (Greek κεραία, "bentuk seperti tanduk") akan diletakkan di bahagian kanan, ia sama dengan tanda tirus ( ´ ) tetapi dengan karakter unicode khas (U+0374).

Sistem abjad ini beroperasi dengan prinsip penambahan di mana nilai angka untuk setiap huruf ditambah untuk membentuk jumlah nilai. Contohnya, 241 diwakili oleh σμαʹ (200 + 40 + 1). Contoh yang terkenal ialah 666 ( nombor binatang), yang diwakili oleh χξϛʹ (600 + 60 + 6) dalam manuskrip buku ilham pada zaman Pertengahan.

Untuk menunjukkan nombor dari 1,000 hingga 999,999, huruf yang sama diguna semula untuk membentuk ribu, puluh ribu, dan ratus ribu. Simbol "keraia kiri" (Unicode U+0375, ‘tanda rendah angka Greek’) diletakkan pada bahagian depan nombor dalam ribu untuk membezakannya dari penggunaan piawai. Contohnya, 2010 diwakili oleh ͵βιʹ (2000 + 10).

Huruf Nilai Huruf Nilai Huruf Nilai
αʹ 1 ιʹ 10 ρʹ 100
βʹ 2 κʹ 20 σʹ 200
γʹ 3 λʹ 30 τʹ 300
δʹ 4 μʹ 40 υʹ 400
εʹ 5 νʹ 50 φʹ 500
ϝʹ atau ϛʹ atau στʹ 6 ξʹ 60 χʹ 600
ζʹ 7 οʹ 70 ψʹ 700
ηʹ 8 πʹ 80 ωʹ 800
θʹ 9 ϟʹ 90 ϡʹ 900

Dalam bahasa Greek moden, huruf besar lebih diutamakan, seperti dalam cara menulis Philip II = Φίλιππος Βʹ.

Nombor lebih besar[sunting | sunting sumber]

Untuk menyatakan nombor besar, orang Greek juga menggunakan myriad dari sistem lama angka Attic dalam tatatandanya. Nilainya ialah 10,000; nombor myriad ditulis di atas simbolnya (Mʹ). Contohnya:

\stackrel{\text{,}\delta\phi\pi\beta}{\Mu}\psi\theta' = 4582\times 10,000+709 = 45,820,709.

Bentuk lain juga boleh wujud. Apabila ia tidak mencukupi, myriad myriad (seratus juta, simbol:ΜΜʹ) digunakan.[3]

Dalam karyanya The Sand Reckoner, ahli falsafah jati Archimedes memberikan batas atas untuk bilangan butiran pasir yang diperlukan untuk memenuhi seluruh alam semesta, menggunakan satu anggaran kontemporari untuk saiznya. Ini menidakkan tanggapan lama iaitu adalah mustahil untuk menamakan nombor yang lebih besar dari jumlah pasir di pantai, atau di seluruh dunia. Untuk melakukannnya, beliau telah mereka satu skema angka yang baru yang memiliki julat yang jauh lebih besar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]